Ning Xi berkata dengan selamba, "Sekiranya serangan kecil seperti ini pun saya tidak dapat kawal, bagaimana saya dapat kekal dalam industri hiburan ini? Sebelum ini, bukan kamu dah cakap kamu percaya pada saya?"
"Tetapi kamu kelihatan tidak meyakinkan langsung sekarang." Lu Tingxiao tampak suram.
Ning Xi keliru mendengar kata-katanya. Kemudian, dia teringat transformasi wajahnya, lalu menjelaskan, "Wajah pucat dan lingkaran hitam bawah mata saya ini semuanya solekan sahaja! Saya tidak pura-pura gembira atau bersifat gagah, saya boleh tanggalkan solekan untuk buktikan kepada kamu kalau kamu tidak percaya pada saya…"
Lu Tingxiao menghulurkan tangan untuk menyentuh pipi dan mata gadis itu secara tiba-tiba sebelum dia sempat menghabiskan penjelasannya.
Ia hanya sentuhan lembut, tetapi Ning Xi berasa seperti terkena renjatan elektrik, dan terus menggigil tanpa disedari.