Tải xuống ứng dụng
31.12% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 277: Penyamaran (3)

Chương 277: Penyamaran (3)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Kamu semua dah selesaikan tugas?" Pengikut yang kelihatan cukup rehat itu bertanya sambil tersenyum kejam memandang kumpulan pemuda berkenaan yang sedang muram dan kepenatan.

Para pemuda itu menundukkan kepala, tak berupaya berkata apa-apa.

"Kamu semua memang tak guna! Memandangkan tugas yang mudah seperti ini pun kamu tak boleh selesaikan, jangan harap nak dapat sarapan! Sekarang pergi ambil air dari bekas itu dan siram batas-batas herba!" Tanpa memberikan peluang untuk para pemuda itu berehat, lebih banyak seksaan dikenakan ke atas mereka.

Ketika itu, laungan bantahan kedengaran daripada kumpulan pemuda berkenaan.

"Senior, kami hampir mati keletihan dan langsung tidak tidur semalam. Boleh tak kalau kami tidur sebentar sebelum teruskan kerja?" Seorang pemuda yang agak berani mula merayu bagi pihak mereka.

Seketika kemudian, sebaik kata-kata itu dilafazkan, pengikut Puncak Awan Tersembunyi itu meluru ke arah pemuda itu dan menendangnya dengan kuat di bahagian perut. Pemuda itu yang dalam keadaan lemah itu tertunduk dan rebah ke lantai sambil mengerang kesakitan.

"Pemalas! Peraturan di dalam Puncak Awan Tersembunyi ini perlu dipatuhi sebaik kamu diterima masuk! Sesiapa yang enggan mengikutinya boleh berkemas dan pergi dari sini!" Pengikut Puncak Awan Tersembunyi itu memandang setiap seorang daripada kumpulan pemuda itu dengan cemuhan dan ketawa dingin. Matanya yang kejam itu langsung tidak melihat rekrut-rekrut baru ini sebagai manusia.

Akibat ketakutan dan ancaman yang mereka terima, pemuda-pemuda ini berhimpit-himpit sesama mereka, tidak mampu untuk melawan lagi. Mereka memaksa diri untuk bangun dan berjalan keluar dengan tidak teratur.

Puncak Awan Tersembunyi tidak membenarkan orang luar untuk masuk ke kawasannya, jadi tidak ada orang akan tahu tentang apa yang berlaku di sebalik pintu mereka yang tertutup rapat.

Tidak ada sesiapa yang akan menyelamatkan mereka yang bakal menjadi korban ini.

"Kalau mereka tahu mereka akan diseksa sehingga mati di Puncak Awan Tersembunyi, mengapa mereka masih begitu terdesak untuk masuk ke sini?" Qiao Chu berjalan keluar perlahan-lahan dan memandang kumpulan pemuda di hadapannya yang sedang terhuyung-hayang. Mata Qiao Chu penuh tanda tanya.

Ke Cang Ju memang jahat, tetapi kumpulan pemuda ini tidaklah sebaik mana. Sewaktu dia dan Jun Wu Xiebaru sampai di Puncak Awan Tersembunyi, mereka mencemuh dan mengejek mereka berdua. Dia tak rasa mereka ada tenaga lagi untuk berbuat begitu.

Jun Wu Xie tidak berkata apa-apa. Dia menundukkan pandangannya ke tanah.

Dia berasa jelik setiap saat dia berada di tempat seperti ini.

Memandangkan tempat ini begitu menjijikkan, dia akan menghapuskannya!

Qiao Chu menunggu Jun Wu Xie menjawab pertanyaannya tetapi Jun Wu Xie hanya diam sahaja. Qiao Chu berpaling dan terlihat Jun Wu Xie dalam keadaan pucat lesi!

"Jun Xie! Kamu….." Qiao Chu baru sahaja membuka mulutnya untuk bercakap apabila dia terasa seperti dunia ini berputar. Sebelum sempat bertindak, dia sudah jatuh tersembam.

Dua bunyi kuat mengejutkan para pemuda yang berjalan di hadapan mereka. Mereka berpaling dan mendapati Qiao Chu serta Jun Wu Xie sudah pengsan dan terbaring di atas tanah. Sebelum ini mereka tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda keletihan, namun wajah mereka kini pucat lesi, bibir mereka kering dan merekah!

"T….. tolong! Ada orang pengsan!" Jeritan kedengaran daripada kumpulan pemuda itu.

Penhikut-pengikut Puncak Awan Tersembunyi tertarik dengan bunyi bising itu. Sebaik mereka melangkah keluar, mereka terus terlihat Jun Wu Xie dan Qiao Chu terbaring di tepi laluan berkenaan.

Sekilas lalu, kegembiraan yang kejam bersinar di mata pengikut-pengikut Puncak Awan Tersembunyi itu. Tetapi seketika kemudian, sinaran itu lenyap.

Pengikut-pengikut itu berpura-pura jengkel dan memarahi serta mencemuh kumpulan pemuda itu. "Kamu semua ni tak guna betul! Baru satu malam di Puncak Awan Tersembunyi kamu sudah jadi lemah! Panggil beberapa orang ke sini dan hantar dua sampah tak guna ini kepada Tuan Tua Ke. Saya tak percaya mereka ini begitu mengecewakan. Betul-betul menyusahkan Tuan Tua saja!"

Kumpulan pemuda yang sedang terhuyung-hayang saling berpandangan dalam keadaan tak pasti melihatkan apa yang sedang berlaku di sini. Menurut pengikut senior Puncak Awan Tersembunyi, dua orang itu akan dihantar kepada Tuan Tua Ke untuk dirawat. Mereka kini berasa senang hati memikirkan Tuan Tua Puncak Awan Tersembunyi itu mengambil berat tentang keadaan para pengikutnya….


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C277
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập