Tải xuống ứng dụng
80.33% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 715: Giliran Saya (2)

Chương 715: Giliran Saya (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Tiga… tiga hari? Tidakkah itu terlalu terburu-buru?" Ning Rui berpeluh-peluh. Dia menarik Gu Ying datang ke Akademi Zephyr untuk membalas dendam di atas kematian Ning Xin.

Tapi kini walaupun Fan Qi sudah mati dan Fan Jin hilang akal, mereka masih belum menguruskan Fan Zhuo dan Tentera Rui Lin. Sekarang ini Gu Ying pula memaksa mereka bertindak!

Tanpa Gu Li Sheng dan Jun Xie sebagai bahan tawaran, Ning Rui tak berani membayangkan apa yang akan berlaku di masa hadapan.

"Kalau kamu tak dapat lakukannya selepas tempoh tiga hari, saya tak kisah untuk bunuh kamu dan hantar sendiri budak-budak tak guna tu." Gu Ying mengancam Ning Rui. Matanya mengecil dan memancarkan sinar keganasan, menyerlahkan kemarahan tidak terbendung yang meluap-luap di dalam hatinya.

Mata Ning Rui terbeliak dan dia memandang Gu Ying dengan tidak percaya. Melihatkan mata yang kemerahan itu, Ning Rui tahu yang Gu Ying akan mengotakan apa yang dia katakan!

Gu Ying mencampakkan Ning Rui ke lantai dan terus berpaling untuk pergi. Dia bimbang jika berada di situ sesaat lagi, dia tidak akan dapat menahan dirinya daripada membunuh sampah tak guna itu.

Ning Rui terjelepok di atas lantai dengan wajah yang putus asa. Dia seolah-olah sudah menjadi semakin tua.

Sebaik para pelajar Akademi Zephyr dibawa ke Cenuram Penghujung Syurga, Ning Rui sudah tidak ada gunanya lagi pada Gu Ying. Ketika teringatkan mata Gu Ying yang merah menyala itu tadi, Ning Rui tidak dapat menahan dirinya daripada mengerekot dan memeluk tubuhnya. Perasaan gerun tiba-tiba menyelubunginya dan dia berasa seram sejuk.

Satu ribut yang kuat bakal melanda Akademi Zephyr. Tidak jauh dari situ, kejadian lain pula sedang berlaku di Bandar Chan Lin.

Gu Li Sheng sedang duduk di dalam sebuah bilik di rumah tumpangan sambil menggenggam tangannya. Apabila terdengar bunyi tapak kaki menghampirinya, dia terus bangun dan seluruh tubuhnya tiba-tiba menjadi tegang.

Hitam Kecil bermalas-malasan di atas meja sambil menggoyang-goyangkan ekornya.

Kedengaran satu siri ketukan di pintu dan Gu Li Sheng bergegas ke situ. Namun sebelum dia membuka pintu itu, dia menarik nafas dalam-dalam.

Jun Wu Xie berdiri di luar pintu tersebut.

"Jun Xie!" kata Gu Li Sheng dengan gembira. Sebaik terlihat Jun Wu Xie, wajahnya yang tegang tadi terus menjadi lega dan hatinya bertenang kembali.

"Apa yang berlaku?" Jun Wu Xie memandang wajah Gu Li Sheng yang pucat lalu memerhatikan seluruh bilik itu. Selain Hitam Kecil, tak ada orang lain di situ. Gu Li Sheng juga nampaknya tak apa-apa. Mengapa dia kelihatan begitu takut?

"Tak ada apa-apa! Senior Wen dapat selamatkan Fan Jin tak?" tanya Gu Li Sheng. Matanya memandang ke belakang Jun Wu Xie tetapi tidak terlihat kelibat Wen Xin Han dan Fan Jin.

"Saya dah uruskan penginapan untuk mereka. Kamu dapat bawa semua pelajar kamu keluar?" tanya Jun Wu Xie sambil melangkah masuk ke dalam bilik itu.

Gu Li Sheng menutup pintu dengan rapat dan terus membalas, "Ya. Saya dah aturkan bilik-bilik untuk mereka. Kejadian hari ini betul-betul mengejutkan saya. Tak sangka roh berkontrak kamu akan datang dan beritahu saya untuk memindahkan semua pelajar."

Sambil bercakap, mata Gu Li Sheng memandang Hitam Kecil yang terbaring malas di atas meja.

Ketika Wen Xin Han sedang membawa Fan Jin keluar dari akademi, kucing hitam kecil ini secara senyap-senyap pergi ke fakulti Pemulih Roh. Gu Li Sheng baru saja menerima berita yang Wen Xin Han sedang membawa Fan Jin pergi dari akademi ini secara paksa. Sedang dia bergembira dengan berita itu, tiba-tiba dia terlihat seekor kucing hitam kecil yang dikenalinya melompat masuk melalui tingkap.

Gu Li Sheng pernah melihat Jun Wu Xie membawa kucing hitam kecil itu sebelum ini dan dia tahu kucing itu adalah roh berkontrak Jun Wu Xie. Ketika dia sedang tertanya-tanya kenapa kucing hitam itu muncul, binatang itu tiba-tiba membuka mulutnya dan mula bercakap!

"Cik saya kata kamu mesti cepat-cepat bawa semua pelajar fakulti Pemulih Roh keluar dari Akademi Zephyr. Kereta-kereta kuda sedang menanti di luar dan kamu ada masa lima minit untuk berkemas. Selepas lima minit kita akan bergerak dari sini."


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C715
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập