Tải xuống ứng dụng
39.1% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 348: Akademi Phoenix (2)

Chương 348: Akademi Phoenix (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Lelaki berjanggut itu mengangkat keningnya. "Kalau kamu tinggalkan teratai ini di sini, ia boleh hidup."

"Di mana Hua Yao dan Qiao Chu?" tanya Jun Wu Xie.

"Fei Yan, bawa dia berjumpa dengan mereka," Lelaki berjanggut itu mengisyaratkan dengan menggerakkan dagunya.

Sewaktu dia memandang susuk tubuh Jun Wu Xie yang berlalu pergi itu, lelaki berjanggut tersebut mengangkat keningnya sambil berfikir panjang. Dia meneguk lebih banyak wain. Sewaktu wain itu mengalir masuk ke dalam tubuhnya, matanya memandang Teratai Salji yang berada di dalam kolam itu.

"Roh tumbuhan….Tak hairanlah mereka menarik perhatian orang-orang dari Dua Belas Istana. Roh tumbuhan yang memberi tenaga pula tu. Kalau Alam Atasan dapat tahu tentang hal ni, pasti satu lagi pertumpahan darah akan berlaku." Dia menggumam sendirian dan ketawa tentang kesia-siaan situasi ini.

Fei Yan membawa Jun Wu Xie kembali ke halaman dan menuju ke sebuah pintu yang berkunci. Dia baru saja mahu mengetuk pintu itu apabila pintu tersebut terbuka.

Seorang anak muda yang menawan dan berpenampilan lembut berdiri di belakang pintu. Matanya menunjukkan perasaan terkejut sebaik terlihat Fei Yan dan Jun Wu Xie di luar pintu. Seketika kemudian dia ketawa, "Kamu ke sini untuk melawat mereka, Fei Yan? Ini mesti kawan yang Abang Hua bawa balik dengannya."

Fei Yan melompat dan berdiri di sebelah pemuda itu. Sekali pandang, mereka berdua kelihatan hampir sama tinggi.

"Inilah dia. Baru saja sedar dan berkeras mahu bangun dari katil. Saya tak dapat halang dia dan Tuan Guru suruh saya bawa dia melawat Abang Hua dan Qiao Chu."

Pemuda itu tersenyum. Seri senyumannya itu mampu mengalahkan satu taman yang penuh bunga-bungaan.

Pemuda itu baru saja mahu beredar apabila kedengaran suara yang dikenali dari dalam sebuah bilik.

"Xie Kecil ada di sini? Tunggu! Saya tak pakai seluar lagi!" Qiao Chu kedengaran cemas.

Fei Yan yang masih berada di pintu mencemuh sambil ketawa, "Kebodohan kamu tu mungkin berjangkit. Sopanlah sikit."

Pemuda itu ketawa dengan lunak dan memandang Jun Wu Xie lalu berkata, "Tunggu sebentar ya. Nama saya Rong Ruo. Saya dengar Qiao Chu panggil kamu Xie Kecil. Boleh tak kalau saya panggil kamu dengan nama tu juga?"

Jun Wu Xie mengangguk sedikit.

Rong Ruo tiba-tiba mendongak memandang langit dan matanya merenung jauh.

"Sewaktu Abang Hua dan Qiao Chu bawa kamu pulang kepada kami tempoh hari, kami benar-benar terkejut. Roh berkontrak ular hitam yang menghantar kamu semua ke sini pada hari itu, mati tak lama selepas sampai ke sini. Hanya ada satu timbunan tulang ular saja yang tinggal. Saya tanam tulang-tulang itu di bukit belakang akademi."

Jun Wu Xie tidak menjawab. Memorinya terhenti saat Ye Sha mengorbankan dirinya. Dia tak ingat apa-apa yang berlaku selepas itu.

Ular hitam itu mungkin roh berkontrak milik lelaki berpakaian hitam tersebut. Apabila seseorang itu mati, roh berkontrak mereka juga hilang dan tidak meninggalkan timbunan tulang seperti ular hitam itu. Keadaan ini agak aneh.

Selepas seketika, Qiao Chu memangggil lagi dari dalam bilik.

"Okey, sudah! Masuklah!"

Rong Ruo menjemput Jun Wu Xie masuk dengan penuh sopan dan lemah lembut.

Jun Wu Xie berjalan masuk ke bilik itu dan terlihat dua buah katil di kiri dan kanan bilik tersebut. Hua Yao dan Qiao Chu terbaring tidak berdaya di atas katil-katil berkenaan.

Separuh wajah Qiao Chu masih lagi berbalut dan dia memakai satu jubah longgar. Dia tersengih memandang Jun Wu Xie. Hua Yao hanya duduk di katilnya. Keadaannya kelihatan lebih baik sedikit berbanding Qiao Chu. Sewaktu pandangan matanya dan Jun Wu Xie bertembung, Hua Yao mengangguk untuk menyapa, tetapi tidak berkata apa-apa.

"Pegang kucing ni sebentar." Jun Wu Xie tiba-tiba berpaling dan menyerahkan kucing yang masih pengsan itu kepada Rong Ruo yang kelihatan bingung. Dia dan Fei Yan saling bertukar pandangan dan mata kedua-duanya mengandungi pelbagai persoalan.

Kucing hitam ini pasti amat berharga buat Jun Xie. Kenapa dia serahkannya kepada Rong Ruo dan bukan Fei Yan, orang pertama yang Jun Wu Xie lihat sewaktu dia sedar tadi?

Mereka berdua langsung tak faham.

"Xie Kecil, kamu ni betul-betul tidur mati. Tiga hari baru bangun," kata Qiao Chu sambil ketawa apabila dia melihat Jun Xie mendekatinya. Senyuman Qiao Chu di sebahagian mukanya yang tidak berbalut itu menjadi semakin lebar dengan setiap langkah Jun Xie.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C348
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập