Apabila Ning Xi tiba di set penggambaran, dia telah diberitahu seluruh jadual penggambaran telah berubah kerana Jiang Muye telah meminta cuti panjang untuk menyelesaikan masalah keluarga.
Lelaki itu biasanya akan beritahu semua perkara yang berlaku kepada dirinya. Namun kali ini, apabila sesuatu yang besar telah berlaku, kenapa lelaki itu langsung tidak berkata apa-apa kepadanya?
Ning Xi segera membuat panggilan untuk bertanya.
Dari nadanya, Jiang Muye kedengaran seperti dia dalam keadaan yang sangat teruk. "Kenapa saya perlu beritahu kamu? Bukan kamu benci saya selalu buat masalah, atau selalu menyibuk pasal kamu? Bukan kamu patut gembira saya tinggal sejauh mungkin daripada kamu? Sekarang impian kamu dah tercapai!"
Apabila mendengar kata-katanya, Ning Xi juga turut menjadi marah, "Jiang Muye, kenapa kamu marah-marah ni?"