Tải xuống ứng dụng
28.42% Legenda Chu Qiao : Agen Puteri Divisyen Ke-11 / Chapter 83: Bab 83

Chương 83: Bab 83

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Namun, kehilangan nyawa yang sebegitu banyak bukanlah kekalahan terbesar yang ditanggung oleh Empayar. Peperangan empayar itu telah melumpuhkan kesuluruhan ekonomi Bandar Zhen Huang. Di dalam kehangatan musim panas, mayat-mayat yang bergelempangan di tepi-tepi setiap jalan bandar itu telah membawa banyak penyakit, bersama bangunan-bangunan musnah dek api yang telah menyebabkan ramai rakyat bandar menjadi gelandangan sehingga para tentera pun harus berehat di tepi jalan. Untuk membuat perkara lebih teruk lagi, hujan yang lebat telah membasahi bandar beberapa hari seterusnya, mayat-mayat yang masih belum ditanam dilencunkan air hujan dan mula mereput lantas memberikan sebuah bau yang sangat busuk sambil dihurung lalat.

Sebelum Yan Xun berangkat pergi, dia telah memastikan supaya api memamah timbunan bekalan makanan buat seluruh bandar sepenuhnya dan penjual-penjual makanan juga telah dirompak semasa pemberontakan yang berlaku, membuatkan rakyat Bandar Zhen Huang kebuluran dan dalam setengah bulan, lebih ramai rakyat bandar yang mati akibat penyakit dan juga kebuluran. Dalam perjuangan untuk meneruskan kehidupan ini, ramai rakyat jelata yang hidup berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan dahulu kini telah menjadi lebih perompak, dan ada juga yang memilih untuk menyertai tentera awam militia supaya dapat merompak makanan.

Pada suatu ketika, dalam masa dua hari sahaja, tiga puluh orang tentera yang diperintahkan untuk meronda kawasan bandar telah hilang tanpa sebarang khabar berita dan setelah beberapa hari selepas kehilangan mereka, barang-barang kepunyaan mereka - uniform, pisau belati, kasut but, semuanya muncul di dalam longkang. Antara barang yang dijumpai merupakan perkara yang lebih sulit dan juga mengerikan, seperti seluar dalam, dompet, ataupun tubuh bahan yang patah, biji mata, dan juga tulang…

Kini tiada sekelumit pun ketertiban yang tinggal di dalam bandar maharaja.

Setengah bulan seterusnya, gelandangan yang merusuh merobohkan pintu gerbang bandar dan melarikan diri dari bandar dan keluarga Maharaja Zhao hanya mampu melihat rakyat-rakyat mereka yang keluar dari bandar tanpa mampu melakukan sebarang perkara.

Zhao Zhengde yang tidak berupaya lagi itu berdiri di dalam Istana Sheng Jin yang telah musnah dan tersenyum kelat sebelum beredar bersama sekumpulan tentera terakhir yang masih hidup. Gerabaknya dijaga ketat oleh Song Que dan berderam-derum di kejauhan, jauh dari bandar yang telah musnah itu. Empaya Xia telah menaikkan nama mereka semenjak tiga ratus tahun yang lalu, dan bandar maharaja tersebut telah mampu menampung banyak pengepungan daripada musuh yang ramai.

Pada tahun 633, bahagian Pertahanan Ibu Negara Maharaja, Maharaja Bai Wei telah mengetuai 8000 tentera berkuda untuk berperang dengan 200,000 pahlawan Quan Rong, dan pengepungan itu telah bertahan selama sebulan sebelum mereka kehabisan makanan dan juga anak panah, namun mereka masih tidak mahu mengalah dan akhirnya bantuan daripada keluarga-keluarga bangsawan tiba untuk memecahkan pengepungan tersebut dan peristiwa berikut telah menjadi legenda untuk tahun-tahun berikutnya.

Pada tahun 684, keluarga berpengaruh Wo Long telah berpaling tadah dan membuka Pintu Gerbang Shui, sekaligus membenarkan penggabungan kumpulan tentera milik Empayar Tang dan juga Empayar Song untuk memasuki sempadan bandar tanpa sebarang halangan. Pihak musuh menyerang tepat ke jantung empayar, dan tiba di Bukit San Li yang terletak kurang daripada tiga puluh batu dari Bandar Zhen Huang. Maharaja pada zaman itu masih memeriksa sempadan barat daya, bersama puteranya Putera Zhao Chongming dan juga Maharani, Muhe Jiuge. Pada ketika itu, seluruh pihak istana telah menyarankan supaya keluarga Maharaja untuk berundur, namun Maharani yang berumur 27 tahun itu berdiri di atas menara pengawal selama tiga hari berturut-turut bersama puteranya sehingga mereka ternampak bendera Empayar yang berkibaran megah di atas Bukit San Li setelah menghapuskan pihak musuh.

Semasa Rusuhan Chi Chao pada tahun 741, pintu gerbang bandar telah musnah sepenuhnya namun keluarga Maharaja Zhao langsung tidak mengambil satu langkah pun untuk beredar dari ibu negara!

Tahun 735… Tahun 761… Tahun 769… Bandar tersebut telah berdiri teguh dengan degilnya semasa semua pertempuran yang berlaku di dataran berumput itu selama tiga ratus tahun, dan ibu negara akhirnya ditinggalkan oleh Keluarga Maharaja Zhao pada pagi Jun ke-9. Mereka meninggalkan jantung empayar yang telah dipertahankan oleh nenek-moyang mereka selama tiga ratus tahun dan berundur ke Kota Kubu Keramat di Bandar Yun.

Sejarawan pada masa hadapan bakal menghadapi perselisihan pendapat mengenai motif kepada keputusan ini, tetapi mereka mampu bersetuju kemusnahan ini berpunca daripada tidak lain dan tidak bukan raja baru Yan Bei, Yan Xun! Dengan kecekalannya sendiri, berserta bantuan daripada 5000 pahlawan daripada Kesatuan Da Tong, pemuda itu mampu melakukan apa yang 300,000 pahlawan Quan Rong dan juga 580,000 penggabungan tentera Tang-Song tidak mampu lakukan! Seluruh benua Meng Barat menggigil akibat kekuatan singa Yan Bei ini yang pasti akan menguasai seluruh wilayah benua dek api-api peperangan yang baru sahaja dinyalakan pemuda itu.

Hari itu merupakan hari yang mendung apabila hon peperangan dibunyikan di menara pengawal di Bandar Zhen Huang. Matahari perlahan-lahan meninggi dari ufuk timur, namun kabus tebal masih lagi tidak berganjak daripada kawasan menara, seolah-olah hujan bakal menjenguk tanah. Beberapa orang tentera yang sedang memakai baju perisai berwarna hijau muda berdiri di atas menara pengawal dan merenung tajam di kejauhan. Tiada seorang pun yang kelihatan di laluan-laluan tidak berpenghuni itu dan askar tua itu mengeluh dan meletakkan honnya ke bawah, berpusing.

"Tiada sesiapa yang datang ke?" Sebuah suara yang garau kedengaran. Askar tua itu terkejut dan lantas meraih wajahnya untuk melihat seorang pemuda dalam lingkungan 20-an yang berada di hadapannya, kelihatan segak dan bersemangat. Memakai mantel hitam, pemuda itu melindungi pakaiannya supaya tiada sesiapa yang dapat mengecam kedudukannya dalam empayar, namun askar tua itu dapat mengenal pasti pemuda di hadapannya ini ialah seorang jeneral, dan berpangkat lebih tinggi daripadanya.

"Jeneral, tiada siapa yang datang."

Pemuda itu mengangguk tanpa mengujarkan sebarang kata, bagaikan dia telah meneka apa yang bakal dikata askar tua itu, dan lantas merenung askar tersebut yang kelihatan seperti dia sedang bergelut untuk menanggung berat baju perisai dengan badannya yang berusia 50 tahun itu, ukiran yang terdapat di plat di bahunya pun sudah luntur. Pemuda itu lantas bertanya, "Divisyen ke-19 sepatutnya dah tinggalkan bandar untuk pergi ke Bandar Yun bersama Maharaja. Kenapa kamu tak ikut?"

"Jeneral, saya ini dah tua sangat dan tak boleh nak berjalan jauh. Saya lebih rela tinggal di sini dan biarkan orang-orang yang lebih muda untuk uruskan perjalanan Maharaja." Mengeluh, askar itu menyambung, "Saya menyertai tentera pada usia 14 tahun dan menjadi penjaga kuda dan selepas itu diarahkan untuk mengawal bandar ini selama lebih daripada 30 tahun. Walaupun bandar ini diserang, walaupun semua rakyat dah larikan diri, tapi saya tak boleh larikan diri. Selagi pintu gerbang ini masih teguh di sini, saya kena berada di sini."

Pemuda di hadapannya itu berkerut, dan anak matanya memancarkan perasaan yang berbaur apabila merenung askar tua itu.

Askar tersebut langsung tidak menyedarinya dan menyambung, "Lagipun, semua ahli keluarga saya dah mati semasa pertempuran jadi tak ada gunanya kalau saya pergi ke Bandar Yun seorang diri. Saya lebih rela tinggal di sini dan menanam mayat-mayat yang saya kenal ataupun jiran-jiran tetangga. Manusia sepatutnya pulang ke tempat asal mereka, iaitu tanah!"

Pemuda itu menundukkan kepalanya, riak wajahnya kelihatan muram bersama latar belakangnya yang jelas terpampar kemusnahan bandar yang dahulunya berdiri megah bersama rakyat jelata yang bersorak, menara-menara yang indah, dan juga istana-istana termewah, namun kini semua itu hanyalah sejarah.

"Jeneral," Askar itu mengangkat wajahnya, dan meraba-raba kedua belah tapak tangannya dengan risau, kelihatan cemas, "Kenapa tiada bangsawan ataupun ahli aristokrat yang menghantar pasukan tentera mereka sebagai bantuan? Tuan Zhuge dan Tuan Wei semuanya tinggalkan bandar dan pergi ke kawasan mereka sendiri. Empayar akan berpecah ke? Kita akan pergi berperang ke? Bila Putera Yan akan menyerang ke sini?"

"Hari itu takkan berlaku!" Pemuda itu berkata perlahan dan dengan penuh tenang, namun walaupun ia kedengaran bersahaja, tetapi setiap bait kata yang diucapkan itu berbaur dengan keyakinan yang tinggi. Pemuda itu kelihatan bersungguh-sungguh dan dengan nada yang tegas, dia berkata sepatah-sepatah, "Empayar takkan jatuh. Tentera Yan Bei takkan menyerang ke sini. Suatu hari nanti, mereka yang dah pergi akan kembali ke sini. Bandar Zhen Huang akan bangkit semula ke zaman kegemilangannya!"

Askar tersebut terperanjat dan memandang pemuda itu. Segala khabar angin yang didengarinya beberapa hari sebelum ini kembali berputar di mindanya dan pada ketika itu, dia mempercayai jeneral muda itu sepenuh hatinya. Anak matanya kembali bercahaya dan dia bertanya dengan penuh teruja, "Betul ke? Mereka akan kembali? Jadi bolehlah saya terus mengawal pintu gerbang ini?"

"Ya betul." Balas pemuda itu sebelum memusingkan badannya dan tersenyum lantas memaparkan barisan gigi yang bersinar putih. "Saya dengan bangganya memberi kebenaran kepada kamu untuk mengawal pintu gerbang ini. Kalau kamu hidup seratus tahun dan tak boleh berjalan lagi, saya akan hantar orang-orang untuk membawa kamu ke sini dengan pedati. Kalau kamu ada keturunan yang masih hidup, saya boleh beri kebenaran istimewa supaya mereka boleh mengawal pintu gerbang ini juga! Selagi saya masih hidup, empayar takkan musnah!"

Dengan itu, jeneral muda tersebut mengeluarkan sebuah token perak yang mempunyai seni ukiran halus yang berbentuk bunga krep - bunga kebangsaan Empayar Xia. Kini, token pilu ini kelihatan seperti sebuah keramat kepada askar tersebut.

"Benda ini akan menjadi bukti janji itu."

Askar tua itu menjadi sungguh teruja namun serta-merta berasa curiga terhadap pemuda itu dan lantas bertanya dengan bijak, "Jeneral, jeneral berasal dari divisyen yang mana satu? Boleh saya tahu nama jeneral?"

"Saya daripada Pasukan Berkuda. Nama saya Zhao Che."

Askar tua itu terus tergamam dan terasa seperti biji matanya hampir terkeluar dari soket. Setelah beberapa saat, dia terus melutut di atas lantai dan lantas bersujud hormat dengan sepenuh tenaganya. "Buta betul mata saya ini. Tuanku, tolong maafkan kebiadapan saya!"

Tiada sebarang reaksi. Askar tua itu mendongakkan kepalanya dan melihat sebuah susuk tubuh yang berada di tangga menara pengawal. Kelibat itu sedang memegang sebilang pedang di sebelah tangan, dan selangkah demi selangkah hilang dari pandangan. Dari sudut matanya, dia terlihat sebuah cahaya yang membutakan matanya dan apabila dia merenung punca cahaya tersebut, dia tersedar cahaya itu telah dipantulkan daripada token perak tersebut dan ukiran bunga-bunga krep yang mekar itu terasa hangat bagaikan mentari musim panas!

Beratus-ratus tahun selepas itu, arkib Empayar Tang telah meninggalkan rekod seperti berikut: Berikutan pembalasan dendam oleh Kesatuan Da Tong, Keluarga Maharaja Zhao cuba untuk menyatukan semua keluarga-keluarga berpengaruh, namun tiada satu keluarga pun yang membalas panggilannya lantas Keluarga Maharaja Zhao hanya mampu meninggalkan ibu negara yang telah hancur dalam kemusnahan itu. Putera Zhao Che terus mengawal ibu negara, sementara Putera Zhao Yang telah menawarkan untuk mengejar pasukan tentera Yan Bei. Empayar Xia telah menunjukkan petanda-petanda kemusnahannya apabila pihak maharaja sudah tidak berkemampuan untuk mengawal daerah yang sebegitu banyak dan juga ahli aristokrat yang sebegitu ramai. Di bawah kepimpinan Putera Maharaja yang arif lagi bijaksana, Empayar Tang telah menjadi empayar terhebat di seluruh dunia, dan pusat perdagangan mula untuk beralih arah ke kawasan kami. Para pedagang di Empayar Xia telah kehilangan keyakinan terhadap kerajaan negara, dan mula untuk berpindah ke Empayar Tang. Putera Maharaja yang arif lagi bijaksana telah menunjukkan kebijaksanaan yang tidak terhingga, dan juga keberanian dan kegagahan yang maha perkasa. Perkara sebegini hanya dapat digambarkan kepada seseorang yang telah dirahmati oleh Yang Maha Kuasa, dan rakyat jelata Empayar Tang semestinya telah bernasib baik untuk mendapatkan seorang Putera Maharaja yang sebegitu.

Sejarawan pada masa akan datang akan beranggapan rekod berikut adalah sesuatu yang karut kerana pemberontakan Yan Xun langsung tiada kaitan dengan Putera Tang. Ramai juga yang menokok tambah dengan mengatakan beberapa ayat terakhir di dalam rekod itu telah ditambah sendiri oleh Putera Li Ce, kerana penulisan tangannya yang jauh berbeza daripada penulisan tangan milik tuan kaligrafi, pelajar-pelajar kaligrafi pun akan berasa malu jika begitulah penulisan tangan mereka. Walaupun begitu, sebahagian pertama rekod itu ternyata benar: Setelah pembalasan dendam oleh kesatuan Da Tong, Empayar Xia yang megah itu benar-benar mula merosot.

Sebaik sahaja Empayar Xia bertemu malapetakanya, pihak tentera Yan Bei masih lagi berkeliaran di sekitar Pergunungan Qiu Ping. Di dataran yang tidak berpenghujung itu, sekumpulan tentera yang berpakaian selekeh sedang bersembunyi untuk menyerang hendap dan walaupun senjata mereka tidaklah seberapa hebat, namun anak mata mereka dipenuhi dengan kesungguhan, dan bagaikan sekumpulan serigala, mereka menunggu mangsa yang hampir tiba.

Walaupun keluarga-keluarga berpengaruh langsung tidak memberi sebarang bantuan kepada Keluarga Maharaja dalam peperangan tersebut, namun mereka masih terus memerhati segala gerak-geri yang diambil Yan Xun. Namun kini, Chu Qiao berasa lega sedikit atas keputusan Yan Bei untuk mengabaikan Garison Utusan Barat Daya. Kesuluruhan keluarga Yan telah dihapuskan oleh keluarga Maharaja, jadi perasaan benci yang tersemat dalam diri Yan Xun kepada Keluarga Maharaja bukanlah sesuatu yang tidak diketahui ramai, manakala Kesatuan Da Tong merupakan sebuah organisasi yang terkenal dengan mengetuai pemberontakan demi pemberontakan dalam benua ini dan hanya Garison Utusan Barat Daya sahaja merupakan satu-satunya kumpulan yang dikira sebagai pembelot empayar.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C83
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập