Tải xuống ứng dụng
4.35% Isteri Liar Maharaja Hantu - Puan Muda Sulung Bergaya / Chapter 54: Lelaki Tua Yang Menerima Kejutan (4)

Chương 54: Lelaki Tua Yang Menerima Kejutan (4)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Yun Luofeng menjeling orang tua itu. "Datuk memang selalu memberi reaksi lewat."

Dulu, jika mendengar Yun Luofeng berkata begitu, orang tua itu pasti akan mengamuk. Sekarang, seluruh kepalanya sudah pening, bagaimana dia dapat mendengar walau sepatah kata-kata Yun Luofeng?

Itu adalah Cecair Berubat Pengumpul-Roh yang menyebabkan kekecohan di seluruh bandar! Tambahan pula, ketika dia cuba bersaing untuk mendapatkan Cecair Berubat Penumpul-Roh itu, dia telah dihina dan dicaci! Apa yang dia tidak sangka ialah cecair berubat itu datang daripada tangan cucunya sendiri.

Kejutan yang berlebihan seperti ini membuatkan jantungnya berdebar, seluruh tubuhnya tidak seimbang, dia hampir berguling jatuh ke lantai.

"Saya bimbang keadaan Datuk jadi begini, sebab itu saya cuba sembunyikan hal Cecair Berubat Pengumpul-Roh buat sementara waktu. Saya tidak menyangka Datuk ini pemboros dan ingin membelanjakan dua kali ganda harga jualannya untuk membelinya semula." Yun Luofeng menggeleng dan mengeluh kecil. "Oh ya, kekuatan Datuk sekarang pertapa rohani peringkat-tinggi tahap-rendah, bukan?"

Emosi orang tua itu beransur tenang. Setelah mendengar pertanyaan Yun Luofeng, dia mengangguk, kepalanya masih lagi pening sedikit.

"Saya rasa Datuk sudah hampir mencapai evolusi." Yun Luofeng menggaru dagunya. Dia seakan bimbang orang tua itu akan terkejut lagi, "Datuk, masih ingat guru yang ceritakan sebelum ini? Dia yang memberikan Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu, dan tidak lama lagi, saya akan meningkatkan kekuatan Datuk kepada peringkat-tinggi tahap-sedehana."

Yun Luofeng tahu, orang tua itu pasti akan ingin tahu dari mana datangnya Cecair Berubat Pengumpul-Roh itu, jadi dia menggunakan guru yang tidak wujud itu sekali lagi.

Boom!

Hati orang tua itu yang ditenangkan dengan bersusah-payah, akhirnya gugur setelah mendengar kata-kata Yun Luofeng. Langkahnya tidak teratur dan dia jatuh terduduk di atas kerusi kayu dengan nafasnya tercungap-cungap.

"Datuk tidak apa-apa?"

Yun Luofeng menjadi takut lalu bergegas datang dekat untuk menyapu dada orang tua itu. Walaupun dengan persiapan mentalnya sejak dari awal tadi, dia tetap tidak menjangka jantung orang tua ini sangat kuat.

Jika difikirkan dari perspektif yang berbeza, kalau seorang pengemis yang dibuli setiap hari mendapat tuah yang jatuh dari langit dan menerima wang 100 juta, reaksi pengemis itu mungkin lebih hebat. Mereka yang hatinya kurang cekal, besar kemungkinan akan terus pengsan.

"Budak jahanam, kamu benar-benar sengaja menyusahkan orang tua ini. Kamu mahu membuat orang tua ini terkejut sehingga mati?" Yun Luo akhirnya bertenang. Apabila dia membuka mulutnya, ayat pertamanya ialah untuk memarahi Yun Luofeng, "Mulai sekarang, kamu harus memberitahu Datuk hal ini satu persatu. Jangan melontar dua kejutan serentak, celaka! Orang tua ini sudah cukup bernasib baik tidak mati terkejut sebab kamu."

Yun Luofeng tersenyum jahat, "Saya cuma bimbang akan membuatkan Datuk terkejut lagi apabila saya meningkatkan kekuatan Datuk nanti, jadi saya beritahu kedua-dua hal ini sekali."

"Feng'er, benar apa yang kamu katakan ini? Kamu boleh bantu meningkatkan kekuatan Datuk?" Kedua-dua mata Yun Luo bersinar. "Jika Datuk mampu meningkatkan lagi kekuatan, Datuk akan selangkah lebih dekat dengan orang paling kuat di dalam Kerajaan Long Yuan."

Walaupun orang paling kuat di dalam Kerajaan Long Yuan dan Yun Luo sama-sama berada di peringkat-tinggi, orang kuat itu berada di peringkat-tinggi tahap-tinggi, dia tidak sama seperti Yun Luo yang berada pada tahap-rendah.

"Tentulah." Yun Luofeng mengangguk. "Saya cuma perlukan masa. Berikan saya masa yang cukup, bukan sekadar membuat Datuk evolusi, malah mengembalikan kekuatan Pak Cik Kedua."

"Hahaha!"

Orang tua itu ketawa berdekah-dekah, bunyi ketawanya yang kuat meyelubungi langit di atas Kediaman Yun.

"Kamu sememangnya layak menjadi cucu Yun Luo! Sekarang Datuk merasa sangat senang hati yang kamu dan Putera Mahkota sudah putus tunang! Putera Mahkota memang sesuai dengan perempuan seperti Mu Wushuang. Dia tidak setanding dengan cucu Datuk! Seperkara lagi, Datuk percaya tidak lama lagi, Putera Mahkota akan menyesali keputusannya sendiri!"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C54
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập