"Saya serahkan kepada kamu semua. Saya ada kerja nak buat, telefon je ya kalau ada apa-apa!"
"Baiklah Kak Xi, pergi cepat! Ingat tau tolong tangkap gambar Jiang Muye, lagi bagus kalau boleh tangkap gambar kamu dengan dia sekali!"
Ning Xi menghadiri sebuah rancangan temubual yang terkenal. Memandangkan cerita "Dunia" menjadi semakin popular, mereka menjemput pelakon utama untuk bercakap mengenai pengalaman sepanjang penggambaran filem itu. Watak utama pada malam itu ialah Ning Xueluo dan Zhao Sizhou, kebanyakan topik berkisar tentang mereka berdua. Ning Xi, Guan Xiaoqi dan artis yang lain hanyalah dijemput sebagai penyeri.
Jiang Muye mempunyai kes yang istimewa. Dia akan dijemput walaupun dia hanyalah watak sampingan. Tambahan pula, dia memegang watak protagonis pembantu kali ini.