Tải xuống ứng dụng
31.91% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 284: Tamparan Kelima (6)

Chương 284: Tamparan Kelima (6)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Ke Cang Ju merenung Jun Wu Xie dan Qiao Chu, matanya menunjukkan niat jahat. Dia amat arif tentang betapa bahayanya Asap Tunggal. Racun itu datang dalam bentuk asap. Walaupun mangsanya menahan nafas, racun itu masih dapat meresap masuk ke dalam badan hanya dengan menyentuh sedikit bahagian kulit.

Ruang bawah tanah ini tertutup rapi dan di dalam di dalam dua orang mangsa yang terkurung di dalam ruang ini tidak ada jalan untuk melarikan diri!

Asap Tunggal berlingkar dan menyelubungi setiap inci ruang bawah tanah itu. Dua orang budak tak guna itu pasti sudah mati. Racun ini cukup kuat sehingga mampu membunuh satu kontinjen tentera!

Nikmatilah setiap seksaan! Di dalam penjara yang tidak ada jalan keluar ini, kamu akan menggigil ketakutan sewaktu kematian menjemput kamu berdua!

Wajah Ke Cang menjadi semakin menakutkan dan senyumannya semakin lebar. Dia teringin mahu melihat dua pemuda biadab itu jatuh dan meromok ketakutan di kakinya.

Qiao Chu terus menarik siku Jun Wu Xie sewaktu terdengar perkataan "Asap Tunggal" yang menyebabkan bulu romanya berdiri tegak.

"Lari! Asap Tunggal berbahaya dan membawa maut! Terkena sedikit sahaja akan membunuh kamu!" Qiao Chu menarik Jun Wu Xie sambil menjerit. Wajahnya pucat kerana ketakutan.

Dia tidak menyangka Ke Cang Ju akan memiliki sesuatu yang berbahaya seperti Asap Tunggal.

Qiao Chu menarik-narik bagai nak gila tetapi mendapati dia tidak berganjak walau seinci. Dia berpusing dan terlihat Jun Xie merenung dingin ke arah Ke Cang Ju, sambil tersenyum berseri-seri.

"Jun Xie? Mari pergi!" Qiao Chu memandang dengan bingung. Mahu saja dia mengangkat budak ini dan lari daripada racun itu.

"Ini Asap Tunggal?" Jun Wu Xie mengangkat sebelah keningnya sambil ketawa. Matanya langsung tidak menunjukkan sebarang perasaan takut. Dia merenung asap hijau yang berlingkar di sekelilingnya itu dengan tenang, seolah-olah sedang memandang asap biasa.

Qiao Chu kaku memandang Jun Xie, memikirkan sama ada budak ini sudah hilang akal. Bukankah reaksi pertama orang yang normal kalau bertemu asap beracun yang boleh membawa maut ialah melarikan diri? Tapi si gila ini berdiri sahaja, enggan bergerak, merenung asap itu dan senyum kerana terhibur?

Senyuman Ke Cang Ju yang menakutkan itu mula lenyap. "Budak tak guna, tak ramai orang di Alam Bawahan yang mati disebabkan oleh Asap Tunggal. Kau patut berbangga sebab aku gunakan racun berharga ini untuk menghantar kau ke neraka."

Kalau budak tak guna itu tak menunjukkan senyuman yang begitu cantik dan berseri-seri itu, dia tak akan gunakan Asap Tunggal yang jarang ditemui dan sangat berharga ini ke atas mereka. Tetapi berbaloi juga dapat melihat muka mereka menjadi herot kerana terseksa sebelum mati disebabkan oleh Asap Tunggal.

Sewaktu terlihat racun itu berlingkar dan tersebar lebih jauh, Ke Cang Ju tidak dapat menahan perasaan terujanya yang membuak-buak. Asap Tunggal itu telah menyelubungi Jun Xie dan menyentuh kulitnya. Tak lama lagi budak-budak angkuh ini akan bertukar menjadi timbunan tulang!

"Berharga?" Jun Wu Xie ketawa seolah-olah terdengar jenaka. Dia menelengkan kepala dan memandang asap yang berlingkar di sekelilingnya. Matanya menjadi lebih dingin.

"Kalau kamu rasa permainan kecil seperti ini sangat berharga, saya akan tunjukkan sesuatu yang lebih baik." Kata-kata Jun Wu Xie menunjukkan perasaan terhiburnya dan dia melangkah ke hadapan. Dia mengibas lengan bajunya dan menlenyapkan asap yang berada di hadapannya.

"Macam mana kau masih tak apa-apa?" Wajah Ke Cang Ju kaku kerana terkejut. Asap Tunggal itu sudah sampai kepadanya dan menyelubungi seluruh tubuhnya! Kenapa tak ada sebarang reaksi?

Mustahil!

Asap Tunggal yang membawa maut itu sepatutnya menyebabkan tindak balas sebaik bersentuhan dengan badan. Macam mana budak tak guna ini masih tak apa-apa?

"Kamu nak mencederakan saya dengan mainan kanak-kanak? Jangan berguraulah." kata Jun Wu Xie dengan dingin.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C284
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập