Tải xuống ứng dụng
74.6% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 664: Di Dasar Cenuram (2)

Chương 664: Di Dasar Cenuram (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie menyuruh Mu Qian Fan membeli semua Glob Api Roh yang ada di Bandar Chan Lin.

Disebabkan harga Glob Api Roh terlalu mahal, tak banyak tempat yang ada menyimpan stoknya. Walaupun Bandar Chan Lin adalah bandar yang sibuk dan maju, kebanyakan pelanggan di situ hanyalah pelajar Akademi Zephyr. Sukar untuk mencari Glob Api Roh disebabkan permintaan yang rendah.

Mu Qian Fan hanya dapat membeli tiga buah glob dan semuanya dari Rumah lelong Chan Lin. Jadi harga yang dibayarnya juga lebih tinggi.

Jun Wu Xie masih menyimpan sejumlah batu roh gred rendah yang mereka kumpulkan di Hutan Roh Pertempuran. Memandangkan Rumah Lelong Chan Lin hanya menerima batu-batu roh gred pertengahan dan tinggi, batu-batu gred rendah ini tersimpan di dalam Beg Kosmos Jun Wu Xie dan tidak dipedulikan. Tetapi kini batu-batu tersebut akan digunakan untuk keperluan mereka.

Glob Api Roh menerangi sebahagian kecil kawasan dasar Cenuram Penghujung Roh yang diselubungi kegelapan.

Hua Yao dan Rong Ruo memegang dua buah glob yang sama. Mereka tidak teragak-agak untuk menyalakan glob masing-masing setelah Jun Wu Xie meyalakan Glob Api Roh yang pertama.

Cahaya dari tiga Glob Api Roh ini dapat menerangi kawasan berdekatan dengan secukupnya.

Sekali pandang sahaja mereka semua terus tergamam!

Bukan hanya tanah keras sahaja yang berada di bawah kaki mereka!

Timbunan demi timbunan rangka tulang yang putih berselerakan di sekeliling mereka. Kepingan tulang yang patah mengisi setiap ruang di antara rangka-rangka yang lebih besar. Wap air di udara pula telah membekukan dan melekatkan tulang-tulang ini sehingga membentuk "tanah bertulang" yang luas.

"Ini… semuanya dari orang-orang yang terkorban di Cenuram Penghujung Syurga?" Qiao Chu tersentak kerana gerun. Dia baru sahaja dapat melihat keadaan sekeliling dan terus mendapati dirinya berdiri di atas timbunan-timbunan tulang. Jantungnya hampir tercabut kerana terkejut.

"Nampaknya begitulah," balas Jun Wu Xie. Dia memandang tanah dipenuhi tulang di tempat dia berdiri. Kebanyakan tulang-tulang ini sudah hancur dan dia tak nampak satu tulang pun yang masih sempurna. Ketika itu, ahli kumpulan Jun Wu Xie sedang berdiri dekat dengan dinding cenuram. Berdasarkan kedudukan ini, Jun Wu Xie membuat andaian yang ini semua adalah tulang-tulang orang yang mahu turun ke dasar cenuram tetapi telah mati akibat terjatuh ke bawah. Tulang-tulang mereka terkumpul di sini.

"Mereka semua dah lama mati." Jun Wu Xie membuat anggaran setelah melihat lapisan demi lapisan ais jernih yang terbentuk di atas tulang-tulang itu. Tak mungkin orang-orang ini baru mati di sini beberapa tahun yang lalu.

Tulang-tulang itu dapat dilihat dengan jelas tetapi semuanya tertanam di bawah lapisan ais yang tebal. Mengikut anggaran dan pemerhatiannya terhadap tahap kelembapan di dasar cenuram ini, pembentukan lapisan ais setebal itu tak mungkin boleh berlaku dalam masa beberapa tahun sahaja.

Proses pereputan pada mayat di kawasan yang lembap sebegini akan dipercepatkan dan hanya tulang-tulang sahaja yang akan tinggal. Fros kemudiannya akan perlahan-lahan terbentuk pada timbunan tulang-tulang ini dan berkumpul menjadi lapisan ais yang tebal.

"Khabar angin tentang Cenuram Penghujung Syurga sudah lama tersebar. Pada mulanya, agak ramai yang datang untuk menyahut cabaran ini. Tapi setelah semakin ramai yang mati ketika mencuba, orang ramai berhenti datang ke sini. Sehingga sekarang ni, tak ramai yang tahu tentang lokasi Cenuram Penghujung Syurga." Fei Yan mengesahkan tekaan Jun Wu Xie dengan maklumat yang telah dikumpulnya.

Jun Wu Xie mengangguk sedikit dan mengambil satu botol porselin putih dari Beg Kosmosnya. Dia membuka penutup botol dan menuang keluar beberapa biji eliksir ke tapak tangannya.

"Ada racun di dalam kabus. Telan ini dulu."

"Adik Xie ni masih lagi yang paling bertimbang rasa." Qiao Chu mendekati Jun Wu Xie sambil tersenyum. Dia terus makan sebiji eliksir tanpa ambil peduli untuk bertanya elikisir jenis apa yang diberikan.

Hua Yao, Rong Ruo dan Fei Yan mengambil sebiji eliksir setiap seorang. Ye Sha dan Ye Mei teragak-agak sedikit tapi cepat-cepat mengambil sebiji dan menelannya setelah Jun Wu Xie merenung mereka dengan perasaan tidak sabar.

Mereka berdua sudah terbiasa dengan pelbagai jenis racun yang digunakan oleh Rejim Kegelapan dan sudah lama lali dengan kesannya. Tapi sebelum memastikan tempat ini telah didirikan oleh Rejim Kegelapan, tak salah kalau mereka lebih berwaspada.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C664
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập