Tải xuống ứng dụng
15.05% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 134: Hadiah Terima Kasih (3)

Chương 134: Hadiah Terima Kasih (3)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"!!!!!!"

Kehangatan tersebar ke seluruh mulutnya dan bibirnya dirasakan berdenyut-denyut.

Jun Wu Xie mahu memprotes tetapi oleh kerana dia masih di dalam tab mandi itu, dia tidak ada ruang untuk berundur.

Sebelum dia dapat melawan, Jun Wu Yao memegang leher Jun Wu Xie dengan tangannya yang kuat dan menariknya lebih dekat.

"Kamu dah berjanji, tak boleh tarik balik. Ingat….bernafas guna hidung." Setelah dapat merasa sedikit kenikmatan, Jun Wu Yao tidak dapat menahan dirinya. Dia sedang lemas di dalam mata Jun Wu Xie, tercungap-cungap sedikit sewaktu memberikan peringatan itu. Tanpa menantikan jawapan, dia terus memberikan satu lagi ciuman.

Fikiran Jun Wu Xie menjadi kosong. Nafas Jun Wu Yao menggeletek pipinya. Seluruh kekuatannya seperti telah meresap keluar dari tubuhnya dan dia tidak mampu meronta.

Jun Wu Yao perlahan-lahan menikmati ciuman ini. Dalam keinginannya mengecapi kemanisan saat ini, Jun Wu Yao mengangkat Jun Wu Xie keluar dari air yang suam itu dan mendakap gadis itu dengan kemas dalam pelukannya.

Kucing hitam kecil yang sedang duduk di luar bilik air itu terlihat Jun Wu Xie diangkat dan dipeluk oleh Jun Wu Yao yang tidak tahu malu itu. Kucing itu lantas ternganga kerana terkejut.

Kucing hitam kecil itu tahu Jun Wu Xie ini tidak tahu apa-apa tentang hubungan di antara lelaki dan perempuan. Jantan jahanam ini pula mengambil kesempatan ke atas tuannya yang naif ini!

[Cik! Lawan dia!]

[Tolak dia sekarang!]

[Hadiah terima kasih apa yang si jahanam ini minta?]

[Ini sudah melampaui batas kesopanan!]

[Bunuh dia cepat!]

[Cucuk dia dengan jarum Cik!]

[Jadikan dia seperti landak!]

[Matilah kau, jantan gatal!]

Semuanya sia-sia. Otak Jun Wu Xie langsung tidak berfungsi dan tidak dapat menerima sebarang komunikasi minda daripada kucing hitam kecil itu.

Kucing hitam kecil itu hanya mampu menangis mengenangkan ciuman pertama tuannya itu telah dicuri oleh si gatal yang tak tahu malu dan keji ini!

Hampir hilang akal kucing hitam itu dibuatnya!

Apa yang lebih menyedihkan ialah…

Kekuatannya tidak setanding dengan si gatal ini!

Kucing hitam kecil itu hanya mampu merenung dengan senyap, menahan air matanya dan meratapi kesucian tuannya yang telah hilang.

Setelah lama masa berlalu, Jun Wu Yao dengan berat hatinya berhenti mencium bibir Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie masih belum pulih dan pandangan matanya kosong.

Jun Wu Yao tersenyum, membalut badan Jun Wu Xie dengan jubah mandi dan membawanya keluar dari bilik air itu.

"Kamu ini sangat menggoda, sayangnya..." Jun Wu Yao membawa Jun Wu Xie ke katilnya. Dia memandang pipi gadis itu yang kemerah-merahan dan mengusap-usap lembut wajah gadis itu menggunakan jarinya.

Terlalu awal. Sangat menggoda, tetapi masih belum tiba masanya.

Dia akan menunggu bunga ini berkembang mekar sebelum memetiknya.

Jun Wu Xie ini ibarat bunga yang baru berkuntum, belum tiba masanya untuk dipetik.

Tunggu. Masih perlu menunggu.

"Semoga kamu cepat matang." kata Jun Wu Yao dengan nada suara yang rendah.

"Kamu!" Jun Wu Xie tiba-tiba tersedar. Dia mengangkat tangannya dan jubah yang dipakainya jatuh dari bahunya.

Pada saat itu, bilik itu menjadi hening.

Jun Wu Yao menjeling, mengangkat keningnya dan menjadi semakin terhibur.

"Berambus!" Jun Wu Xie menarik jubahnya untuk menutup badannya dan merenung tajam ke arah Jun Wu Yao.

"Bawa ke sini jarum-jarum saya!"

"Baiklah. Saya sudahpun menrima hadiah terima kasih dan secara jujurnya...inilah hadiah terbaik pernah saya terima," Jun Wu Yao tertawa dan matanya menunjukkan kegirangan. "Masih jauh perjalanan kita ni. Kita masih ada masa, bukan?"

Pertama kali dia menikmati bunga ini. Harumannya masih lagi terlekat di bibirnya.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C134
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập