Ning Tianxin tersenyum dengan tenang. "Saya tak bagitau awak sebab saya tak nak dengar kata-kata yang tak elok dengan telinga saya sendiri!"
Mo Lingtian terkejut. Tiba-tiba dia terdiam.
"Lingtian, awak tak perlu cakap apa-apa lagi. Saya tahu awak tak suka saya dan saya tahu yang awak suka orang lain. Saya bersedia untuk gugurkan bayi ni. Lagipun kita tak sengaja. Awak tak perlu buat apa-apa atau awak risau saya gunakan anak ni untuk paksa awak kahwin dengan saya?"
"Tak! Saya tak bermaksud macam tu!"
Kalau Ning Tianxin betul-betul mahu lakukan perkara itu, dia mungkin berasa sedikit lega.
Mo Lingtian memegang kepalanya dengan tangannya dan dia kelihatan seperti dalam kesakitan. "Kalau perempuan lain, saya mungkin dah bagi mereka duit, tapi, Tianxin, saya… saya tak tahu macam mana nak berhadapan dengan awak…"