"Abang! Baik kamu jujur dengan saya. Kamu ke yang ajar Si Cilik taktik ni? Kamu dah rancang benda ni dari awal ke? Ya Tuhan! Kalau kamu memang dah rancang dari awal, kamu patut beritahu saya awal-awal! Saya rasa macam nak mati tadi kerana terlalu takut!" Ujar Lu Jingli sambil mengelap peluh yang mengalir di keningnya. Dia cuba menenangkan dirinya.
Lu Tingxiao memandang adiknya yang ketakutan dan menjelaskan, "Riak muka kamu pasti akan pecahkan rahsia. Kalau Ayah nampak yang Si Cilik dah diarahkan untuk buat macam tu, perasaan benci mereka terhadap Ning Xi hanya akan bertambah."
"Uhh... muka saya.. nampak sangat ke?" tanya Lu Jingli terkejut.
Kata-kata abangnya memang masuk akal, jadi dia tidak ada ruang untuk mempertahankan dirinya...