Tải xuống ứng dụng
28.42% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 253: Perjalanan

Chương 253: Perjalanan

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Tanpa mempunyai jalan lain untuk meningkatkan kuasa rohaninya, Jun Wu Xie tidak ada pilihan selain mengalihkan tumpuannya kepada tumbuhan lain.

Kuasa rohaninya telah dibina melalui pemupukan Teratai Salji. Bolehkah pemupukan tumbuhan lain membawa kesan yang sama?

Untuk menguji tekaannya, Jun Wu Xie bereksperimen dengan menanam dan memupuk pelbagai tumbuhan herba. Selepas sepuluh hari melakukan eksperimen, dia mendapati pemupukan tumbuhan dan herba biasa tidak memberikan dia sebarang tenaga rohani/ Hanya pemupukan tumbuhan dan herba yang jarang ditemui yang memberikannya sedikit tenaga rohani. Namun begitu, jika dibandingkan dengan Teratai Salji, kepantasan pertumbuhan dan perkembangan yang dia dapat melalui cara ini terlalu sedikit.

Tapi lebih baik dapat sedikit daripada langsung tak ada….

Ada tujuh belas hari lagi sebelum tibanya tarikh lima belas hari bulan sewaktu Jun Wu Xie melambai selamat tinggal kepada Jun Xian dan Jun Qing, lalu masuk ke kereta kuda untuk menuju puncak-puncak gunung milik Kumpulan Qing Yun. Mo Qian Yuan yang sudah semakin sembuh datang ke pintu pagar bandar itu untuk mengucapkan selamat tinggal. Dia memandang dengan suram sewaktu ahli Keluarga Jun menghantar Jun Wu Xie ke luar bandar itu.

Dia tak tahu jika dia boleh bertemu Jun Wu Xie lagi selepas perpisahan ini. Mo Qian Yuan kelihatan muram sambil memandang kereta kuda itu perlahan-lahan hilang daripada pandangannya..

Di dalam kereta kuda itu, ada seorang remaja yang cantik sedang memegang seekor kucing hitam kecil yang kelihatan manja.

Sebelum dia meninggalkan Istana Lin, Jun Wu Xie telah mengubah penampilannya. Dia mengubah dirinya menjadi remaja yang telah pergi ke Bandar Hantu dahulu. Jun Wu Xie hanya membawa kucing hitam itu, Teratai Kecil serta beberapa balang Nektar Jed di dalam kereta kuda itu. Ini membolehkan dia terus meningkatkan kuasa rohaninya sepanjang perjalanan. Sebelum dia pergi, dia mahu mengucapkan selamat tinggal kepada Jun Wu Yao, tetapi kelibat lelaki itu langsung tidak kelihatan. Jadi Jun Wu Xie mengabaikan saja niatnya itu.

[Cik benar-benar mahu pergi ke tempat kumpulan entah apa-apa tu? Nak jadi pengikut mereka?]

Kucing hitam kecil itu bertanya sambil mengerekot untuk mencari kedudukan lebih selesa. Walaupun kucing hitam kecil itu tahu tujuan sebenar Jun Wu Xie pergi ke Kumpulan Qing Yun, memikirkan tuannya ini perlu berpura-pura memanggil tabib penyamar sebagai guru membuatnya berasa kurang senang.

Dalam dunia ini, guru yang layak mengajar Jun Wu Xie belum wujud lagi!

"Kumpulan Qing Yun," Jun Wu Xie mengingatkan.

Melalui maklumat yang diberikan oleh Bai Yun Xian, Jun Wu Xie telah membuat keputusan untuk menetapkan matlamat perjalanan ke Kumpulan Qing Yun. Dia mahu menyertai Puncak Menjejak Awan milik Mu Chen. Musuh kepada musuhnya boleh menjadi kawannya. Jun Wu Xie tidak kisah kalau boleh mendapatkan sekutu.

Kereta kuda itu bergerak semakin jauh dan tidak lagi dapat dilihat dari Bandar Diraja.

Di luar pintu pagar bandar itu, mata Jun Wu Yao merenung tajam ke arah kereta kuda itu sambil berfikir.

Satu bayang-bayang terbentuk dan seorang lelaki berpakaian hitam berlutut di kaki Jun Wu Yao. Matanya kelihatan bingung. Tuan tahu yang Cik akan bertolak hari ini, tetapi Tuan menyembunyikan diri. Selepas Cik Muda pergi, Tuan berdiri lama di luar pintu pagar ini. Dia faham benar dengan Tuannya itu. Sebenarnya Tuan mahu mengiringi Cik Muda dalam perjalanannya ini.

"Ye Sha" Jun Wu Yao tiba-tiba bersuara.

"Saya." Lelaki berpakaian hitam itu, Ye Sha, pantas menjawab.

"Ekori dia dan lindungi dia dengan baik," Jun Wu Yao mengecilkan matanya. Kalaulah tidak kerana dia masih ada urusan yang belum diselesaikan di sini, dia tak akan benarkan buah hatinya itu pergi sendirian.

"Perintah Tuan akan saya laksanakan," jawab Ye Sha. Dia sudahpun menjangkakannya.

"Kalau dia tidak berada dalam bahaya, jangan dedahkan kehadiran kamu," kata Jun Wu Yao lagi, suaranya sedingin ais.

Kumpulan Qing Yun yang kecil itu ibarat sebesar debu saja di mata Jun Wu Yao. Kalau sekadar Kumpulan Qing Yun itu saja, dia percaya buah hatinya itu mampu menguruskannya sendiri. Apa yang membimbangkan dia ialah kuasa tersembunyi di sebalik Kumpulan Qing Yun.

Salah satu daripada dua belas istana itu, tidak kiralah istana mana, bukan sesuatu yang boleh diuruskan sendiri oleh Jun Wu Xie.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C253
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập