Xia Jingyi dilahirkan dalam keluarga berpendidikan. Logiknya, tidak sesuai untuk dia bersama Tang Jingxuan hanya kerana identitinya. Tetapi, tidak semua perkara logik…
Tang Jingxuan menarik keluar telefonnya dan menelefon Song Yanshu. "Yanshu, kosongkan jadual saya esok. Saya ada hal peribadi nak diuruskan."
"Tak ada masalah. Tapi, saya cuma ada satu permintaan – tolong ingat identiti kamu."
"Ya." Tang Jingxuan meletakkan telefon, tetapi akhirnya meluangkan sepanjang malam itu di bilik bacaan, ralit berfikir.
Dia terfikir akan cara Tang Xuan memainkan tipu muslihat pada Tangning dan air muka Xia Jingyi yang berbeza-beza. Dia tidak pernah membayangkan orang di sekelilingi begitu menakutkan.