Tải xuống ứng dụng
88.53% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 788: Pertempuran Bermula (3)

Chương 788: Pertempuran Bermula (3)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Qu Ling Yue seorang gadis yang cantik dan sangat comel. Dia tidaklah terlalu tinggi. Tiada siapa yang akan menyangka bahawa kedudukan pertama di Kejohanan Pertempuran Roh Akademi Panji Perang akan dipegang oleh gadis manis yang lembut ini. Walaupun Qu Ling Yue nampak lemah dan kecil, latar belakangnya membuatkan beberapa orang yang berniat tidak baik terhadapnya terus berundur dengan penuh waspada.

Ayah Qu Ling Yue adalah Ketua Besar di Bandar Seribu Binatang. Dua orang pakar roh ungu pernah muncul dalam sejarah Bandar Seribu Binatang. Walaupun kini mereka tidak memiliki pakar roh ungu, kemasyhuran mereka sebagai kuasa yang kuat tetap diiktiraf.

Jun Wu Xie tidak pernah berinteraksi dengan Qu Ling Yue sebelum ini. Malah pada malam jamuan di Kediaman Putera Mahkota pun dia hanya menjeling sekilas ke arah Qu Ling Yue daripada ekor matanya. Jun Wu Xie tidak tahu mengapa Qu Ling Yue merenungnya seperti itu dan dengan pandangan yang berbeza daripada orang lain. Renungannya tadi langsung tidak mempunyai niat mahu bermusuh dan seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu.

Jun Wu Xie berpaling.

Tak lama kemudian, orang yang menguruskan cabutan undian itu melangkah menuju kawasan menunggu bagi para peserta. Di atas sebuah meja di situ terdapat sebuah kotak yang hampir tertutup sepenuhnya. Satu-satunya ruang bukaan hanyalah satu lubang yang cukup besar untuk memasukkan tangan. Anak-anak muda yang riuh-rendah itu tiba-tiba senyap sambil merenung kotak itu dengan gelisah. Mereka semua tahu yang kotak itu mengandungi sesuatu yang dapat menentukan sejauh mana mereka mampu mara dalam kejohanan ini.

Seorang demi seorang, anak-anak muda itu melangkah ke hadapan dan beratur untuk mencabut satu nombor. Dua orang anak muda akan mencabut nombor yang sama. Maksudnya, mereka akan menjadi lawan bagi pusingan pertama yang bakal diadakan,

Jun Wu Xie berjalan tanpa tergesa-gesa. Dia berdiri di hujung barisan dan peanmpilannya telah menarik perhatian agak ramai orang di situ. Hampir semuanya mahu menjadi lawannya. Ini kerana di mata mereka, tidak ada orang yang lebih mudah dikalahkah selain budak kecil semuda ini.

Sewaktu pelajar dari Akademi Pembunuh Naga melangkah ke hadapan untuk mencabut undi, ramai memanjangkan leher dengan perasaan ingin tahu. Mereka yang sudah pun mencabut nombor masing-masing, mengeluh lega apabila melihat pemuda itu mendapat nombor lima puluh. Mereka semua berasa gembira kerana tidak mencabut nombor yang sama seperti pemuda itu.

Melihatkan reaksi orang lain, pelajar dari Akademi Pembunuh Naga itu berasa gembira dengan dirinya sendiri. Dia terus mendada dan mengangkat kepalanya dengan sombong sambil berjalan pergi dari meja tersebut. Pandangan gerun sebahagian pelajar lain amat memuaskan hatinya dan membuatkan dia bangga diri.

Qu Ling Yue mendapat nombor tujuh belas. Pemuda yang perlu melawannya berasa amat kecewa setelah terlihat nombor di tangan Qu Ling Yue.

Tidak kira berapa manis dan comelnya Qu Ling Yu, kedudukan pertama yang dipegangnya di Akademi Panji Perang sudah cukup membuatkan orang lain gerun. Tiada siapa di sini yang merasakan berlawan menentang Qu Ling Yue akan membawa manfaat dalam pertandingan ini, kecuali para pelajar dari Akademi Pembunuh Naga.

Para pemuda yang lain mencabut nombor satu demi satu. Selain pemuda yang memilih nombor tujuh belas itu, satu lagi nombor yang pasti membawa maut masih belum dipilih. Sewaktu para pemuda itu beredar dari meja dengan perasaan gerun tentang nombor malang itu, tiba-tiba mereka tersedar yang Jun Wu Xie seorang sahaja yang masih belum mencabut nombor dan dia merupakan peserta terakhir di dalam barisan.

Tidak perlulah dia mencabut undi. Semua orang tahu nombor terakhir di dalam kotak itu pastilah nombor lima puluh!

Sambil meraikan hakikat yang mereka tidak dipadankan dengan Akademi Pembunuh Naga, para pemuda itu turut berasa terkilan kerana budak yang paling lemah itu akan bertembung dengan Akademi Pembunuh Naga di pusingan pertama. Salah seorang daripada dua peserta terkuat di situ menentang peserta paling lemah… keputusannya tidak perlu diragui lagi.

Semua orang dalam diam merungut kerana mereka tidak berjaya mendapatkan Jun Wu Xie sebagai lawan. Pada masa yang sama, peserta dari Akademi Pembunuh Naga, yang semua orang dalam diam mengharapkan tidak akan dipadankan dengan mereka, tiba-tiba kelihatan pucat!


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C788
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập