Tải xuống ứng dụng
61.91% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 551: Batu Hitam Misteri (8)

Chương 551: Batu Hitam Misteri (8)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Salah seorang ahli kumpulan Mu Qian Fan telah tenggelam sepenuhnya di dalam lubang becah ini dan mereka langsung tidak dapat mengambil semula mayatnya selepas itu.

Selain lubang-lubang becah yang tidak dapat dilihat dan berselerakan di seluruh kawasan berpaya itu, ada banyak binatang ganas yang tersembunyi di sebalik kabus. Kumpulan yang terdiri daripada lelaki-lelaki yang tahan lasak dan berpengalaman ini kehilangan separuh ahli mereka akibat serangan ganas Binatang Roh yang bersembunyi di sebalik kabus yang mengganggu pandangan mata mereka. Lebih menakutkan lagi, kabus yang menyelubungi seluruh kawasan itu mengandungi racun. Pada mulanya mereka tidak menyedarinya. Namun selepas mereka dapat keluar dari kabus itu, mereka mendapati luka-luka pada tubuh badan mereka terus bernanah serta membusuk selepas racun itu tersebar ke organ dalaman mereka. Ketika itu barulah mereka sedar dasar Cenuram Penghujung Syurga ini amat mengerikan.

Kabus yang begitu tebal sehingga tidak akan dapat melihat tangan sendiri di hadapan muka, udara yang beracun, tanah yang dipenuhi becah tidak berdasar, Binatang Roh yang ganas. Setiap jenis keadaan berbahaya di sini mampu meragut nyawa.

Ketika itu barulah Mu Qian Fan akhirnya faham kenapa pelanggan yang tahu lokasi sebenar Cenuram Penghujung Dunia itu menawarkan upah yang lumayan hanya untuk memetakan kawasan ini. Pasti dia tahu keadaan di situ amat berbahaya dan orang-orang ini akan membayarnya dengan nyawa mereka sendiri.

Namun begitu, sudah terlewat untuk mereka menyesal. Sepuluh orang ahli kumpulan itu telah menemui ajal dan hanya Mu Qian Fan yang terselamat. Selain Batu Jed Hitam yang tidak boleh dipotong, mereka tidak memperoleh apa-apa lagi.

Memandangkan mereka tidak dapat melengkapkan peta, mereka tidak akan dapat menerima baki bayaran daripada pelanggan mereka. Sebaik Mu Qian Fan kembali, dia telah mencari pelanggan ini. Tetapi sebaik mengetahui seluruh kumpulannya terbunuh di dalam ekspedisi ini, mereka tidak lagi berminat untuk meneruskan perbualan. Mereka hanya bertanya ringkas pada Mu Qian Fan tentang apa yang ditemuinya di dasar cenuram tersebut dan selepas itu menghalaunya.

Setelah kematian semua ahli kumpulannya, Mu Qian Fan hidup dalam ketakutan dan bergantung harap pada seketul batu. Demi memberikan sedikit ketenangan kepada keluarga rakan-rakannya, Mu Qian Fan tidak ada pilihan selain membawa Batu Jed Hitam itu kepada He Chang Le untuk dilelong.

Setelah menamatkan ceritanya, Mu Qian Fan menundukkan kepala. Tangannya yang digenggam erat kini sudah berlumuran darah.

Memori setiap saat yang dihabiskannya di dasar cenuram itu terpahat kukuh di ingatannya. Jeritan saudara-saudaranya sewaktu mereka mati, menghantui mimpi-mimpinya.

"Tempat itu memang teruk dan kamu sepatutnya lupakan saja apa yang kamu dengar tadi. Anggaplah ini sekadar cerita." Mu Qian Fan terdiam lama sebelum mengangkat kepalanya. Matanya dipenuhi kekecewaan dan kesedihan yang tidak dapat digambarkan.

Kalaulah mereka tidak tergoda dengan ganjaran yang ditawarkan, kalaulah mereka merendah diri dan hanya menerima misi-misi yang mudah, rakan-rakannya pasti masih hidup lagi sekarang ini. Dia pula tidak akan hidup dalam keadaan putus harapan.

Kecederaan pada tubuh badannya amat serius. Dia sudah lama kembali dan luka-lukanya berterusan bernanah dan membusuk. Pembalut luka yang digunakannya itu bukanlah bertujuan untuk melindungi kecederaannya, tetapi dia bimbang rupa parasnya yang mengerikan itu akan membuatkan orang lain berasa takut.

Seluruh tubuhnya dipenuhi racun yang didapatinya dari Cenuram Penghujung Syurga dan dia tahu dia tidak akan hidup lama lagi. Dia cuma berharap sebelum kematiannya, dia dapat membantu menjaga kebajikan keluarga rakan-rakannya.

Jun Wu Xie mendengar cerita Mu Qian Fan dengan sabar sehingga habis. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang perasaan.

Qiao Chu dan yang lain pula kelihatan amat muram.

"Saya dah takutkan kamu semuakah? Haha….. Tidaklah teruk sangat, cuma janganlah pergi ke situ." Mu Qian Fan menyangkakan anak-anak muda ini semuanya ketakutan setelah mendengar dia menceritakan pengalamannya. Dia cepat-cepat mengubah nadanya dan cuba membuatkan mereka tidak terlalu ambil serius dengan kata-katanya.

"Lama lagikah kamu ada di Bandar Chan Lin?" Tiba-tiba Jun Wu Xie bertanya.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C551
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập