Tải xuống ứng dụng
4.69% Perceraian Ke-99 / Chapter 43: Dia Telah Menggugurkan Kandungan

Chương 43: Dia Telah Menggugurkan Kandungan

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Sheng Ximing." Lelaki itu menghulurkan kadnya. Sudah tentu Su Qianci telah mengenalinya, jadi dia tidak mahu melengahkan masa. Sheng Ximing seorang yang sangat sibuk. Jika dia klien yang lain, Sheng Ximing tidak akan mahu mengambil kes tersebut. Namun, Su Quanci amat mirip dengan rakannya itu. Setelah mengetahui apa yang telah terjadi, Sheng Ximing bersetuju untuk mengambil kes tersebut.

Selepas mereka berbincang tentang kes, Sheng Ximing bertanya dengan teragak-agak, "Ini mungkin kedengaran agak janggal. Tapi saya rasa kamu sangat mirip dengan seorang rakan baik saya. Apa nama ibu kamu?"

Su Qianci telah menjangkakan soalan itu, tetapi dia tidak terus menjawabnya.

Sheng Ximing menyangka dia tersinggung dengan soalan itu lalu berkata, "Jika soalan itu membuatkan kamu tidak selesa…"

"Su Han."

Sheng Ximing berasa bingung. Nama ini amat pelik sekali. Walau bagaimanapun, dia tidak mahu berputus asa dan terus bertanya, "Kamu guna nama keluarga ibu kamu?"

"Ya, saya tidak ada ayah."

Mendengar kata-kata itu, Sheng Ximing tidak lagi bertanya apa-apa soalan. Dia melihat jamnya lalu mencadangkan mereka pergi ke pejabatnya. Su Qianci mengikuti Sheng Ximing ke firma guaman tersebut yang terletak di tingkat atas dan mengumpul dokumen daripadanya dengan teliti. Selepas mereka bertukar nombor telefon, Su Qianci turun ke bawah dan pergi ke pusat membeli-belah. Sejak dia berkahwin dengan Li Sicheng, dia hanya mempunyai sehelai pakaian yang elok selain daripada pakaian yang Tang Mengying telah pilihkan untuknya. Sudah tentu, dia perlu membeli barang-barang untuk dirinya. Jam sudah menunjukkan pukul lima apabila dia pulang ke rumah selesai membeli belah. Sebaik tiba, dia mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.

"Helo?"

"Hai!" Satu suara yang ceria kedengaran dari telefonnya.

"Lu Yihan?"

"Tepat sekali. Kamu dah jadi semakin bijak dalam masa dua tahun ini."

"Kamu dapat maklumat itu?"

"Sudah tentu. Buka Weibo," kata Lu Yihan dengan penuh yakin.

Dia menghidupkan komputer dan mendapati topik "drama Liu Anan drama" telah berada di atas. Tajuk-tajuk hangat yang terpampang mengenai "Anak saudara keluarga Tang" dan "Liu Anan menggugurkan kandungan." Su Qianci membaca topik-topik itu dan mendapati maklumat-maklumat yang ada jauh lebih lengkap berbanding apa yang dia telah ketahui pada kehidupannya yang lepas.

"Wah!" Su Qianci terkejut, "Dari mana kamu dapat tahu hal ini? Ini sangat hebat! Dia pernah gugurkan kandungan waktu di sekolah menengah? Mengapa saya tidak pernah tahu?"

"Sudah tentu kamu tidak tahu. Kamu lembap waktu sekolah menengah," kata Lu Yihan tanpa belas kasihan.

Su Qianci ketawa dan langsung tidak mengambil hati.

"Saya langsung tidak tahu kamu sebenarnya tuan puteri dalam diam. Seronok membalas dendam bukan?"

"Ia rasa hebat, mungkin lebih hebat daripada apa yang kamu rasakan."

Lu Yihan berdekah ketawa dan merasa kian mesra dengan Su Qianci. "Apa kata kamu belanja kawanmu ini makan tengah hari?"

"Saya? Saya masih ingat lagi yang kamu berhutang satu barbeku dengan saya. "

"Ya Tuhan. Sudah berapa lama itu?" Lu Yihan pula terkejut.

"Kamu nak kena pukul?" Su Qianci mencebik bibirnya dan berbaring selesa di atas kerusi. Ini mungkin saat paling gembira yang dia alami sepanjang dua kehidupannya.

Jadi inilah perasaan mempunyai seorang kawan.

Su Qianci langsung tidak tahu bahawa seorang lelaki sedang memerhati tingkah lakunya dari tingkat dua. Sambil menyandar pada rel tangga, Li Sicheng sempat melihat sekilas senyuman di wajah Su Qianci yang dia tidak pernah lihat sebelum ini. Isterinya itu tidak pernah gembira sebegitu di hadapannya. Sepertinya perempuan itu sedang berada dalam mood yang sangat baik.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C43
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập