Tải xuống ứng dụng
5.24% Perkahwinan Tersembunyi Markah Penuh / Chapter 76: Kakak Ipar Yang Maha Kuasa!

Chương 76: Kakak Ipar Yang Maha Kuasa!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Selepas Lu Tingxiao mencabut kabel sambungan, Lu Jingli tidak dapat mendengar apa yang dikata oleh Ning Xi. Dia hanya boleh mengagak gadis itu memujuk Lu Tingxiao untuk pulang.

Apabila mendengar jawapan dingin abangnya, hatinya menjerit: 'Tidak! Kenapa selepas Ning Xi terlibat pun tak berguna?! Adakah Tuhan memang mahu saya mati dengan cara seperti ini?'

Suara Ning Xi menjadi lebih lembut. "Tapi saya bimbang kalau bawa Si Cilik keluar berjalan bersendirian. Bagaimana jika sesuatu berlaku? Sudah tentu Si Cilik mahu ayahnya datang juga! Pulanglah, okey? Okey?"

Lu Tingxiao senyap selama tiga saat, lalu membuka mulutnya untuk menjawab, "Baiklah, saya balik tak lama lagi."

Lu Jingli terkejut, tiba-tiba merasakan sinaran matahari…dia berada di syurga!

Kakak ipar yang maha kuasa!

Saya tahu dia akan berjaya!

Pada mulanya dia menyangka abangnya tidak boleh dipujuk langsung, tetapi jelas kelihatan dia hanya berpura-pura menyampah!

Selepas memutuskan talian panggilan tersebut, Lu Tingxiao menyebut dua perkataan: "Mesyuarat bersurai."

Semua orang memandang satu sama lain. Mereka tidak berani percaya mereka telah dilepaskan begitu sahaja!

Lu Jingli sangat bangga dengan dirinya: 'Semua orang sila berterima kasih kepada saya. Saya yang membuat panggilan kepada penyelamat kita. Kamu semua telah diselamatkan kerana saya!'

Tidak lama selepas mesyuarat berakhir, Lu Jingli dikelilingi:

"Tuan Muda Kedua, adakah kami tersilap dengar tadi? Memang ada seorang wanita telah membuat panggilan telefon kepada Bos Lu!

"Siapakah wanita itu? Dengan hanya satu panggilan, dia berjaya memujuk Bos Lu keluar semasa mesyuarat sedang berlangsung!"

"Betul tu! Adakah Bos Lu sudah ada seseorang di sisinya? Cik muda dari keluarga mana? Tuan Muda Kedua, beritahu kami semuanya!"

Lu Jingli merenung mereka semua penuh waspada. "Hah! Tanya aku siapa itu, apa niat kamu? Nak peluk pahanya sekarang? Tak boleh! Hanya saya saja yang layak peluk paha kakak ipar saya! Kamu semua jangan harap!"

Semua orang : "..." Bolehkah mereka peluk walaupun hanya satu jari kaki?

Di satu sudut lot belakang studio, Ning Xi berasa lega setelah mengakhiri panggilan tersebut.

Akhirnya, masalah selesai…

Tak akan ada masalah lain selepas ini, bukan?

Ia jelas tidak ada kena-mengena dengannya, dia berbesar hati boleh membantu mereka!

Sebaik sahaja dia bersedia beredar, telefon bimbitnya berdering. Lu Jingli lagi.

"Tuan Muda Kedua, apa masalahnya sekarang? Tak cukup lagi?"

"Tak tak tak, Xiao Xi Xi. Perangkap madu kamu terlalu sempurna! Ia menyelesaikan masalah dengan cantik sekali!"

Wajah Ning Xi berubah menjadi hitam apabila mendengar kata-katanya. "Apa perangkap madu! Itu taktik memperdaya harimau keluar dari gua! Guna otak kamu!"

"Ahhh, saya faham, saya faham! Baiklah, itu saja, saya putuskan panggilan sekarang. Saya akan belanja makan bila kamu ada masa lapang nanti!"

Ning Xi terdiam melihat talian telefon terputus.

Apa yang budak ini faham?

"Ning Xiao Xi, kenapa kamu sembunyi di sini? Jom makan!" Dia tidak perasan Jiang Muye menghampirinya.

Selepas melihat sekeliling dengan gelisah, Ning Xi berasa lebih lega kerana pasti tiada seorang pun yang melihat pemuda itu datang mencarinya. Wajahnya kelihatan letih sambil bersandar pada tiang istana merah besar di belakangnya. "Saya ada urusan malam ini. Kamu pergilah dengan mereka, tak boleh pergi bersama."

"Hah?" Wajah Jiang Muye berubah selepas mendengar kata-katanya. "Makan malam ini untuk menyambut kedatangan saya. Lagipun, saya pasangan filem kamu! Kamu tak boleh datang?"

Ning Xi mengerutkan keningnya. "Saya tahu, saya tahu, ini salah saya. Tetapi saya memang ada urusan penting malam ini. Laink kali saya belanja makan, boleh tak?

"Tak boleh!" Jiang Muye tidak terima langsing alasannya dan merenungnya dengan tegas. "Apa yang penting sangat tu? Siapa kamu nak jumpa malam nanti?"

Nada Ning Xi bertukar tegas. "Siapa saya berjumpa nanti tiada kena-mengena dengan kamu."

Selepas dia menghambur kata-kata itu, wajah Jiang Muye bertukar suram dan hodoh. "Kamu berjumpa Lu Tingxiao nanti, bukan?"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C76
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập