Tải xuống ứng dụng
89.38% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 261: Bab 261

Chương 261: Bab 261

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Pada pertengahan bulan keempat, Zhao Che telah mengetuai tenteranya ke kawasan barat daya untuk bertemu dengan Wei Shuye yang pertama masuk ke kawasan itu. Ini merupakan tentera rintangan berskala besar pertama Xia sejak berlakunya konflik ini. Seramai 200,000 orang askar teguh berdiri yang terdiri daripada 50,000 orang tentera berkuda, 60,000 orang askar infantri, 80,000 orang askar infantri berperisai berat dan 10,000 orang tentera berkuda ringan Wei Shuye. Tiga hari kemudian, satu garis bekalan melalui wilayah barat daya dari kawasan dalaman utama ditubuhkan di bawah penyelarasan Zhuge Yue. Pada masa yang sama, Zhuge Yue dan beberapa orang askarnya telah bergegas ke Shengjing untuk mengendalikan Kem Shengjing yang terletak di barat daya. Selain daripada mengawal bekalan makanan negara, dia dapat membantu Zhao Che di selatan, mengawasi Zhao Yang dan Sempadan Yanming di utara dan barat masing-masing. Dalam sekelip mata sahaja, Shengjing telah menjadi ibu negara negara.

Pada hari ke-15 dalam bulan keempat, Yan Bei telab mengumpul pasukan tentera berskala besarnya yang pertama di Sungai Hang yang terdiri daripada Tentera Kedua, Keenam, Kesembilan, Ketiga belas dan Tentera Helang Hitam. Di bawah pimpinan Cheng Yuan, angkatan tentera itu telah digerakkan dengan cepat manakala tentera simpanan berterusan masuk. Secara keseluruhannya, lebih 200,000 orang askar telah dikerahkan.

Sungguhpun Zhao Che telah mengumpulkan tenteranya untuk pertempuran penuh, tentera Yan Bei tidak melawan mereka secara terus. Sebaliknya, selepas pelbagai pasukan menerima arahan daripada Yan Xun untuk bersurai, mereka mengikuti jejak yang ditinggalkan oleh penyamun dan meneroka ke dalam kawasan Xia secara berasingan.

Apabila tentera Yan Bei melakukan serangan mereka secara berselerak, pemimpin-pemimpin dan perancang di Xia dibanjiri dengan laporan serangan, angka korban yang ramai malah ada beberapa lokasi yang benar-benar ditakluki dan menyebabkan seluruh kepimpinan menjadi kucar-kacir.

Jeneral teratas Zhuge Yue iaitu Meng Feng telah kembali dari Qinghai ke kampung halamannya yang lama dan menyaksikan pembunuhan beramai-ramai sepanjang jalan dari medan perang. Jeneral wanita yang muda itu terkejut dan hanya boleh bertanya dengan cuak, "Yan Xun dah gila ke? Dia nak lenyap bersama kita ke?"

Zhuge Yue berfikir secara mendalam buat seketika apabila dia memandang pelbagai warna yang terukir pada petanya. Dia akhirnya pergi ke Jabatan Strategi Ketenteraan dan meletakkan petanya di atas meja sambil berkata, "Saya rasa saya tahu apa yang mereka nak lakukan."

Di dalam hutan tebal sepanjang sempadan Xia-Tang, Chu Qiao dan He Xiao telah bersatu semula dengan kumpulan diplomatik Tang yang telah menikahkannya. Untunglah perjalanan mereka telah ditangguhkan disebabkan konflik ini jadi mereka tidak pulang ke Tang dan membolehkan mereka mengekalkan kuasa mereka di tengah-tengah waktu bergolak ini.

Dengan 20,000 orang askar dari Pasukan Tentera Serigala dan 20,000 orang askar dari Pasukan Tentera Xiuli, pasukan Chu Qiao kini mempunyai 40,000 orang jumlah tentera dan kesemua daripada mereka merupakan tentera elit. Dengan taktik yang betul, Chu Qiao yakin tenteranya boleh menumpaskan tiga kali ganda bilangan tentera mereka.

Di dalam khemah perintah yang diterangi cahaya lilin itu, Chu Qiao yang masih berbaju zirah sambil memegang topi keledarnya dengan satu tangan manakala tangannya yang lagi satu sedang menuding ke arah peta yang terletak di atas meja.

"Dia akan menyerang Sempadan Yanming."

"Serangan ke atas Sempadan Yanming?"

Adik lelaki He Xiao, He Qi, mempersoalkannya sambil berkerut, "Jeneral, mengapa mereka perlu menghabiskan segala usaha mereka untuk menyerang Sempadan Yanming jika mereka dah menakluki Sempadan Baizhi?"

"Awak berdua tak faham dia," Jawab Chu Qiao sambil menggelengkan kepalanya.

"Bagaimana mungkin Yan Xun boleh membiarkan dirinya dibatasi oleh kehendak orang lain? Kini, dia hanya menggunakan Tang untuk maju ke arah Xia, manakala jalan di belakangnya berada di bawah kawalan Jingan. Sekali Jingan jatuh bersamanya atau jika keluarga maharaja Tang menentangnya, lambat-laun tentera Yan Bei akan diserang juga. Tanpa jalan untuk berundur, pengepungan itu akan menghalang pasukan-pasukan tentera mereka. Jadi, Yan Xun harus menyerang Sempadan Yanming dalam tempoh masa tertentu untuk membuka laluan supaya dapat melarikan diri ke utara. Pada waktu itulah tentera Yan Bei dan Xia akan bertemu."

Chu Qiao berkerut dan menarik nafas panjang sebelum mengambil tempat di atas lantai kerana kecewa dia tidak memikirkan perkara ini sebelum ini. Yan Xun tidak pernah menyerang sebegini sebelum ini, sehingga sanggup berlakon lemah dalam beberapa situasi dan menyebabkan dewan persidangan Xia berpuas hati. Selepas itu, dia mengambil risiko yang besar dengan merompak rangsum Tang, tetapi ternyata tiada perkara seperti itu yang berlaku. Dia sebenarnya telah menangkap jeneral yang bertanggungjawab untuk mempertahankan Sempadan Tanghu dan menggunakannya untuk menghubungi Puteri Jingan yang mempunyai hasrat untuk mencetuskan pemberontakan. Kemudian, dia akan memanfaatkan konflik dalaman Xia untuk menyusup ke arah barat daya secara rahsia. Ia rancangan yang telah dirancang begitu lama untuk dilaksanakan.

"Ada saja muslihat Yan Bei ini. Kuasa sebenar mereka tersembunyi di suatu tempat di luar Sempadan Yanming."

"Jeneral, patut ke kita beritahu Jeneral Zhuge tentang hal ini?"

Chu Qiao menggelengkan kepalanya. "Apa pun yang saya fikirkan, dia pasti akan mempunyai idea yang sama."

Setelah itu, dia menggulungkan peta dan membongkar peta wilayah Tang sambil menjelaskan dengan nada yang rendah, "Kita tak boleh lakukan apa-apa untuk hentikan pertempuran yang tak dapat dielakkan antara Yan Bei dan Xia. Misi kita sekarang ialah kembali ke Tang secepat mungkin untuk mendapatkan laporan situasi terkini mengenai konflik di sana. Dari sana, kita akan tentukan bagaimana untuk membantu Tuanku Maharaja."

Timbalan komander Pasukan Tentera Serigala, Guan Song mengangguk dan bersetuju, "Jeneral, peninjau kami telah keluar selama dua hari. Saya anggarkan mereka akan kembali selewat-lewatnya pagi esok."

Sebelum sempat Chu Qiao membalas, terdapat kekecohan dari para askar di luar. "Jeneral, peninjau dah kembali."

He Xiao menyelak tirai di sebelahnya dan disambut oleh tiga orang askar yang dipenuhi dengan lumpur dan darah sedang melompat turun dari kuda mereka. Salah seorang daripada mereka kemudian melaporkan, "Jeneral, keadaan di Tang sangat kritikal. Pemberontak telah memecah ke Sempadan Hanshui dan telah mengambil beberapa orang utama sebagai tahanan. Mereka termasuklah Fang Huaihai, timbalan komander Kem Jinji di Shennan dan Tian Rujia, jeneral Tentera Dianxi. Jeneral Xu Su telah dikhianati oleh pengkhianat dan mati bersama dengan Cang Muling dalam pertempuran. Tentera Hanshui telah ditewaskan sepenuhnya. Para pemberontak kini telah mengepung bandar itu dan berada dalam kedudukan kukuh dengan jumlah seramai 200,000 orang."

Seketika itu, seluruh kem masih kukuh berdiri tetapi terkejut dengan apa yang baru saja mereka dengar. Chu Qiao berkerut sambil menggenggam dan melepaskan penumbuknya berkali-kali.

"Siapa yang mengetuai musuh?"

"Puteri Jingan."

"Adakah latar belakang orang ini diketahui?"

"Ya. Dia telah diperdagangkan ke dalam kediaman raja Jingan sebagai penari empat tahun lalu. Walau bagaimanapun, dia semakin dekat dengannya malah mereka mempunyai anak lelaki bersama. Sejak itu, dia menjadi lebih terikat dengannya dan menjadikannya sebagai gundiknya. Selepas setahun bersama, mereka mempunyai seorang lagi anak. Dalam keadaan gembira, dia memutuskan untuk menjadikannya sebagai isteri pertamanya."

He Xiao bertanya, "Boleh ke hamba menjadi isteri pertama?"

"Itu saya tak tahu. Tetapi, banyak perkara yang berlaku di kediamannya. Isteri lama dan dua orang anak lelakinya yang lain meninggal dunia berturut-turut. Sejak itu, dia menjadi Cik Puan dalam kediaman itu. Selepas pemberontakannya gagal dan seluruh keluarganya dibunuh, dia melarikan diri dengan bantuan pengawal yang setia kepadanya. Dia kemudiannya berakhir di Sempadan Tanghu di mana dia selamat di bawah pengawasan seorang jeneral yang mempertahankan tempat itu. Rupa-rupanya, dia mempunyai hubungan dengan orang ini."

Dengan muka yang masam, Chu Qiao bertanya, "Siapa namanya?"

"Kami tak tahu namanya, tetapi yang kami tahu nama pertamanya adalah Chou."

"Chou?" Chu Qiao menggumam sambil berfikir panjang.

Cemas tentang keadaan di ibu negeri, Guan Song bersuara, "Jeneral, dengan Ibu Negara Tang yang dikepung, kita harus kembali untuk menyelamatkan Tuanku Maharaja!"

Mata Chu Qiao memandang ke arah Sempadan Baizhi yang telah diduduki oleh Yan Bei. Tanah air Tang terletak di sebalik itu.

Dia mengangguk dan menjawab dengan jelas, "Ya, dah tiba masanya untuk pulang."

Dia tidak pernah melihat salji sebenar sepanjang hidupnya. Cahaya bulan kelihatan terang di langit malam yang tidak berbintang. Ia kelihatan seperti aliran air dan emping salji bergerak pada masa yang sama.

Dia memakai jubah lebar dan berdiri di atas menara putih. Angin sejuk meniupkan lengan bajunya. Rambutnya menggerbang apabila ditiup angin. Di kejauhan, istana besar berdiri megah di dalam kegelapan malam. Sebuah bayangan berdiri di depan pintu gerbang yang diperbuat daripada batu hitam. Dari kedudukannya, dia tidak dapat melihat wajah orang itu, tetapi dia dapat mengatakan orang itu mempunyai susuk tubuh yang tinggi dan muda dan mungkin seorang askar. Dia tercegat di tempat itu buat masa yang lama.

Xuan Mo menatapnya tanpa kata-kata. Malam itu terasa sunyi. Tatkala angin meniupkan jubahnya, bau minyak wanginya perlahan-lahan dapat dihidu oleh Xuan Mo.

Untuk seketika, Xuan Mo dibawa kembali pada masa lampaunya, apabila dia hanya seorang kanak-kanak yang sedang pergi memburu bersama bapanya selepas memenangi pertandingan memanah, justeru meraih perhatian keluarga diraja. Dia memakai gaun berwarna kuning cerah dan menyerbu ke banjaran lalu melepaskan tiga batang anak panah tepat pada sasarannya secara berturut-turut sebelum berlagak, "Mari kita berlawan sekiranya awak dah bersedia!"

Pada hari itu, maharaja sedang duduk di atas takhtanya sambil berkata, "Anak perempuan saya tak akan kalah kepada budak lelaki!"

Tatkala ahli keluarga diraja yang lain melemparkan pujian kepada tuan puteri muda itu, Xuan Mo berdiam diri di situ dan melihatnya menunggang kuda bersama cahaya matahari lembut menyinari wajahnya. Dia teringatkan wajahnya pada hari itu, sewaktu matanya bersinar terang. Dia tidak berkata apa-apa kerana dia seakan-akan menjadi bisu di hadapannya. Selama bertahun-tahun ketika melihatnya membesar dan naik ke puncak kuasanya, dia telah biasa memandangnya.

Masa sudah pun berlalu pergi begitu juga usia remaja mereka. Peluang atau kemungkinan untuk membiarkan perasaannya diketahui olehnya sudah terlepas.

"Xuan Mo," Nalan Hongye tiba-tiba berbisik. Suaranya terdengar lebih lembut disebabkan ketinggian menara itu. Dia yang masih melihat cahaya di bawah bertanya, "Saya ada lakukan apa-apa kesalahan ke?"

"Tak, Tuanku."

Dia tersenyum lembut dan menggelengkan kepalanya tidak peduli, "Yakah. Penasihat Duan mungkin betul. Sekali saya buka pintu gerbang itu kepada penyamun, Empayar Song akan hancur."

"Dengan maharaja yang berada dalam keadaan kritikal, keluarga Nalan dah tak mempunyai pengganti lagi. Nampaknya garis keturunan keluarga Song tak dapat diteruskan lagi."

"Siapa cakap?" Nalan Hongye menjawab dengan tenang.

"Raja-raja Jinjiang, Anli dan Jianghuai... Mereka semua ada dalam garis keturunan." Apa yang dikatakan olehnya ialah perkara benar. Sekiranya dalam mana-mana ahli keluarga maharaja tidak dapat mewarisi takhta, cabang-cabang keluarga diraja yang lain juga berhak mencalonkan pewaris yang berpotensi. Itu hanya…"

Xuan Mo tidak mengatakan apa-apa lagi. Angin yang lembap bertiup di atas menara putih yang membuatkan cuaca terasa dingin walaupun di dalam musim panas.

"Nampaknya saya terlalu mementingkan diri. Di dalam hati saya, saya selalu meletakkan keluarga saya di atas negara saya." Nalan Hongye berfikir panjang. Tahun-tahun pemerintahannya telah melunturkan rasa kebaikannya. Mana-mana sisa gerak hati atau kedegilannya tidak sepadan dengan keperibadiannya yang nekad dan keras kepala.

Setelah mengimbas kembali perilaku keluarga diraja yang baru-baru ini, Nalan Hongye tidak dapat menahan dirinya daripada menunjukkan kekejaman pada matanya. Sudah berabad-abad keluarga Nalan berdiri teguh dan banyak generasi telah menumpahkan darah mereka tanpa henti dalam pelbagai medan pertempuran untuk mempertahankan negara mereka. Empayar ini dibina atas darah, peluh, dan air mata keluarga Nalan yang telah diambil olehnya untuk bertahan selama bertahun-tahun. Dia tidak akan membenarkan perosak-perosak itu mengambil alih empayar ini daripadanya.

"Keluarga Nalan membina negara ini dari bawah, bermula dengan nenek moyang saya yang mempertahankan negara ini dengan darah mereka. Jika ia akan berakhir, ia hanya akan berakhir dengan istilah keluarga Nalan sahaja."

Nalan Hongye memandang ke bawah, tatkala cahaya bulan melemparkan nada yang dingin pada mantelnya.

Dengan suara yang rendah, dia mengarah, "Pergi mengikut saluran yang betul dan beritahu Yan Xun saya menyokong cadangannya. Saya juga nak dia berjanji dia akan melindungi dan merawat rakyat Song dengan baik. Sesiapa yang mewarisi takhta pada masa hadapan mesti menjadi salah seorang anak lelaki saya. Jangan lupa, saya juga nakkan kepala raja Taiping."


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C261
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập