Tải xuống ứng dụng
32.02% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 285: Tamparan Kelima (7)

Chương 285: Tamparan Kelima (7)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Kata-kata Jun Wu Xie menyebabkan semua orang di situ tercengang. Malah Qiao Chu dan Hua Yao juga turut terkejut.

Sewaktu Ke Cang Ju melepaskan Asap Tunggal tadi, mereka berdua telah menolak kuasa rohani keluar daripada tubuh mereka untuk membentuk perisai. Walaupun perisai itu tidak akan dapat menghalang Asap Tunggal sepenuhnya, sekurang-kurangnya kesan racun itu dapat diperlahankan.

Sungguhpun begitu, keadaan Qiao Chu dan Hua Yao tidak begitu baik. Di bahagian badan di mana Asap Tunggal itu berjaya meresap masuk dan terkena kulit mereka, kesakitan yang mencucuk-cucuk dapat dirasakan. Seolah-olah mereka sedang dijilat api. Kuasa rohani mereka tidak dapat menghalang Asap Tunggal sepenuhnya. Kulit mereka bertukar menjadi kemerah-merahan dan organ dalaman mereka seperti dibakar, menyelubungi mereka dalam kesakitan.

Tetapi Jun Wu Xie langsung tidak terkesan, wajahnya tidak menunjukkan sebarang perasaan tidak selesa.

Perbezaan ini membuatkan mata Ke Cang Ju terbeliak.

Senyuman Ke Cang Ju menjadi herot dan mulutnya menggerenyet. Dia merenung Jun Wu Xie dengan tajam, cuba mencari sebarang tanda kesan racun itu ke atas badannya.

Apa yang dia temui membuatkan dia hampir terduduk kecewa. Daripada hujung rambut sehingga ke hujung kaki, tidak ada sebarang tanda pada Jun Wu Xie. Apa yang lebih mengejutkan ialah, Jun Wu Xie langsung tidak menggunakan sebarang kuasa rohani untuk melindungi dirinya. Dia hanya membiarkan Asap Tunggal itu menyelubungi dia sepenuhnya, berdiri dengan tenang di hadapan mata Ke Cang Ju.

"Mustahil….." Ke Cang Ju merenung kaku ke arah Jun Wu Xie, tak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Asap Tunggal tidak pernah gagal. Reaksi Qiao Chu dan Hua Yao mengesahkan lagi hakikat ini.

Apa yang membolehkan budak muda tak guna ini menjadi imun terhadap Asap Tunggal?

"Kau ada penawarnya?" Ke Cang Ju bertanya kepada Jun Wu Xie sambil mengetap giginya. Melainkan budak ini sudah mengambil penawarnya sebelum ini, tak ada siapa di bawah roh tahap ungu yang dapat melepaskan diri daripada Asap Tunggal yang membawa maut itu. Usia Jun WU Xie masih muda, tak mungkin dia sudah mencapai rih tahap ungu!

"Penawar?" Jun Wu Xie ketawa dan melentokkan kepalanya. Matanya yang dingin kelihatan terhibur memandang Ke Cang Ju.

"Kamu masih tak mahu menyerah dan masih bermain-main? Sesuatu yang kecil seperti ini tak akan mengapa-apakan saya langsung. Menyerah kalah sajalah."

Jun Wu Xie melangkah menuju Ke Cang Ju, asap hijau itu berpusar-pusar sewaktu dia melepasinya.

Wajah Ke Cang Ju menjadi pucat dan dia mengibas lengan bajunya. Beberapa batang jarum beracun melayang menuju Jun Wu Xie. Pada masa yang sama, Jun Wu Xie mengangkat tangannya dan beberapa sinaran putih dingin memancar daripada jari-jarinya. Pertembungan jarum-jarum itu membuatkan kesemuanya jatuh ke atas lantai.

"Tak ada cara baru?"

Jarum-jarum itu berselerak di atas lantai. Semuanya tidak berguna, tidak ada satu pun yang dapat mendekati tubuh Jun Wu Xie.

Tindakan refleksnya yang sepantas kilat itu turut memeranjatkan Hua Yao dan Qiao Chu yang memandang ketenangan Jun Wu Xie dengan kagum.

Dia langsung tidak menggunakan sebarang kuasa rohani, tetapi berupaya mencampakkan jarumnya dengan pantas dan tepat.

Dari mana budak ini datang?

Wajah Ke Cang Ju menjadi gelap pada ketika itu.

Asap Tunggal itu merupakan muslihat terulungnya tetapi menjadi tidak berguna dalam menentang budak ini. Jarum beracun yang dipercayainya juga tidak sepantas jarum perak Jun Wu Xie.

Ke Cang Ju telah menyaksikan jarum-jarumnya dihentikan sebanyak dua kali. Dia yakin budak tak guna ini boleh menjatuhkan dia hanya dengan menggunakan jarum perak itu sahaja!

Setelah mengesahkan perkara ini sendiri, Ke Cang Ju berpeluh sejuk. Di dalam Puncak Awan Tersembunyi yang merupakan kawasan pemerintahannya ini, dia mendapati dirinya ditekan sehingga sukar untuk bernafas.

Kepantasan dan ketepatan budak ini sukar dipercayai!

Berapa usianya? Macam mana ini boleh berlaku?


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C285
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập