"Saya tak buat apa-apa." Jawab Lu Tingxiao. Langsung tidak ada tanda-tanda pelik di wajahnya yang tidak berperasaan.
"Kalau macam tu, tak akan ada sesuatu yang tak kena dengan deria keenam saya pula? Tak mungkin..." Bingung, Lu Jingli menggaru kepalanya.
Akhirnya, makan malam mereka berakhir begitu saja.
Ning Xi berasa makan malam tadi lebih memenatkan daripada bertarung di medan peperangan. Dia terpaksa berjaga-jaga setiap saat.
Selepas makan malam, Ning Xi serta-merta berdiri dan membersihkan meja. "Saya akan basuh pinggan!"
Lu Jingli menghabiskan daging rusuk masak masam manis di mulutnya dan berkata dengan mulut penuh. "Biar saya basuh!"
"Tak apa, tak apa, biar saya buat!" Ning Xi bergegas membersihkan pinggan mangkuk itu. Kalau dia tidak mencari sesuatu untuk dilakukan, dia berasa seperti dia akan menjadi gila.