Tải xuống ứng dụng
23.14% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 206: Pertaruhan (2)

Chương 206: Pertaruhan (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Apa maksud kamu?" Jantung Mo Qian Yuan berdetup.

"Saya tetap akan menyimpan Roh Jed walau apa sekalipun yang berlaku, dan tak akan menyerahkannya kepada sesiapa jua. Bukankah kamu fikir saya mahu membunuh mereka semua tanpa sebab, dan saya ini ganas serta kejam? Jadi mari lihat apa yang Kumpulan Qing Yun akan lakukan jika kita menolak untuk menyerahkan Jed Roh, sedangkan mereka tahu kita memilikinya." Jun Wu Xie mulanya mahu mendapatkan kelebihan dengan menyerang dahulu, tapi kini dia menukar fikirannya.

Dia tidak ada sebab lain selain membuatkan Mo Qian Yuan yang ibarat perisai tumpul ini, menjadi perisai yang lebih tajam.

Pembawaan Mo Qian Yuan yang tidak begitu bersemangat ini perlu dihangatkan.

Di masa hadapan, Keluarga Jun akan menghadapi musuh dan masalah lain. Jun Wu Xie tidak mahu berdepan dengan kebaikan hati Mo Qian Yuan sepanjang masa. Untuk mengelakkan mimpi ngeri berulang di masa hadapan, dia memilih untuk membuatkan Mo Qian Yuan mengalami kesukaran.

Sebaik Mo Qian Yuan melihat betapa kejam dan ganasnya pihak musuh itu, dia akan faham hati yang baik itu cuma akan membunuhnya.

"Esok, beritahu Kumpulan Qing Yun yang separuh kepingan Jed Roh milik Keluarga Jun sudah dikebumikan bersama-sama orang tua keluarga kami. Beritahu mereka juga yang kamu berharap mereka dapat melupakan hasrat mereka." Reaksi mereka selepas itu, berada di luar kawalan Jun Wu Xie.

Mata Mo Qian Yuan menunjukkan perasaannya yang bercampur baur. Pertama sekali, dia tidak menjangka yang Jun Wu Xie akan menyerah pada Kumpulan Qing Yun dan satu lagi, dia merasakan niat sebenar Jun Wu Xie tidaklah semudah yang diberitahu kepada Mo Qian Yuan.

"Baiklah, saya cuba." Mo Qian Yuan mengeluh.

Tidak mudah untuk berurusan dengan Jiang Chen Qing, tetapi Qin Yu Yan nampak seperti seseorang yang lebih memahami.

Sambil mereka berbincang, para pengawal membawa masuk Jed Roh dan menyerahkannya kepada Mo Qian Yuan. Dia kemudiannya memberikannya kepada Jun Wu Xie.

Separuh lagi kepingan Jed Penenang Roh itu berada di dalam kotak broked. Selepas memeriksanya, Jun Wu Xie menutup kotak itu dan menyimpannya dengan rapi.

Mo Qian Yuan telah melihat Jed Roh itu sebelum ini dan tidak menganggapnya barang yang penting. Dia tidak menyangka sekeping kecil Jed Roh itu akan membuatkan Jun Wu Xie menentang Kumpulan Qing Yun. Dia tidak mahu bertanya lebih lanjut kerana dia percaya apa saja yang Jun Wu Xie lakukan, dia ada sebab yang baik di sebaliknya.

Setelah mendapat apa yang dia mahukan, dan setelah mengatur pertaruhan itu, Jun Wu Xie tidak ada apa-apa lagi yang mahu diperkatakan. Dia berpusing untuk keluar dari bilik itu, diikuti oleh Jun Wu Yao. Tidak lama kemudian, kedua-duanya lenyap.

Di luar bilik Mo Qian Yuan, Jun Wu Xie memandang langit yang dipenuhi bintang. Dia menoleh memandang Jun Wu Yao yang mengekorinya. Lelaki itu senyum dan terus memeluk Jun Wu Xie. Dengan satu lompatan, mereka kembali melayang di langit.

Para pengawal di luar bilik itu tercengang merenung susuk tubuh yang terbang di udara dan terlopong kehairanan.

Di bawah langit yang dipenuhi bintang, deruan angin dingin menyapa mereka. Kedinginan ini langsung tidak memberi kesan kepada Jun Wu Yao. Gadis dalam dakapannya itu biasanya dingin dan tidak berperasaan. Namun di dalam dakapannya dan setelah dihimpit ke dadanya, gadis itu membawa kehangatan yang tersebar ke seluruh tubuh Jun Wu Yao.

"Kenapa membazir masa bertaruh dengan si dungu itu?"

Kalau rasa tak perlu disimpan, singkirkan saja.

"Sebilah pedang itu perlu diasah sebelum menjadi tajam. Saya cuma membuatkan dia mengalami kesukaran." Mungkin kerana pandangan Jun Wu Xie terhadap Jun Wu Yao kini sudah berubah, dia berkongsi banyak perkara dengan lelaki itu.

"Pedang tajam?" Jun Wu Yao mengangkat sebelah keningnya tanpa berkata apa-apa lagi.

"Mo Qian Yuan itu bijak. Apa yang mantan Maharaja tidak ajarkan pada dia, saya boleh ajar. Kerajaan Qi memerlukan Maharaja, saya perlukan waris takhta yang sah dan seseorang yang akan terhutang budi dengan Keluarga Jun." Perjalanan menjadi Maharaja yang hebat tidak memerlukan sikap baik hati yang keterlaluan. Mo Qian Yuan telah diabaikan dan dibenci oleh mantan Maharaja, maka tidak berpeluang untuk belajar banyak perkara. Jun Wu Xie tidak kisah untuk melatih Mo Qian Yuan menjadi Maharaja yang berkebolehan.

"Sayang Abang ini baik betul dengan dia," kata Jun Wu Yao sambil ketawa. Namun matanya langsung tidak menunjukkan sebarang kegembiraan.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C206
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập