Tải xuống ứng dụng
22.02% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 196: Membuka Keranda (3)

Chương 196: Membuka Keranda (3)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Inilah kali pertama dia memandang 'ayahnya' dan pelbagai perasaan dirasainya ketika itu.

Kalau badan Jun Gu sudah mereput hingga ke tulang, emosinya mungkin tidak terganggu seperti ini. Tetapi memandang wajah yang amat seiras dengannya itu, sukar untuk Jun Wu Xie tidak mempedulikan perasaannya.

"Biar saya lihat lebih dekat." Jun Wu Xie memandang Jun Qing sambil menahan perasaannya yang bergelora. Manusia di zaman ini tidak mempunyai ilmu atau teknologi pengawetan dan Jun Gu sudah meninggal dunia selama sepuluh tahun. Badannya kini sepatutnya hanya tinggal tulang, tetapi dia kelihatan seperti dirinya dahulu, langsung tidak tercela. Seolah-olah dia baru sahaja meninggal dunia.

Jun Qing cepat-cepat memberi jalan pada Jun Wu Xie. Selepas semua yang telah berlaku baru-baru ini, Jun Qing nampaknya telah memupuk kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap kata-kata Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie memeriksa Jun Gu dengan teliti. Dia tidak dapat mengesan sebarang denyutan nadi dan badan itu dingin seperti ais. Jun Gu sudah mati, tetapi Jun Wu Xie perasan sesuatu yang pelik.

Badan Jun Gu masih lagi lembut dan ototnya tidak mengeras. Ini tidak sama dengan tempoh kematiannya. Keadaan ini hanya terjadi jika seseorang itu baru sahaja mati.

Sepuluh tahun, daging tidak mereput, otot tidak keras. Sungguh tak masuk akal.

Tidak ada apa-apa yang luar biasa pada badan Jun Gu, jadi….

Tanpa disedari, pandangan mata Jun Wu Xie tertumpu pada kepingan jed yang berada di dalam mulut Jun Gu. Pastinya ini Jed Roh yang menjadi rebutan.

Kepingan jed ini amat penting sehinggakan Kumpulan Qing Yun menghantar angkatan yang agak kuat ke kerajaan yang jauh ini untuk mengambilnya sendiri. Tentu ada sesuatu yang luar biasa pada jed ini.

Mungkinkah Jed Roh ini yang menyebabkan tubuh badan Jun Gu terpelihara dengan begitu baik?

Jun Wu Xie menghulurkan tangan untuk mengambil Jed Roh.

Hujung jarinya menyentuh permukaan yang dingin dan jernih itu. Tiba-tiba satu satu kuasa asing ditembak masuk melalui hujung jari Jun Wu Xie, terus ke otaknya.

Dia terdengar satu letupan di dalam mindanya dan segala pemikirannya hancur berkecai akibat kuasa yang menghentamnya ini.

Satu kuasa yang kuat tidak putus-putus menarik rohnya, seolah-olah ada pusaran yang sedang cuba menarik keluar rohnya!

"MEOW!!" Binatang hitam itu turut terseksa!

Kuasa itu mengalir dalam badan mereka, semakin lama semakin kuat.

"Wu Xie!" Tiba-tiba Jun Qing terlihat wajah Jun Wu Xie yang dalam kesakitan. Dia rebah ke belakang, seolah-olah seluruh kekuatannya sudah ditarik keluar.

Jun Qing cepat-cepat menghulurkan tangan dan menyambut Jun Wu Xie dalam pelukannya.

Apabila hujung jarinya terpisah daripada Jed Roh itu, kekuatan yang menariknya itu terus berhenti. Jun Wu Xie terbaring dalam pelukan Jun Qing sambil tercungap-cungap. Matanya terbeliak kerana terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku. Jantungnya berdegup kencang.

Kehilangan kawalan sepenuhnya ke atas rohnya dan perasaan seriau sewaktu rohnya hampir ditarik keluar. Jun Wu Xie tidak pernah mengalami semua ini sebelum ini.

Dia hanya menyentuh Jed Roh itu sekejap sahaja tetapi semua kekuatannya telah diserap keluar. Peluh membasahi bajunya dan wajahnya menjadi pucat lesi.

Wajah Jun Wu Xie yang pucat membuatkan Jun Qian dan Jun Qing menjadi takut.

"Wu Xie! Kamu tak apa-apa?" Hati Jun Xian risau sewaktu Jun Wu Xie tiba-tiba rebah dan menjadi pucat. Dia teringat apa yang Jun Wu Xie cuba lakukan tadi dan berpusing ke arah keranda itu. Jun Xian merenung tepat pada Jed Roh di dalam mulut Jun Gu.

Wu Xie telah menyentuh Jed Roh itu sebelum keadaan ini berlaku. Adakah Jed Roh itu mempunyai kuasa yang luar biasa?

Jun Xian berpaling untuk memandang wajah cucunya yang pucat, kemudian berpaling semula untuk melihat tubuh anaknya di dalam keranda itu. Dia menghulurkan tangan ke arah Jed Roh.

"Datuk! JANGAN!" Jun Wu Xie menjerit sambil menggenggam tangannya ke dada.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C196
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập