"Ayah, beritahu saya, adakah dia anjing dari Keluarga Yun itu?" Urat dahi Lin Hao timbul dan dia menggenggam penumbuknya sehingga tulangnya berbunyi.
Lin Ge melepaskan nafas mengeluh. "Hao'er, memang Yun Luofeng dari Keluarga Yun, dia datang…"
"Yun Luofeng? Anak saudara si bangsat Yun Qingya itu?" Lin Hao mengamuk dan berteriak marah, "Ayah, bagaimana anjing dari Keluarga Yun itu boleh datang ke sini? Apa hak orang murahan seperti mereka masuk ke dalam kawasan bangsawan begini! Bunuh Yun Luofeng untuk saya cepat!"
Melihat penampilan Lin Hao itu, bibir Lin Ge melengkung dan tersenyum perit. "Kita tidak boleh bunuh Yun Luofeng sekarang…"
"Kenapa? Kenapa kita tidak boleh bunuh anjing itu? Saya tidak peduli! Saya mahu Ayah bunuh dia dan orang-orang Keluarga Yun juga! Saya mahu mereka semua lenyap!"