Tải xuống ứng dụng
68.49% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 200: Bab 200

Chương 200: Bab 200

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Ini bermakna yang Raja Qinghai boleh menyembah duli di serata Yan Bei malah termasuklah ke Sempadan Cuiwei yang terletak di tengah-tengah Pergunungan Helan dan Pergunungan Cuiwei pada bila-bila masa sahaja dan tiada siapa yang boleh menghalangnya. Terdapat sebuah dataran berumput tanpa sebarang halangan di Timur Sempadan tersebut. Satu-satunya cara untuk menghalang para musuh di Qinghai ialah membina sebuah tembok besar yang beribu-ribu batu panjangnya di sana. Walaupun ia kedengaran seperti satu lawak jenaka, namun itulah realiti yang kini dihadapi oleh Yan Bei.

Mujurlah sejak dari kejadian pada hari itu, Raja Qinghai tidak pernah muncul lagi, seolah-olah dia telah berasa bosan pada hari tersebut dan keluar berjalan-jalan untuk memberitahu Yan Xun dia merupakan jiran terbaru Yan Bei. Namun, Yan Xun sudah semestinya masih terus berwaspada dalam setiap gerak-gerinya. Semasa dia menghantar beberapa orang peninjau untuk mencari maklumat dari Raja Qinghai, pemuda ini telah bergerak ke Sempadan Cuiwei beberapa kali dengan harapan dia boleh berunding dengan Raja Qinghai. Selain itu, dia juga telah menubuhkan sebuah pasukan barisan pertahanan di Barat Daya. Dengan itu, Empayar Xia akhirnya mempunyai peluang untuk bernafas. Semua maklumat ini telah didapati daripada He Xiao. Dalam masa dua tahun itu, Chu Qiao seakan-akan tidak bergerak dari gunung tersebut.

Malam-malam terasa sangat sepi, terlalu sepi sehingga boleh mendengar bunyi anjing yang menyalak di kaki gunung. Namun, apabila semua orang sedang tidur, Chu Qiao menatap bintang-bintang yang terbentang indah di permukaan langit, terduduk bersendirian sehingga matahari terbit.

Namun, tragedi telah melanda tanpa sebarang khabar. Berita pemberontakan Da Tong telah tersebar bagaikan minyak panas yang baru saja dituangkan ke dalam air, lantas mencetuskan kegelisahan besar di dalam kegelapan pergunungan Huihui tersebut. Melihat pengutus yang telah dilumuri darah, Chu Qiao lantas mengerutkan mukanya sambil mendengar kata-kata pemuda itu.

"Cik Puan, sila bergerak ke bawah. Kalau tidak, Da Tong pasti tak akan wujud lagi!"

Chu Qiao yang memandang pemuda itu hanya berdiam. Berita tentang pemberontakan Da Tong baru sahaja diterima olehnya daripada pasukan tentera dari Bandar Qiulan. Namun, pemuda ini telah bergegas untuk melaporkan kepadanya yang Yan Xun sedang merancang untuk menghapuskan Kesatuan Da Tong setelah melucutkan Cik Puan Yu dan Encik Yu daripada segala jawatan mereka. Manakala, pemuda itu juga telah mengangkap Xia Zhi, Xirui dan juga para jeneral Da Tong yang lain sementara ibu pejabat Kesatuan Da Tong yang terletak di Bandar Wang itu telah dimusnahkan menjadi debu. Yan Xun telah bercadang untuk menyeru Pasukan Tentera Huoyun bersama Puteri Huanhuan dan membunuh wanita itu supaya dapat menghalang sebarang pemberontakan yang lain… Namun, kata-kata itulah yang telah membuatkan Chu Qiao tidak mempercayai maklumat yang telah diberikan pengutus ini. Logik akalnya juga telah memutuskan untuk tidak mempercayainya. Walaupun wanita ini sendirinya telah menjadi mangsa kepada kekejaman Yan Xun, namun dia juga tahu Yan Xun bukanlah seorang bodoh. Pembubaran Kesatuan Da Tong itu mungkin sebuah rancangan yang logik, pelucutan jawatan ketenteraan Encik Wu dan Cik Puan Yu juga boleh diterima, tetapi kenapa pula pemuda itu menginginkan kematian Huanhuan? Sedangkan Huanhuan ini adindanya, darah dagingnya. Walaupun wanita itu telah dididik daripada kecil lagi dan juga berpegang teguh dengan kepercayaan yang diimpikan oleh persatuan itu, tetapi dia sudah semestinya tidak akan menikam belakang abangnya sendiri demi Da Tong.

"Awak boleh bergerak ke bawah."

"Cik Puan!" Pemuda itu lantas melutut sebelum kepalanya menghentam di atas tanah dengan dentuman yang agak kuat apabila dia merayu di hadapan Chu Qiao, "Saya cadangkan yang Cik Puan selamatkan Da Tong! Hanya Cik Puan saja yang boleh selamatkan kami sekarang." Bunyi dentuman kepalanya yang terhantuk di tanah itu bergema sungguh kuat sehingga beberapa saat kemudian boleh dilihat darah mengalir dari dahinya. Chu Qiao yang berkerut akhirnya berpaling sebelum kembali ke biliknya sambil diratapi oleh pemuda itu yang dihurung kekecewaan dan juga kesedihan. Bagi Kesatuan Da Tong pula, Chu Qiao sememangnya tidak berharap kepada mereka. Selain daripada Encik Wu dan juga Cik Puan Yu, dia tidak pernah bekerjasama dengan ahli-ahli persatuan yang lain. Tidak lama dahulu, wanita ini beranggapan yang ahli-ahli persatuan ini semuanya manusia-manusia jahat yang telah dirasuk dek kekuasaan dan juga kekayaan, namun lama-kelamaan dia tersedar yang bukan semua daripada mereka sebegitu. Kebanyakan daripada ahli Kesatuan Da Tong masih lagi berpegang teguh kepada kepercayaan yang dipegang dan juga pahlawan yang setia, seperti Mohism di zaman China purba. Mereka juga terdiri daripada pahlawan yang gagah dan cendekiawan yang bijaksana yang berbelas kasihan dan juga baik hati. Orang-orang sebegitu boleh dijadikan sumber yang baik buat negara ini jika mereka diberikan tugas yang tepat, jadi wanita ini pasti yang Yan Xun tidak akan membunuh kumpulan yang sungguh berbakat seperti ini. Begitulah pemikiran Chu Qiao sementara wanita ini memendam segala perasaan tidak sedap hatinya.

Namun, apa yang telah berlaku melangkaui segala yang telah dijangkakan Chu Qiao. Tidak sampai dua hari kemudian, peperangan tersebut telah merebak ke seluruh Yan Bei. Ramai ahli Kesatuan Da Tong yang telah dikepung dan dibunuh beramai-ramai, sekaligus merudumkan sistem Kepimpinan Da Tong. Ajal tiba kepada setiap ahli persatuan ini dengan sungguh tiba-tiba sehingga mereka tidak sempat untuk menerima sebarang berita pun sebelum dewa maut telah mengepung mereka. Ia terasa bagaikan banjir telah merempuh empangan lalu menenggelamkan seluruh Yan Bei bersamanya tanpa ada seorang pun yang mampu menentang serangan tersebut.

Pada malam kedua, kira-kira 20 orang pengutus mula mendaki pergunungan Huihui sekali lagi, namun hanya seorang yang mampu tiba di puncaknya. Penunggang kuda tersebut berlumuran dengan darah sementara sebelah tangannya masih melekap pada badannya hanya kerana segenggaman darah yang nipis saja, mampu terputus pada bila-bila masa. Dia merenung Chu Qiao namun tidak mampu menyuarakan hasrat hatinya. Kemudian, dia segera membuka bajunya dengan penuh keperitan dengan menggunakan tangannya yang masih elok sebelum menyerahkan sepucuk surat kepada wanita itu. Walaupun surat tersebut telah lencun dengan peluh dan darah, namun tulisan tangan yang tertera pada muka surat itu masih jelas, 'Ah Chu, tolong kami. Zhong Yu.'

Chu Qiao berdiri perlahan-lahan setelah teragak-agak buat masa yang lama. Gunung yang dingin itu menghembuskan angin pada tubuh badan wanita ini yang lemah semasa dia mengambil nafas. Lalu, dia mengarahkan dengan tegas, "He Xiao, sediakan kuda saya. Saya akan bergerak ke bawah!"

Kelegaan lantas terlintas pada mata pengutus itu. Sejurus selepas itu, dia lantas rebah ke tanah dengan kepalanya yang mendarat terlebih dahulu. Barulah Chu Qiao menyedari sebatang anak panah yang telah tertusuk ke dalam belakang badan pemuda itu dengan sungguh dalam, tepat ke hatinya. Tiada sesiapa yang tahu bagaimana pemuda ini mampu bertahan selama itu sambil mendaki gunung yang bercuaca dahsyat ini.

Chu Qiao segera memakai mantelnya sebelum bergegas di sebalik kegelapan malam bersama 20 orang pengawal peribadinya. Perasaan tidak sedap hati lantas menyelubungi setiap rongga tubuhnya sementara hujan renyai-renyai yang dingin merembes ke mukanya. Wanita ini enggan berfikir dengan lebih mendalam, lalu dia menyentap tali kekang kuda sebagai isyarat untuk kuda tersebut bergerak dengan lebih laju. Perjalanan itu terasa seperti telah memakan masa yang sungguh lama apabila wanita ini merentasi kegelapan malam.

Pasukan tentera pengawal milik Cik Puan Yu yang seramai 3,000 orang itu kini hanya berangka 100 orang. Semua orang telah mengalami kecederaan, namun mereka terus menjadi bersemangat dan peka sewaktu mereka melihat ketibaan Chu Qiao. Cik Puan Yu sedang tertidur di dalam pondok jerami di dalam ribut hujan sewaktu wanita itu tiba, namun dia terjaga sebaik sahaja mendengar bunyi desuh-desah di luar dan membuka matanya perlahan. Wajah pucatnya lantas terukir sebuah senyuman ringan sebaik sahaja dia melihat Chu Qiao bagaikan dia telah menjangkakan ketibaannya, Cik Puan Yu menyapanya, "Awak dah datang pun." Sebatang anak panah telah tertusuk dadanya, namun tiada siapa yang berani untuk menariknya keluar tanpa ada sebarang ubat untuk disapukan ke atasnya walaupun luka tersebut telah dibalut. Mata Pingan terus berlinangan semasa dia teresak-esak melaporkan, "Saya akan pergi cari Pak Cik Dalie." Dengan itu, budak lelaki itu melangkah keluar. Bilik tersebut sekaligus menjadi sepi dengan kehadiran dua orang wanita ini yang kebetulannya sedang memakai baju yang berwarna putih. Sebaik sahaja Chu Qiao melutut di sebelah katil Cik Puan Yu, dia boleh mengenal pasti betapa parahnya kecederaan wanita itu.

Chu Qiao menelan segala kedukaannya dan bertanya dengan perlahan, "Cik Puan Yu, apa yang terjadi?"

Cik Puan Yu mengambil sehelaan nafas, lalu terbatuk-batuk dengan pipi yang memerah, sebuah tanda yang tidak elok. "Cukai di Changqing dah dinaikkan, jadi rakyat memberontak. Beberapa orang pemimpin Kesatuan itu pun ikut sertai juga. Dah tak gunanya kita nak pulihkan keadaan sekarang ini."

"Cik Puan pun sertai juga ke?" Kening Chu Qiao berkerut keras semasa dia bertanya, "Macam mana Cik Puan boleh jadi cuai sebegitu? Sertai pemberontakan rakyat itu dikira sebagai pemberontakan. Yan Xun bukan ke daripada dulu lagi memang tak mempercayai Kesatuan Da Tong, macam mana Cik Puan boleh jadi cuai sangat?"

"Haha," Cik Puan Yu tergelak ringan sambil dadanya yang menaik dan menurun. Kepekaan matanya bagaikan semakin memudar semasa dia merenung Chu Qiao, ia terasa seperti dia sedang termenung jauh. Dia membalas dengan senyap, "Awak pernah nampak tak bagaimana rakyat Changqing terseksa sebab bencana salji pada musim salji tahun lepas, dan pada tahun ini, kita mangsa kepada tanaman yang tak elok dan juga haiwan ternakan yang banyak mati. Pada saat-saat penting macam ini, Yan Xun dah memaksa mereka untuk melupakan tentang makanan rakyat yang dah sememangnya tak cukup untuk mereka bertahan sehingga musim sejuk. Itu bagaikan menyuruh mereka mati." Cik Puan Yu merenung ke dalam anak mata Chu Qiao semasa dia meneruskan, "Tuanku sedang bersiap sedia untuk berperang dan berharap untuk menawan Sempadan Cuiwei sebelum musim sejuk. Sebab itulah dia dah mengerah ramai tentera dan ambil banyak bekalan makanan daripada rakyat jelata. Dah terlalu ramai rakyat kita yang mati kebuluran. Walaupun saya tahu ini masa depan saya, tapi saya sudah tiada cara lain lagi untuk membantu mereka."

Chu Qiao mengetap bibirnya untuk menahan kesedihan yang semakin membuak-buak di dalam dirinya. Wanita ini menggenggam jari-jemari Cik Puan Yu namun tidak mampu berkata apa-apa untuk menenangkan gundah gulananya.

"Ah Chu, awak ini budak baik, tapi hidup awak selama ini begitu susah. Saya harap awak faham yang bukan semuanya dalam dunia ini akan ikut kehendak awak. Mungkin kita cuba untuk dapatkan sesuatu itu dengan segala daya upaya kita, tapi kita tak akan dapat apa yang kita harapkan itu. Awak ini masih muda, jadi masa depan awak masih cerah." Wanita tersebut tersenyum lembut, mempamerkan lagi kedutan-kedutan ringan yang menghiasi sepasang matanya yang membuatkan dia tampak lebih bijaksana. Suaranya pula kedengaran semakin menjauh. Chu Qiao yang masih berlutut di sebelah katil Cik Puan Yu itu menekan lukanya dengan harapan dapat menghentikan pengaliran darah yang masih menyusup keluar daripada tubuhnya. Dengan darah yang sudah mengotori gaun putih milik Chu Qiao, dia mengetap bibirnya tegas dan bergelut untuk menahan air matanya daripada terus mengalir.

"Cik Puan Yu kena bertahan. Pingan dah keluar untuk mencari doktor."

"Saya tak boleh diselamatkan." Cik Puan Yu menggeleng kepalanya ringan. Raut wajahnya sungguh pucat sehingga ia mampu dibandingkan dengan salji segar yang baru meliputi puncak gunung. Kedua belah bahu dan tangannya terasa sejuk membeku sementara anak matanya terus memandang atap pondok yang usang itu. Angin yang mendesus di luar pondok itu telah membuatkan Cik Puan terkenangkan memori demi memori.

Di saat-saat akhir kehidupannya, segala memori yang pernah dijalaninya pada suatu ketika dulu terlayar di ingatannya bagaikan dia sedang menonton sebuah filem. Cik Puan Yu terasa bagaikan masa telah diputarkan kembali ke 15 tahun yang lalu di Gunung Wolong. Jantungnya berdegup kencang sementara memandang sebuah susuk tubuh yang berpakaian serba hijau itu berdiri di tengah-tengah dedaunan layu pada musim luruh. Dia masih boleh merasai sinaran cahaya mentari yang lembut menyuluhkan cahayanya ke atas diri wanita ini, mengusapnya lembut bagaikan belaian seorang ibu. Dia boleh melihat cahaya matahari itu yang menampilkan bayang-bayang berbintik apabila melintasi dedaunan pada guqin di atas meja batu di sebelahnya. Pemuda itu lantas berpaling untuk menghadapnya sebelum merenung ke dalam mata Cik Puan Yu dengan senyuman yang memukau. Pemuda itu lantas menghulurkan tangannya, "Ah Yu, kenapa awak bangun awal sangat?"

Tiada sesiapa yang tahu wanita ini tidak pernah menggemari seni politik, ketenteraan, ataupun kepimpinan. Daripada kecil lagi wanita ini hanya mengidamkan sebuah keluarga dan mempelajari tentang ilmu dandanan dan bersajak, akhirnya berkahwin dengan seorang suami yang bertanggungjawab, seperti semua wanita-wanita lain. Impiannya ialah hidup dalam sebuah kehidupan yang tenang dan bukanlah untuk menyelamatkan dunia ini ataupun untuk meraih pengaruh kuasa yang besar.

Namun, pemuda itu bercita-cita tinggi dan dia telah meletakkan dirinya melebihi orang lain setelah menyaksikan segala kekejaman di dalam dunia ini. Tidak lama kemudian, pemuda itu telah mendaki sebuah gunung dengan harapan untuk mempelajari segala kemahiran yang diperlukan untuk matlamatnya itu. Akhirnya, pemuda itu telah mempelajari ilmu peperangan sementara wanita ini telah mempelajari ilmu politik. Apabila dia memperbaiki dirinya dari segi perniagaan dan juga kewangan, wanita ini akan memperbaiki dirinya dari segi ekonomi. Apabila dia mempelajari tentang tabiat sosial sekumpulan masyarakat itu, wanita ini akan mempelajari tentang psikologi masyarakat tersebut. Cik Puan Yu akan sentiasa cuba untuk melengkapi segala kebolehan dan bakat pemuda itu supaya dia boleh berdiri sama tinggi dengannya.

Mahaguru mereka merupakan seorang yang cerdik dan bijaksana. Dia telah mengambil sekilas pandangan sahaja untuk memahami perasaan Cik Puan Yu buat pemuda itu, tetapi bukan sahaja mahagurunya itu tidak menghalangnya, malah beliau telah mendidik segala ilmu yang diketahuinya kepada Cik Puan Yu. Tetapi akhirnya, sebelum wanita ini berangkat turun dari gunung tersebut, mahagurunya itu telah menyelinapkan sepucuk surat ke dalam bagasi Cik Puan Yu dan ia telah diketahui oleh wanita tersebut hanya setelah beberapa lama. Di dalam surat itu tertulis satu ayat sahaja, iaitu 'Kesetiaan.'

Dalam sekelip mata sahaja 15 tahun sudah berlalu. Mujurlah pemuda itu telah menempuhi segalanya bersamanya melalui segala perit dan getir, juga ajal dan maut. Walaupun angin dan ribut yang kencang telah menghentam mereka, namun mereka masih kekal bersama. Bumi terasa boleh berubah dengan sungguh mendadak di dalam putaran masa sebegini. Bapa dan anaknya boleh menjadi musuh ketat kerana kuasa, saudara-mara boleh saling membunuh, malah para kekasih pun boleh meninggalkan satu sama lain. Hanya mereka berdua sahaja yang masih teguh bersama dan masih mempunyai kepercayaan yang teguh selama ini. Namun, ada beberapa perkataan yang masih tersemat di lubuk hati mereka. Setelah berkali-kali mengucapkan selamat tinggal dan bertemu kembali sepanjang 10 tahun yang lalu, wanita ini asyik beranggapan yang mereka pasti akan mempunyai masa lagi suatu hari nanti. Dengan itu, masa bagaikan terus mengalir melalui celah jari-jemari mereka sementara mereka sibuk merealisasikan impian mereka, sekaligus melupakan kenyataan yang suatu hari nanti mereka berkemungkinan tidak akan bertemu lagi. Wanita itu akhirnya kehilangan segala peluang untuk menyatakan segala hasrat hatinya yang telah dipendam untuk hampir dua dekad, segala perasaan hangat dan mesra yang sering ditahannya.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C200
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập