Tải xuống ứng dụng
40% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 356: Saya Ada di Sini Sekarang (5)

Chương 356: Saya Ada di Sini Sekarang (5)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Sebelum impian itu tercapai, kamu tak boleh balik," kata Jun Wu Yao tiba-tiba.

Jun Wu Xie mendongak memandang Jun Wu Yao. Dia maksudkan Jun Wu Xie tak boleh balik ke Istana Lin!

Dia tak boleh balik? 

Kenapa?

"Roh kamu tak lagi sempurna. Pasti kamu sudah gunakan serangan yang melibatkan roh kamu dan membakarnya. Kalau musuh kamu masih hidup, dia boleh gunakan sebahagian kecil roh kamu itu untuk menjejak dan mencari lokasi kamu." Jun Wu Yao menjelaskan dengan serius sambil memandang Jun Wu Xie. Dia tidak menyangka Jun Wu Xie akan menggunakan rohnya sendiri untuk membuat serangan. Ini kerana harga yang perlu dibayar bagi serangan sebegitu terlalu tinggi.

Mata Jun Wu Xie terbeliak kerana terkejut.

Sewaktu dia dan binatang hitam itu menggunakan rohnya untuk menyerang pihak musuh, dia memang berniat untuk membunuh lelaki berkenaan. Kalau Teratai Kecil tak masuk campur, Jun Wu Xie mungkin sudah mati bersama-sama dengan kucing hitam kecil dan lelaki berjubah putih itu. Disebabkan serangan yang dibuat hasil daripada pembakaran rohnya itu ditamatkan secara paksa, mungkin dia telah meninggalkan cebisan-cebisan rohnya di dalam badan lelaki berjubah putih tersebut.

Lelaki itu sudah mati ke?

Jun Wu Xie tak pasti. Walaupun Ye Sha memberikan serangan yang hebat dan membawa maut kepada lelaki berjubah putih itu tempoh hari, Jun Wu Xie tak tahu apa-apa tentang orang-orang dari Alam Pertengahan. Jadi dia tak berani memandang rendah pada mereka.

Kata-kata Jun Wu Yao itu hanya menggambarkan sebahagian saja daripada situasi tersebut, tetapi Jun Wu Xie tahu sebahagian lagi yang tersirat.

Kalau dia kembali ke Istana Lin, orang-orang dari Istana Syaitan Api akan menemui dia di sana. Jun Xian dan Jun Qing pula akan mengorbankan segala-galanya untuk melindungi dia. Seluruh Istana Lin akan musnah!

Jun Wu Xie teringin sangat mahu pulang, tetapi jalan pulangnya itu telah disekat tanpa belas kasihan. Rumahnya sudah menjadi tempat yang dia rindui, tetapi dia tidak dapat kembali….

Jun Wu Xie tiba-tiba merasakan hatinya perit, dan keadaan itu membuatkan dia berasa sakit. Sudahlah Jun Wu Xie masih lemah, kini wajahnya pula semakin pucat.

Jun Wu Yao berdiri di sebelah Jun Wu Xie lalu memeluknya.

"Jangan risau. Kamu akan kembali juga satu hari nanti. Abang akan cari jalan untuk membuatkan roh kamu sempurna semula." Jun Wu Xie menepuk-nepuk badan Jun Wu Xie untuk menenangkannnya, seolah-olah memujuk anak kecil yang ketakutan supaya bertenang dan tidur.

Jun Wu Yao yang tersalah perhitungan kali ini. Dia tahu yang Kumpulan Qing Yun ada kaitan dengan salah satu istana berkenaan, tetapi dia tak sangka orang-orang itu akan bertembung dengan Jun Wu Xie.

"Sebelum Abang menemui caranya, kamu boleh tinggal di akademi ini buat sementara waktu. Tempat ini agak istimewa kerana dapat menyekat dan melindungi intipati roh kamu daripada dikesan." Jun Wu Yao meyakinkan dengan suara yang lembut.

Tempat ini telah digunakan oleh Yan Bu Gui sendiri untuk menyembunyikan dirinya selama ini. Semua ahli mereka mempunyai Lencana Roh yang berhubung kait dengan Dua Belas Istana. Kalau mereka melarikan diri atau melakukan pengkhianatan, mereka boleh dikesan menggunakan Lencana Roh itu dan akan dibunuh, tak kira berapa jauh sekalipun mereka bersembunyi. Yan Bu Gui pasti telah banyak berusaha untuk menemui tempat seperti ini.

"Tinggal di sini?" tanya Jun Wu Xie.

"Ya. Bukankah kamu perlu tinggalkan Teratai Salji di sini untuk memulihkannya? Anggaplah kamu menemani budak kecil itu sekali." Jun Wu Yao tahu benar betapa mendalamnya perasaan Jun Wu Xie terhadap anak beranak Keluarga Jun itu. Semua yang dilakukannya selama ini berkait rapat dengan keinginannya untuk melindungi mereka. Jun Wu Xie begitu teringin untuk pulang dan bertemu dengan keluarganya kembali. Namun Istana Syaitan Api muncul secara tiba-tiba dan melenyapkan sebarang harapan untuk menunaikan keinginannya itu.

Jun Wu Xie diam sahaja. Dia tidak dapat kembali ke rumahnya sendiri. Perasaan yang menekan dan menyesakkan itu membuatkan dia semakin sukar bernafas. Tetapi pada masa yang sama, membawa ingatan yang jelas tentang apa yang berlaku di Puncak Berawan tempoh hari.

Dia tak akan membenarkan perkara itu berlaku kepada Istana Lin!

Jun Wu Xie mengangguk tanpa sepatah kata dan membuat keputusannya.

"Selepas saya menghapuskan Istana Syaitan Api, akan tiba harinya di mana saya boleh pulang dengan bangga." Matanya dipenuhi ketegasan dan keazaman.

Jun Wu Yao ketawa mendengar pernyataan Jun Wu Xie dan memeluk gadis itu dengan lebih erat lagi.

Dia tahu Jun Wu Xie tak begitu mudah dapat dikalahkan.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C356
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập