"Ning Xueluo ni berkebolehan. Artis-artis lain hanya asaskan jenama kecil-kecilan je, siap ada yang rugi. Tapi dia dah buat sesuatu yang hebat dalam masa yang singkat je!"
"Mestilah orang lain dalam industri hiburan ni tak akan mampu buat macam tu. Ning Xueluo betul-betul kaya dan dia juga datang daripada keluarga yang kaya. Dia ada teman lelaki CEO yang sokong dia dalam diam, jadi macam mana dia boleh tak berjaya?"
"Saya tertanya-tanya Qin Shengyue akan pakai pakaian siapa kali ni? Dia memang tak pakai rekaan History ke? Bukan ke dia selalu sokong jenama-jenama baru?"
"Itu tak pelik. Dia mesti pakai pakaian jenama antarabangsa yang terkenal!
Ning Xueluo berkerut apabila mendengar perbincangan di sekitarnya.
"Sayangnya, History tak dapat jemput Qin Shengyue…"