"Orang yang berada di atas Lu Jingli?" Lin Zhizhi serta-merta menggelengkan kepalanya. "Itu dah keterlaluan. Saya takut Tuan Muda Kedua tak suka. Lagipun, pekerja-pekerja bawahan macam kita ni bukan senang nak hubungi orang-orang dari Syarikat Lu."
Ning Xi tersenyum, "Kak Zhizhi, walaupun keterlaluan itu sebuah perkara yang terlarang, saya tak akan cadangkan benda ni kalau orang itu bukan Tuan Muda Kedua. Kamu rasa dia akan kisah ke?"
Lin Zhizhi berfikir sejenak. "Hmm..."
Ning Xi faham yang Lin Zhizhi cuma ingin berhati-hati dalam membuat urusan. Sebab itulah mereka berdua boleh bekerjasama dengan baik kerana mereka saling menutupi kekurangan masing-masing. Dia berkata, "Kak Zhizhi, kalau kamu risau tentang Tuan Muda Kedua, saya boleh jamin yang tak akan ada masalah nanti!"