Tải xuống ứng dụng
91.46% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 814: Berundur Supaya Dapat Maju (4)

Chương 814: Berundur Supaya Dapat Maju (4)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Macam mana kamu tahu dalang ini sama ada Maharaja atau Putera Keempat? Maharaja… masih lagi ayahanda Lei Chen. Walaupun Lei Chen itu ada pendiriannya sendiri, dia masih memainkan peranannya sebagai Putera Mahkota dengan baik. Sekurang-kurangnya pada luarannya dia nampak bagus. Kenapa Maharaja… nak buat begini padanya?" Qiao Chu merasakan mungkin dia terlalu mengerah otaknya untuk berfikir.

Jun Wu Xie terdiam seketika sebelum bertanya, "Kamu tahu siapa Maharaja yang memerintah di Kerajaan Qi?"

Qiao Chu berfikir sejenak dan berkata, "Ya. Bukankah dia sebelum ini adalah Putera Mahkota?" Memandangkan Jun Wu Xie adalah Cik Muda Istana Lin di Kerajaan Qi, Qiao Chu juga ada mendengar cerita tentang negara itu.

"Kamu tahu tak sewaktu dia menjadi Putera Mahkota, bondanya serta seluruh keluarga bondanya telah dibunuh oleh mantan Maharaja?" tanya Jun Wu Xie.

"Macam mana ini boleh berlaku?" tanya Qiao Chu dengan mata terbeliak.

"Tak ada yang mustahil pun," kata Jun Wu Xie dengan wajah yang langsung tidak berperasaan. Seolah-olah dia sedang menceritakan sesuatu yang tak ada kaitan pun dengan dirinya. "Mantan Maharaja tak sukakan Putera Mahkota dan membuat rancangan jahat untuk menjadikan Putera Kedua sebagai waris takhta. Tetapi memandangkan Maharaja ketika itu bimbangkan reputasinya di mata rakyat, Putera Mahkota tak boleh disingkirkan dengan cara yang begitu nyata. Jadi tipu helah telah digunakan. Sambil menolak Putera Mahkota ke ambang kematian, Maharaja juga mencemarkan nama Putera Mahkota dalam kalangan rakyat dan pada masa yang sama, meningkatkan reputasi Putera Kedua. Kalau tak kerana sesuatu yang tak dijangka telah berlaku, pasti orang lain yang menjadi Maharaja Qi sekarang."

Kerumitan yang sulit di Harem Diraja. Inilah kali pertama Qiao Chu dan yang lain mendengar sesuatu seperti ini. Walaupun Jun Wu Xie menceritakannya dengan nada yang tenang, orang lain yang mendengar berasa terkejut dan gerun.

"Sebagai Putera Mahkota… dia perlu hidup dalam keadaan yang terjejas dan tidak berdaya?" Memikirkan hal ini sahaja sudah membuatkan Qiao Chi berasa simpati terhadap Maharaja Kerajaan Qi!

Sebaliknya, Fan Zhuo memandang Jun Wu Xie sambil berfikir mendalam lalu berkata, "Kamu fikir yang Lei Chen juga mungkin terperangkap di dalam situasi yang sama seperti Maharaja Kerajaan Qi dulu?"

Jun Wu Xie mengangguk perlahan-lahan. "Mulanya saya tak begitu yakin, tapi semalam saya dah dapatkan kepastian. Kejohanan Pertempuran Roh tahun ini adalah perangkap yang Maharaja Negara Yan sediakan untuk menjatuhkan Putera Mahkota."

"Tapi kenapa Maharaja nak buat begitu? Maharaja itu ada empat orang anak lelaki. Selain Putera Mahkota, Putera Kedua itu dungu dan Putera Ketiga seorang yang lemah serta penakut. Putera Keempat pula masih terlalu muda. Lagipun, Putera Keempat dan Lei Chen dibesarkan oleh Maharani yang merupakan bonda kandung Lei Chen. Putera Keempat pula hanya anak gundik biasa. Kalau Maharaja mahu menukar waris takhta, tak ada pilihan yang lebih baik pun!" Fei Yan mencelah. Dia cepat-cepat menyenaraikan kualiti empat orang putera raja Negara Yan di dalam mindanya. Kemudian dia terus mencapai keputusan bahawa tak ada orang lain yang lebih sesuai selain Lei Chen.

"Memantapkan kedudukan waris takhta bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam masa yang singkat. Walaupun Putera Keempat masih muda, dalam masa beberapa tahun lagi dia akan cukup umur. Pada ketika itu, nama Putera Mahkota sudah tercemar dan itulah masa yang sesuai untuk menaikkan Putera Keempat," kata Jun Wu Xie dengan tenang.

"Putera Keempat? Kamu benar-benar fikir dialah orangnya?" tanya Hua Yao dengan kening yang berkerut.

Jun Wu Xie mengangguk. "Saya rasa Lei Chen pun tahu. Kalau tak, dia tak akan mengelak daripada bertemu dengan Putera Keempat."

Hanya kerana Putera Keempat berada di Istana Maharani, Lei Chen telah memilih untuk tidak pergi menyapa Maharani. Tahap kebencian yang ditunjukkan melalui kejadian ini amat jelas.

"Tapi, kalau Maharaja ada niat sebegitu pun, saya fikir Maharani tak akan begitu mudah bersetuju. Keluarga Maharani Negara Yan memiliki tahap kuasa yang tinggi dan kekuatan mereka di Negara Yan agak kuat. Lei Chen adalah anakanda kandung Maharani, mana mungkin Maharani akan membiarkan Maharaja merancang untuk mengapa-apakan anakandanya demi Putera Keempat dan tidak berkata apa-apa?" Fan Zhuo masih merasakan ada bahagian cerita ini yang masih belum lengkap.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C814
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập