Tải xuống ứng dụng
96.17% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 856: Lawatan ke Penjara (2)

Chương 856: Lawatan ke Penjara (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Kalau Qu Ling Yue mati, pasti Bandar Seribu Binatang mahukan nyawa kamu sebagai ganti. Jun Xie, Beta tahu kamu ada harga diri yang tinggi, tapi sekarang ni nyawa kamu lebih penting. Kamu dah timbulkan kemarahan Bandar Seribu Binatang. Akademi Zephyr pun tak dapat lindungi kamu," kata Lei Fan dengan ikhlas dan jujur. Suaranya kedengaran risau. Lei Fan seolah-olah sudah menganggap Jun Xie sebagai rakan baik dan cuba sedaya upaya untuk memastikan keselamatannya.

"Oh? Jadi, apa rancangan Tuanku?" tanya Jun Wu Xie.

Kegembiraan terpancar sekilas di mata Lei Fan sebelum cepat-cepat disembunyikan. Wajahnya sekali lagi kelihatan muram dan ikhlas sambil berkata, "Jun Xie, walaupun Beta tak boleh dibandingkan dengan Kakanda yang merupakan waris takhta Negara Yan, Beta masih lagi Putera Keempat negara ini. Kalau kamu jadi rakan belajar Beta, pasti Beta akan mempergunakan sikap Ayahanda yang suka memanjakan serta menurut kemahuan Beta untuk merayu agar kamu dilindungi. Sudah tentulah… ini sekadar memudahkan kita. Kalau kamu tak sudi untuk terus berada di samping Beta setelah hal ini selesai, Beta pasti tak akan memaksa kamu! Beta ikhlas mahu menyelamatkan kamu. Hanya jika kamu mengambil kedudukan sebagai pembantu Beta yang paling dipercayai barulah Ayahanda akan berusaha sehabis baik untuk melindungi kamu."

Jun Wu Xie tidak terus menjawab tetapi hanya memandang wajah Lei Fan. Dia seolah-olah mahu menentukan sesuatu.

Lei Fan kekal teguh sambil memandang Jun Xie.

Jun Wu Xie tiba-tiba menggelengkan kepala.

"Saya berterima kasih pada Tuanku atas niat baik Tuanku tu. Tapi saya tak perlukannya."

Sekali lagi Jun Wu Xie telah menolak tawaran. Ini membuatkan wajah Lei Fan menjadi kaku. Dia tidak terfikir Jun Xie masih akan menolak tawaran untuk menyelamatkannya, walaupun Jun Xie kini berada dalam keadaan terdesak. Dalam diam Lei Fan menarik nafas dan menahan perasaan tidak puas hati yang sedang membuak-buak. Dia cuba sedaya upaya untuk mengekalkan penampilan luaran yang ramah dan mesra.

"Jun Xie tolak niat baik Beta ni disebabkan Kakanda Beta?"

"Kenapa Tuanku cakap begitu?" tanya Jun Wu Xie.

Lei Fan berkata sambil ketawa, "Beta tahu Jun Xie ada hubungan yang baik dengannya. Kakanda Beta waris takhta. Tentulah putera yang masih muda macam Beta ni tak dapat dibandingkan dengannya. Tapi Jun Xie masih belum perasan? Dalam masa beberapa hari kamu dah dalam penjara ni, ada Kakanda Beta datang melawat? Ada Kakanda cuba keluarkan kamu dari sini? Kuasa kamu begitu hebat, tentulah Kakanda Beta mahu kamu memihak padanya. Tapi Qu Ling Yue tu bukan orang biasa. Dia tu Cik Muda Bandar Seribu Binatang. Sejujurnya, selama ini Kakanda Beta memang berniat untuk memenangi hati Qu Ling Yue. Kakanda selama ini menunjukkan sikap prihatin terhadap Qu Ling Yue. Sebenarnya apa yang Kakanda mahukan hanyalah Bandar Seribu Binatang!"

"Kini kamu dah cederakan Qu Ling Yue. Kakanda Beta perlu buat pilihan yang sukar untuk korbankan salah seorang daripada kamu. Jun Xie, tak kira betapa hebatnya kuasa kamu, di mata Kakanda Beta kamu tetap tak setanding dengan Bandar Seribu Binatang yang ada menyokong Qu Ling Yue. Kamu tahu tak dalam masa beberapa hari kamu dalam penjara ni, Kakanda Beta dah berkali-kali pergi ke rumah tumpangan yang didiami Akademi Panji Perang untuk bertanyakan keadaan Qu Ling Yue? Jangan kata kamu masih tak faham dengan tindakannya tu. Dia berniat nak abaikan kamu demi melindungi hubungannya dengan Bandar Seribu Binatang!" Semakin Lei Fan bercakap semakin dia kelihatan gelisah. Matanya sedikit terbeliak dengan kebimbangan. Wajahnya kemerah-merahan akibat keresahan.

Namun Jun Wu Xie hanya memandang Lei Fan dengan tenang. Penampilan Jun Wu Xie itu membuatkan luahan perasaan penuh emosi daripada Lei Fan itu kelihatan lucu.

"Tuanku terlalu banyak berfikir. Saya tak harap pun Putera Mahkota keluarkan saya dari sini," kata Jun Wu Xie dengan perlahan.

"Jadi kenapa kamu masih menolak cadangan Beta untuk selamatkan kamu? Beta benar-benar ikhlas nak tolong kamu!" Lei Fan terus membebel dan semakin kelihatan terganggu.

"Penjara ini bukannya tempat yang Tuanku perlu kunjungi. Tuanku patut balik," kata Jun Wu Xie sambil menundukkan pandangan. Dengan tenangnya dia meminta pelawatnya itu beredar.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C856
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập