Tải xuống ứng dụng
5.31% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 66: Menunjukkan Kasih Sayang Secara Umum, Matilah Cepat (4)

Chương 66: Menunjukkan Kasih Sayang Secara Umum, Matilah Cepat (4)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Keluarga Ning?

Semua orang berpandangan sesama sendiri, mata mereka menunjukkan kehairanan.

Dalam empat keluarga berkuasa di Long Yuan, tidak ada Keluarga Ning. Jadi dari mana datangnya mereka ini? Mereka tidak kelihatan seperti dari keluarga yang kecil jika dilihat pada gaya pemakaian mereka.

Melihat semua orang tidak mempedulikannya, gadis muda yang cantik itu mengetap giginya yang seputih mutiara itu lalu membuat tawaran yang lebih menarik.

"Jika sesiapa dapat menyelamatkan nyawa datuk saya, saya akan berikan ginseng berusia seribu tahun sebagai ganjaran!"

Ginseng seribu tahun...

Hiss!

Semua orang menarik nafas kuat. Ubat berharga seperti ini, Baginda Maharaja juga cuma memiliki satu sahaja! Tambahan pula ginseng milik Maharaja itu jauh lagi mahu mencapai usia seribu tahun.

Tanpa disangka, gadis muda ini meletakkan ginseng seribu tahun sebagai ganjaran. Dari mana datangnya orang kaya baru ini?

Oleh kerana kapal mewah itu sangat luas, selain dari dewan kapal, masih ada 10 lagi bilik peribadi yang mewah, dan gadis muda ini jelas sekali bukan sebahagian daripada rakan-rakan Gao Ling.

Guan Lin ketawa kecil. "Cik Muda, sejujurnya, satu-satunya orang yang boleh menyelamatkan kamu cuma Cik Wushuang. Mungkin kamu tidak sedar akan reputasi Cik Wushuang. Dia ialah cendekiawan yang tiada taranya di Long Yuan ini. Kebolehan perubatannya sangat luar biasa. Di kalangan generasi muda di benua ini, tiada yang sehebat Cik Wushuang! Jadi kamu sangat bertuah kali ini kerana dapat berjumpa dengan penyelamat kamu."

Mata gadis cantik itu menjadi cerah, menoleh mengikut arah pandangan Guan Lin dan melihat Mu Wushuang. Seakan sedang berhadapan dengan penyelamat terakhirnya, dia berkata dengan cemas, "Cik, saya memohon kepada kamu tolong selamatkan datuk saya. Datuk saya tidak boleh mati. Selagi Cik boleh selamatkan datuk saya, Keluarga Ning akan sangat terhutang budi dengan kamu."

Kali ini, mereka meninggalkan kediaman keluarga mereka untuk melawat tabib-tabib terkemuka di merata tempat untuk merawat Datuk. Siapa sangka setibanya mereka di sini, Datuk akan mengalami serangan?

Sebenarnya, Pavilion Perubatan juga tidak dapat merawat penyakitnya, dan mereka hanya mampu memanjangkan sedikit jangka hayatnya. Maka mereka langsung tidak menaruh harapan terhadap perjalanan ini dan cuma ingin mencuba nasib mereka.

Siapa sangka tuahnya berada di sini? Mendengar kata-kata pemuda itu tadi, nampaknya gadis bernama Mu Wushuang ini memiliki kebolehan perubatan yang sangat hebat, melebihi kemampuan Pavilion Perubatan. Mungkin benar dia mampu merawat datuk...

"Ini..." Mu Wushuang pura-pura merendah diri, "Saya tidak boleh memberi jaminan saya mampu merawat datuk kamu. Saya cuma mampu mencuba sebaiknya."

"Cik Wushuang tidak perlu merendah diri. Kamu ialah anak murid tabib terkenal dan kebolehan perubatan kamu sangat menakjubkan. Jika kamu tidak mampu merawat penyakitnya siapa lagi yang mampu lakukannya?" Guan Lin terus melontarkan puji-pujian kepada Mu Wushuang.

Jelas sekali pujiannya itu membuat Mu Wushuang merasa sangat gembira. Namun,riak wajahnya tidak menunjukkan perasaan itu dan seperti seorang pakar, dia mengekalkan penampilan bangsawan dan ayunya.

Renungan gadis muda itu semakin bercahaya. Pemuda itu kata Mu Wushuang anak murid kepada tabib terkenal? Mungkinkah itu tabib yang pernah diceritakan oleh Datuk dulu? Dikatakan juga orang itu sangat sukar dicari dan mempunyai perangai yang pelik. Mencarinya lebih sukar daripada cuba menembusi langit. Berdasarkan apa yang dilihatnya, satu-satunya orang yang mampu menyelamatkan Datuk ialah orang itu.

Tiba-tiba, hati gadis cantik itu dipenuhi keyakinan. Kalaulah dia tahu guru Mu Wushuang itu cuma tabib diraja biasa di Long Yuan, mungkinkah dia akan naik berang sehingga membelasah Guan Lin yang melebih-lebih itu?

Yun Luofeng bersandar malas pada pintu kabin, memandang dengan senyuman licik ke arah Mu Wushuang yang sedang mencuba untuk merawat orang tua itu. Jelas sekali gaya Yun Luofeng seperti ternanti-nanti ingin menonton satu 'persembahan' yang menarik.

"Kenapa kamu tersenyum?" Guan Lin terlihat senyuman pada wajah Yun Luofeng itu lalu mendengus. "Di antara kita, Cik Wushuang memiliki kebolehan perubatan yang terbaik, jadi apa maksud senyuman kamu itu? Mungkinkah kamu berfikir kamu mampu menyembuhkan penyakit? Kamu sememangnya sampah yang tidak dapat membezakan di antara langit dan bumi!"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C66
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập