Tải xuống ứng dụng
68.83% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 201: Bab 201

Chương 201: Bab 201

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Saya tahu masa saya dah suntuk." Dia menghembuskan nafasnya perlahan-lahan dan dengan nada suara yang rendah wanita itu meneruskan kata-katanya, "Saya tahu hari ini akan tiba. Tapi saya tak jangka yang ia secepat ini." Seseorang yang berwajah lembut dan mesra tiba-tiba muncul di hadapan Cik Puan Yu, namun dia tidak dapat mengecamnya kerana kini penglihatannya kabur. Cik Puan Yu tersenyum tatkala darah mengalir keluar dari lukanya, lantas meresapi pembalut luka itu. Dia menghulurkan tangannya dengan sedaya upaya untuk membelai pipi kelibat tersebut tatkala mengenangkan pertemuan pertama mereka bertahun dahulu. Mereka masih muda ketika itu dan Cik Puan Yu telah dibawa ke jalan raya untuk dihukum kerana cuba melarikan diri. Dia telah dibelasah dengan teruk tetapi gadis ini langsung tidak menangis. Lelaki itu telah melewati jambatan itu bersama-sama dengan gurunya dan lantas duduk bertinggung untuk memberikannya sebotol salap. Dia berkata sambil mengerutkan dahinya, "Sapukan sekali pada waktu siang dan sekali pada waktu malam. Semoga cepat pulih, ya."

Cik Puan Yu mengekalkan senyumannya dan berkata dengan suara yang letih, "Ah Chu, saya nak tidur sekejap. Beritahu saya apabila Daoya sampai ya."

Chu Qiao mengetap bibirnya dan mengangguk paksa. Cik Puan Yu memejamkan matanya selepas dia berasa yakin. Raut wajahnya kelihatan begitu letih. Dia kemudiannya berbisik dengan lembut, "Saya nak tidur sekejap saja sebab terlalu letih. Sekejap saja." Bulu mata panjangnya membentuk bayangan pada wajah jelitanya bersama degupan jantung wanita itu yang semakin perlahan sebelum akhirnya berhenti. Tangannya kini terhempas di samping lengan Chu Qiao.

Angin di luar bertiup semakin kencang sementara hujan masih turun di pondok jerami yang kecil itu. Tubuh Chu Qiao terkaku ketika dia memandang ke bawah sambil menitiskan air matanya pada wajah dingin Cik Puan Yu. Titisan air matanya itu mengalir, lantas bercampur dengan lumuran darah di bawah.

"Jeneral!" He Xiao meluru masuk ke dalam pondok itu. Apabila dia melihat badan Cik Puan Yu yang sudah tidak bernyawa, He Xiao terus berasa tergamam.

Chu Qiao memandangnya dengan senyap, lantas menjawab dengan suara yang serak, "Ada apa?"

He Xiao berfikir sejenak sebelum berkata dengan perlahan-lahan, "Encik Wu dah tiba."

Hari masih hujan apabila mereka ternampak dengan Encik Wu. Chu Qiao memakai baju hujan semasa diiringi oleh He Xiao dan yang lain ke sempadan Dataran Qiulan. Para askar itu menyalakan obor mereka dengan minyak pokok pain untuk menerangi kawasan yang gelap gelita itu. Mayat-mayat yang telah berubah menjadi putih disebabkan taufan ada di mana-mana. He Xiao sedang berdiri di bawah pokok poplar yang terasing sambil memegang sekaki payung yang besar. Encik Wu pula sedang berlutut di atas tanah sambil menghadap Chu Qiao dan orang-orang bawahan gadis itu. Terdapat tiga batang anak panah yang telah tertusuk di belakang lelaki itu dan salah satu daripada anak panah tersebut telah menusuk jantungnya. Wajah Wu Daoya pucat bersama darah yang mengalir keluar dari mulutnya. Dia sudah tidak bernyawa tetapi matanya masih terbuka dan dia seolah-olah sedang mencari sesuatu kerana dia masih tidak rebah ke tanah. Kening Wu Daoya berkerut tegas sementara dia masih mengekalkan renungannya yang penuh bersungguh itu.

"Apabila kami tiba di sini, Encik dah tiada." Suara He Xiao bergema di sebelahnya. Malam itu terasa begitu gelap-gelita tanpa sebarang cahaya. Chu Qiao duduk tegak di atas kudanya dengan air matanya sudah kekeringan.

"Setiap orang mempunyai hajatnya sendiri. Bagi saya, saya ingin lebih dekat dengan kepercayaan saya. Untuk itu, saya sanggup korbankan kebebasan dan cinta saya kerana ia berbaloi bagi saya."

Pada saat itu, Chu Qiao seolah-olah terdengar kata-kata yang telah diceritakan Encik Wu kepadanya setahun yang lalu di Pergunungan Huihui. Angin malam bertiup kencang dan hujan terus membasahi bumi. Chu Qiao memejamkan matanya tatkala dia mendongak, menyebabkan air hujan mencurah ke mukanya seperti pisau yang tajam.

'Cik Puan Yu, awak kena bersabar. Orang yang awak nantikan itu dah sampai. Kalian berdua sudah letih sangat di dunia ini. Dalam kehidupan kalian yang seterusnya, saya harap kalian berdua tak perlu menanggung pelbagai tanggungjawab lagi. Kalian berdua perlu kekal bersama dan hidup bahagia selama-lamanya. Jangan fikirkan hal lain.'

Langit dan bumi menjadi sepi tatkala hembusan demi hembusan angin melanda kawasan itu. Malam yang panjang baru sahaja bermula...

Awan gelap berarak di langit malam bersama angin yang bertiup kencang dan menghasilkan bunyi desiran.

"Api!" Suara yang rendah tiba-tiba menempik berkali-kali. Para tentera berpakaian merah yang mengelilingi lembah itu dipanah jatuh seorang demi seorang. Darah terpercik di seluruh kawasan dan diiringi dengan bunyi meronta-ronta. Bunyi jam bergema dengan kuat dan lebih 20 isyarat kecemasan telah dikeluarkan. Segala kekecohan ini terjadi di cerun selatan Dataran Huolei dan perjalanan ke sana memakan masa kurang dari setengah jam dari Bandar Beishuo dengan kuda. Mereka tidak pasti mengapa pasukan tentera Beishuo tidak menyelamatkan mereka. Adakah mereka dikepung? Siapa pula yang menyerang mereka?

"Siapa kalian?" Sebatang anak panah tiba-tiba tertusuk pada bahu Xiaohe, menyebabkan darah mengalir keluar dari tubuhnya itu. Rakan-rakan seperjuangannya juga tumbang seorang demi serang bagaikan pokok jagung yang siap dituai. Matanya sudah merah sewaktu dia bergelut untuk memahami situasi yang berada di hadapannya. Pemuda ini telah menerima perintah daripada Yan Xun untuk pulang ke Beishuo untuk menerima sebuah anugerah yang telah dikurniakan kepadanya, tetapi kenapa dia diserang oleh musuh yang tidak dikenali pula?

Xiaohe memandang keadaan sekelilingnya yang tidak masuk dek akal yang menyerupai sebuah mimpi ngeri di mana sebuah batu gergasi tergelincir dari cerunan. Tiada sesiapa yang dapat menghentikan batu itu daripada terus mara. Mereka yang cuba menentang batu tersebut bakal dihancurkan dengan mudah.

Mereka tidak bertukar serangan secara langsung dengan musuh. Disebabkan mereka kini sedang berada di dalam kawasan Yan Bei dan sedang berada dalam perjalanan ke majlis penganugerahan, mereka tidak membawa apa-apa senjata yang dapat menyerang dalam jarak jauh. Mereka tidak mempunyai perisai ataupun anak panah. Tentera seramai 5,000 orang itu terperangkap di lembah ini dan dikelilingi musuh yang berada di mana-mana. Anak panah tersebut disasarkan tepat kepada mereka, jadi mereka sememangnya tiada ruang untuk membalas serangan pihak musuh. Para askar yang cukup berani cuba untuk melepaskan diri namun mereka telah dipanah, darah mereka mencemari tanah. Timbunan mayat bergelimpangan di atas tanah dan askar yang terselamat menjerit, "Siapa pihak lawan di sana? Kenapa kamu semua menyerang kami?"

"Kenapa tiada seorang pun yang datang untuk menyelamatkan kita? Di mana pengawal dari Beishuo?"

"Mereka menggunakan teknik tembakan secara berturut-turut! Maknanya ini pasukan kita sendiri!"

"Siapa mereka sebenarnya? Siapa yang nak membunuh kita?"

Mata Xiaohe mula memerah. Timbalan jeneralnya lantas menghunus pedangnya untuk melindungi jeneralnya sambil menjerit, "Lindungi jeneral! Lindungi jeneral!" Setelah dia menghabiskan kata-katanya, sebatang anak panah yang tajam telah menusuk kerongkongnya dan menyebabkan suaranya hanyut dibawa angin. Darahnya terpancut keluar mengenai wajah Xiaohe.

Xiaohe memegang badan timbalan jeneralnya. Lelaki yang berbadan tegap dan berusia kira-kira 30 tahun itu membuka matanya dengan luas sebelum meraih mantel Xiaohe. Darah keluar tanpa henti dari mulutnya dan sekalipun sukar, dia masih dapat mengujarkan kata-katanya, "Siapa... Siapa... Siapa yang mahu bunuh kita?"

Mayat yang tidak beranggota badan telah dicampakkan ke atas satu sama lain sehingga membina sebuah gunung kecil di bawah telapak kaki Xiaohe. Lukanya sudah tidak berasa sakit lagi. Masanya antara pukul 11:00 malam dan 1:00 pagi hari berikutnya. Hujan mula mencurah-curah pada tubuh mayat yang terkulai layu di atas tanah. Para pahlawan mempertahankannya dengan berani sewaktu mereka berjalan ke arah mayat rakan mereka yang bergelimpangan sambil menggunakan tubuh rakan mereka sebagai perisai manusia untuk menepis serangan anak panah yang datang. Teriakan kesakitan, kutukan, dan sumpah-seranah berkumandang di udara. Setelah sekian lama, serangan mula berkurangan. Panahan bertubi-tubi itu terhenti tetapi pihak musuh masih menunggu dengan senyap dan terus mengepung mereka.

Pasukan Kedua Tentera Huoyun hampir dihapuskan. Orang-orang yang masih hidup boleh dianggap seperti sudah mati. Mereka tidak lagi mempunyai kekuatan untuk menepis serangan musuh dan hanya mampu tercungap-cungap seperti anjing liar sahaja.

Kesenyapan lantas melanda seluruh. Keadaan tersebut terlalu sunyi sepi.

Tiba-tiba, bunyi sayup-sayup mesin dikendalikan dapat didengari. Para pahlawan lantas membeliakkan mata mereka dalam ketakutan lalu mendongak dan menyaksikan anak panah yang terus menerus dilepaskan ke arah mereka. Swoosh! Anak panah itu begitu tajam dan dapat menembusi perisai manusia tadi dengan mudah.

"Ah!"

"Bedebah, aku akan..."

Segala jenis kata cacian bergema di udara lagi. Walau bagaimanapun, sebelum sempat mereka menghabiskan ayat mereka, mereka telah dipanah. Tiga atau empat anak panah telah tertusuk pada badan Xiaohe sendiri dan darah mengalir keluar tanpa henti. Wajahnya yang berlumuran darah kini tidak dapat dibezakan. Dia terus menyerang dengan menggunakan pedangnya tatkala sebatang anak panah menusuk bahunya dan menyebabkan pemuda itu tersekat pada panji Tentera Huoyun.

"Jeneral!" Seorang askar menjerit dan berlari ke arahnya. Sewaktu dia mendekatinya, sebatang anak panah lagi terbang dan menusuk jantungnya lalu menyebabkan mata askar itu terbeliak. Dia menundukkan kepalanya seolah-olah berasa keliru. Dia menghulurkan tangannya untuk merasai anak panah itu dan kemudiannya berkerut. Seperti kanak-kanak yang tidak bersalah, dia berlutut di atas tanah, dibantu dengan busur dan anak panahnya. Lantas, dia pun mati di depan mata Xiaohe.

Jeneral muda itu menangis dan meraung sekuat hati. "Lindungi jeneral!"

Para pahlawan itu mara ke hadapan. Setelah pihak musuh mengesan pergerakan Pasukan Tentera Xiuli ini, mereka terus mengubah sasaran pada sekumpulan orang tadi. Seorang tentera yang tidak pernah dilihat Xiaohe sebelum ini menoleh untuk memandangnya dengan wajah yang ceria. Dia kemudiannya berkata dengan gelak tawa, "Selamatkan Jeneral. Saya akan pergi dulu." Setelah itu, dia berpaling ke hadapan semula dan meluru ke arah anak panah yang dilepaskan secara bertubi-tubi oleh pihak musuh. Anak panah yang sudah tidak terhitung lagi menusuk dada dan otaknya. Dia yang sudah tidak bernyawa itu hanya berdiri di kedudukan asalnya dan dijadikan sasaran manusia.

Keperitan yang sangat menyayat hati kini meresap ke dalam tubuh Xiaohe. Pemuda itu lantas bergegas ke hadapan dengan laungan yang kuat serta badannya menahan impak anak panah yang tidak terhitung banyaknya itu. Jeneral muda itu meluru ke hadapan dengan pedangnya, membuatkan lebih banyak lagi anak panah menembusinya. Musuh yang bersembunyi di sebalik kegelapan itu berasa terkejut, malah sesetengah daripadanya terus berhenti memanah setelah melihat seorang askar yang berlumuran darah itu sedang menerpa ke arah mereka.

Tiba-tiba pada saat itu, sebilah pedang terbang dan terpahat pada kaki Xiaohe. Xiaohe terus hilang keseimbangannya dan berlutut di atas tanah dengan satu lutut. Pemuda itu lantas merenung ke arah kem musuh yang tidak jauh dari pandangan matanya yang merah. Perasaan malu dan meradang lantas terlayar pada anak matanya disebabkan keadaannya yang terdesak dan kegilaan. Matanya memandang ke arah pasukan musuh yang berpakaian hitam tatkala dia meludah darah yang terdapat dalam mulutnya. Jeneral muda itu berdiri sekali lagi sementara didorong oleh kesungguhannya yang menggerunkan. Dia menempik dengan keras, "Siapa kalian yang cuba untuk membunuh kami?"

Sebatang anak panah lagi terbang ke arah Xiaohe lalu menamatkan riwayatnya di situ. Tanah bergegar disebabkan guruh yang berdentum dan diikuti dengan hujan lebat yang turun membasahi bumi dan tubuh-tubuh tidak bernyawa itu. Darah bercampur dengan air yang turun tatkala seluruh pasukan telah dihapuskan.

"Bakar mereka semua," Suara rendahnya bergema. Para pahlawan lalu menerpa ke hadapan dengan baldi kayu yang berisi minyak pokok pain. Mereka menuangkannya ke atas mayat askar-askar terbabit dan setelah itu, bau minyak yang bercampur darah dan meloyakan itu meresap di udara. Mayat-mayat itu segera dibakar. Hujan pun malah tidak dapat menghentikan api yang menyala. Para pahlawan berpakaian hitam hanya berdiri di situ sambil menyaksikan api menelan sebuah penghinaan di hadapan mereka.

Pembunuhan memang tidak dapat memusnahkan sesebuah impian, tetapi pembunuhan mampu menghapuskan orang-orang yang memegang impian itu.

Malam itu masih gelap dan dingin. Para pahlawan mengalihkan perhatian mereka ke Bandar Beishuo kerana mereka sudah tidak berminat dengan apa yang berlaku di belakang mereka. Langit mula cerah sewaktu pasukan perutusan tiba, "Puteri Huanhuan dah tiba di pintu gerbang bandar bersama pasukannya. Tuanku memerintahkan supaya Jeneral memimpin tentera Jeneral ke sana."

Pembunuhan beramai-ramai itu masih belum lagi berakhir.

Ia akan berterusan.

"Jeneral, ada kira-kira 300 orang di hadapan. Itu mungkin peninjau dari Beishuo. Kuda perang mereka itu pantas. Kita nak elak mereka ke?"

Chu Qiao mengangkat keningnya. Hujan telah berhenti, awan gelap perlahan-lahan menghilang dan hanya meninggalkan lapisan putih kabut terapung di udara. Dia berkerut dan menjeling dengan tajam ke arah sekumpulan orang itu.

"Jeneral! Itu Pasukan Tentera Huoyun. Mereka sedang dikejar oleh sekumpulan tentera yang ramai. Nampak macam terdapat 5,000 orang!" Sang pengutus itu segera berpatah balik dan berkata. Chu Qiao mengangkat keningnya dan memerintahkan dengan tegas, "He Xiao, bawa beberapa orang bersama kamu untuk selamatkan Puteri Huanhuan. Hentikan tentera yang sedang mengejar mereka."

"Baik!" He Xiao menurut perintah dan mengaturkan 4,000 orang askar bersamanya sebelum menuju ke medan perang.

Chu Qiao mengikuti rapat bersama tenteranya. Telapuk kudanya memijak tanah yang berlumpur lalu mendedahkan kesan cecair merah yang terdapat di dalam air berlumpur tersebut.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C201
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập