Tải xuống ứng dụng
5.56% Perceraian Ke-99 / Chapter 51: Merabakkan Dompetnya

Chương 51: Merabakkan Dompetnya

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Adakah Su Qianci menyesalinya? Sudah tentu. Kali ini, dia tidak akan membiarkan sesiapa melakukan sesuka hati mereka.

"Su Qianci?" Lin Wanting memanggil apabila Su Qianci hanya diam.

"Okey, bila?"

Sebaik mendengar jawapan Su Qianci, hati Lin Wanting terus melonjak keriangan. "Apa kata kita pergi hari ini?" tanyanya kepada Su Qianci.

"Baik. Mari kita pergi ke Plaza Star King. Ada banyak pilihan di sana."

"Bagus!" Mata Lin Wanting bersinar. Plaza Star King ialah pusat membeli belah terbaik di Kingstown. Sebuku roti dari tempat tersebut sudah cukup memuaskan hati Lin Wanting. Hatinya berasa amat gembira. Seseorang yang lurus bendul seperti Su Qianci akan memberikan apa sahaja yang dimahukan Lin Wanting selagi dia berlakon sedih.

Lin Wanting meletakkan telefon lalu bersolek sebelum meninggalkan rumahnya. Dia tiba di Plaza Star King lebih sepuluh minit kemudian. Setelah menunggu selama sepuluh minit lagi di bawah matahari, Lin Wanting telah berlumuran peluh tetapi Su Qianci masih lagi belum menelefonnya. Dia berasa sedikit marah lalu menelefon Su Qianci.

"Mengapa kamu belum sampai lagi?"

Su Qianci kedengaran terkejut. "Kamu maksudkan sekarang? Saya sangka kita akan keluar waktu tengah hari. Saya belum bersiap lagi."

"Biasanya kamu terus datang selepas saya telefon." Lin Wanting merasa kecewa apabila terasa diperbodohkan.

Su Qianci berkata dengan perlahan, "Saya agak suka menunda-nunda sejak kebelakangan ini. Maaf. Carilah tempat duduk dulu. Saya akan sampai dalam dua puluh minit."

Lin Wanting melangkah masuk ke dalam sebuah kafe, menempah minuman paling mahal dan menunggu Su Qianci datang. Su Qianci pasti akan membayar minuman tersebut. Dua puluh minit kemudian, dia mendapat panggilan daripada Su Qianci dan berasa lega.

"Hai, saya di dalam kafe. Datanglah ke sini!"

"Kafe? Jauhnya. Saya tidak mahu ke sana. Datang sini dan jumpa saya di dalam pusat membeli belah."

Lin Wanting berasa bingung dan sedikit risau. "Tapi, kamu tidak mahu minum apa-apa sebelum membeli belah?

"Tidak. Datanglah ke sini. Saya berada di kedai jenama kesukaan kamu dalam pusat membeli belah ini."

Lin Wanting meletakkan panggilan sambil mengetap giginya kegeraman dan membayar minuman tersebut. Itu minuman paling mahal dalam menu, dan harganya bersamaan sepuluh kali makanan Li Wanting. Si keparat Su Qianci tidak datang ke situ dan telah menyebabkan dia kehilangan wang yang banyak!

Aku akan membuat dompetnya rabak!

Sebaik sahaja bertemu Su Qianci, Lin Wanting hampir tidak mengenali perempuan itu. Sewaktu sekolah menengah, Su Qianci menjadi pujaan ramai, tetapi sayangnya dia mempunyai gaya yang paling buruk iaitu gaya memberontak dan Gothik. Namun, penampilan Su Qianci yang sedang tersenyum kepada seorang pembantu kedai itu amat menarik perhatian Lin Wanting. Su Qianci kini sangat anggun dan cantik. Pakaiannya cantik tetapi ringkas. Apapun yang sedang dipakai oleh Su Qianci kelihatan bernilai sama dengan beberapa bulan kos sara hidup Li Wanting.

Apabila Lin Wanting mendengar berita Su Qianci berkahwin dengan jejaka diminati ramai di Kingstown, dia tidak mempercayainya. Tetapi, dia telah mula percaya hal itu sekarang. Lin Wanting sangat kecewa. Dia mengetapkan giginya dan berasa keberatan untuk menyapa.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C51
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập