Tải xuống ứng dụng
48.53% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 432: Penyakit atau Racun (7)

Chương 432: Penyakit atau Racun (7)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Ah Jing menggigil dan berasa seram sejuk setelah mendengar suara itu. Dia berpaling ke arah pintu dan sebaik terlihat susuk tubuh Jun Xie, Ah Jing mula menjerit.

"Tuan Muda Sulung! Tuan Muda Sulung!" Ah Jing terlalu takut sehingga tak mampu berkata apa-apa selain memanggil Fan Jin.

"Ah Jing!" Fan Jin meninggikan suaranya untuk mengatasi bunyi jeritan itu. Dia mengangkat Ah Jing dengan sebelah tangan dan membawanya ke sisi katil Fan Zhuo.

Ah Jing yang sedang menggeletar terlihat Fan Zhuo yang terbaring di atas katil dan menyedari yang Fan Zhuo kelihatan lebih sihat. Fan Zhuo nampaknya tak apa-apa dan kelihatan tenang dalam tidurnya. Ah Jing menunjuk ke arah Fan Zhuo dan berkata pada Fan Jin, "Saya nampak….saya nampak Jun Xie guna….guna jarum yang panjang untuk mencucuk badan Tuan Muda."

"Ah Jing, Fan Zhuo tak apa-apa. Jun Xie merawatnya tadi dan kamu yang sudah tersalah faham." Fan Jin berkata sambil mengeluh. Ah Jing amat setia dengan Fan Zhuo dan menjaganya dengan baik. Tetapi Ah Jing ini tidak begitu bijak dan tidak berfikir panjang.

Ah Jing terdiam. Dia masih merenung Jun Xie dalam ketakutan, kemudian berpaling memandang Fan Zhuo kembali. Akhirnya dia pergi ke tepi katil itu dan memegang leher Fan Zhuo untuk memeriksa nadinya. Selepas memastikan Fan Zhuo tak apa-apa, dia berpusing untuk memandang Jun Xie, masih lagi tidak yakin sepenuhnya.

Jun Wu Xie tetap bersandar di muka pintu dan matanya kelihatan dingin. Dia tidaklah marah, tetapi juga tidak gembira.

"Tuan Muda Sulung, berapa umur Tuan Muda Jun? Macam mana dia ada pengetahuan dalam perubatan?" Ah Jing terus merungut.

Kening Fan Jin tiba-tiba berkerut.

"Diamlah. Saya nak tidur." Jun Wu Xie tak ada kesabaran untuk terus melayan Ah Jing dan memberikan amaran dengan kasar sebelum berpusing lalu berjalan kembali ke biliknya.

Rawatan intensif tadi agak meletihkan Jun Wu Xie. Dia perlu bertenang dan berfikir seketika sebelum menyelesaikan pelbagai petunjuk yang telah didapatinya dari keadaan tubuh badan Fan Jin.

Selepas Jun Xie pergi dari situ, Fan JIn merenung Ah Jing dengan perasaan tak puas hati.

"Ah Jing, kamu cakap apa ni? Saya sendiri nampak macam mana Jun Xie selamatkan adik saya. Kamu fikir saya buta?" Fan Jin memarahi Ah Jing dengan tegas.

Ah Jing memandang Fan Jin seolah-olah dirinya telah menjadi mangsa keadaan.

"Kalau penyakit Tuan Muda itu begitu mudah dirawat, tentulah tak akan berlarutan sehingga sekarang. Saya tahu Tuan Muda Sulung sukakan Tuan Muda Jun, tapi Tuan Muda Fan Zhuo itu adik Tuan! Tuan Muda sudah menderita selama bertahun-tahun dan telah dirawat oleh pelbagai tabib yang hebat. Namun keadaannya masih tak bertambah baik. Jun Xie itu masih muda, mana mungkin dia boleh menyembuhkan Tuan Muda? Saya dah dengar semuanya. Jun Xie itu ada reputasi yang amat buruk di dalam akademi dan Tuan Muda Sulung turut terpalit disebabkan dia. Tuan Muda Sulung tak ada kena mengena dengan Jun Xie tu, kenapa bersungguh-sungguh mahu mempertahankan dia?"

Kelakar betul memikirkan seorang budak muda berusia empat belas tahun boleh merawat seseorang yang membuatkan tabib ternama sekalipun tak berdaya.

Fan Jin berkata dengan marah pada Ah Jing, "Saya tak nak dengar kata-kata ini keluar dari mulut kamu lagi. Siapa sekalipun Jun Xie itu, biar saya sendiri yang nilai. Saya tak perlukan pendapat sesiapa. Kalau kamu banyak sangat masa, saya boleh beritahu ayah saya supaya menghantar kamu kembali ke akademi. Jadi kamu tak perlulah lagi susah-susah nak ambil peduli dengan semua khabar angin ni."

Ah Jing menjadi panik setelah mendengarkan kata-kata Fan Jin.

"Tuan Muda Sulung, saya tak nak pergi! Saya nak jaga Tuan Muda! Dia penyelamat saya! Nyawa saya milik dia!"

Ah Jing mula menangis lagi sambil merayu-rayu.

"Baiklah. Tak ada apa lagi yang kamu boleh buat di sini. Pergilah berehat." Fan Jin risau tangisan Ah Jing itu akan mengganggu Jun Xie yang mahu berehat. Sambil mengerutkan muka, dia cepat-cepat menyuruh Ah Jing pergi dari situ.

Ah Jing berlalu dengan berat hati. Satu idea terlintas di kepalanya.

Tuan Muda Sulung terlalu baik dengan Jun Xie dan kini dia telah melibatkan Tuan Muda Fan Zhuo juga di turut diheret di dalam kemelut ini. Kalau hal ini dibiarkan berterusan, siapa tahu apa yang Jun Xie itu akan lakukan untuk mengapa-apakan kedua-dua Tuan Muda tersebut? Ah Jing membuat keputusan yang dia perlu pergi berjumpa dengan Guru Besar dan menceritakan segala-galanya. Biar Guru Besar itu menghalau Jun Xie yang penuh tipu muslihat ini, keluar dari hutan buluh!


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C432
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập