Walaupun hakikatnya Ning Xi ialah seorang wanita, tetapi apabila dia berpakaian seperti lelaki, semua orang akan melupakan sisi femininnya.
Jadi, boleh ke Ke Mingyu berlakon walaupun dia menganggap Ning Xi seorang lelaki?
Chen Mian berasa sedikit bimbang sekiranya Ke Mingyu tidak dapat menunjukkan ekspresi yang bagus jadi dia memanggil pemuda itu dan bercakap mengenai adegan yang bakal dilakonkan sebentar nanti.
Ning Xi yang kelihatan sangat bagus dalam pakaian lelaki itu juga merupakan satu masalah…
Orang lain turut mengetahui mengenai adegan seterusnya jadi mereka berasa teruja dan tidak sabar mahu melihat penggambaran itu bermula. Malah, beberapa gadis Fujoshi juga sangat teruja sehingga mereka melompat-lompat kegembiraan.
Ji Yumeng pula sedang melihat skripnya dengan perasaan bebal.
Tak guna, Ke Mingyu ada adegan bercium dengan Senior hari ini!
Lepaskan Senior dan biar saya yang buat!