Tải xuống ứng dụng
13.59% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 121: Seni Pembunuhan (3)

Chương 121: Seni Pembunuhan (3)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Para pegawai yang melutut di hadapan pintu pagar itu memandang ke atas tembok, dan sebaik melihat kelibat Maharaja, mereka terus menjerit. Mereka yakin Maharaja akan menyelamatkan mereka.

Tetapi sebaik mereka terpandang mayat yang bergelimpangan dan mengenali identiti kedua-duanya, mereka terus putus harapan!

Para pegawai itu semakin terdiam. Kalau Wu Wang dan Wei Qun Hua juga tidak terselamat, siapa mereka untuk berharap sebaliknya?

Buat pertama kalinya dalam hidup mereka, para pegawai berpangkat tinggi itu merasakan nasib buruk akan menimpa mereka.

"Jun Wu Xie, mengapa kamu bawa mereka ke sini?" Maharaja bertanya dengan suara menggeletar. Baginda menyangkakan melihat kematian Wu Wang dan bapa mertua baginda sudah cukup sukar. Melihat barisan pegawai yang sedang melutut di hadapan pintu pagar itu membuatkan baginda berasa pilu. Baginda bersusah payah mahu kekal berdiri tegak. 

Maharaja memerhatikan wajah para pegawai itu. Semuanya merupakan musuh Istana Lin yang telah mencemarkan nama Istana Lin atau cuba menjatuhkan maruahnya dengan apa jua cara.

Jun Wu Xie tidak terlepas seorang sekalipun, atau tersalah tangkap sesiapa.

Tentera Rui Lin telah menangkap semua pegawai di dalam Bandar Diraja yang berkomplot menentang Istana Lin, sekaligus!

Rasa dingin akibat ketakutan, mencengkam hati Maharaja. Sewaktu baginda memandang ke mata Jun Wu Xie dan dingin dan tidak ada belas kasihan, cengkaman ketakutan itu menjadi semakin kuat.

Gadis gila ini mampu melakukan apa sahaja!

"Suruh mereka baca." Jun Wu Xie mencampakkan beg itu ke tanah, di hadapan barisan para pegawai itu. Beberapa gulungan skrol terkeluar dari beg dan jatuh berkeletak.

Long Qi mengarahkan anggota Tentera Rui Lin untuk memberikan satu skrol kepada setiap pegawai. Mereka disuruh untuk membuka skrol dan membaca isi kandungannya.

Muka mereka menjadi pucat dan mereka mula menggeletar ketakutan.

"Baca!" kata Jun Wu Xie, suaranya dipenuhi kekejaman.

Pedang Long Qi dikeluarkan dari sarungnya dan ditekan pada leher pegawai yang berada paling kanan dalam barisan. Lelaki itu hampir menangis dan dengan suara terketar-ketar, dia mula membaca, "Liu Pu... Kai…Kai Yuan tahun ke...tiga belas, me...merampas seorang wanita, me...membunuh keluarganya…"

Walaupun suara itu terketar-ketar, pedang yang diletakkan di lehernya itu berjaya membuatkan suaranya menjadi kuat, sehingga semua yang hadir dapat mendengar segalanya.

Pegawai itu berpeluh-peluh dalam kedinginan malam sambil membaca skrol itu sehingga ke akhirnya. Dia kemudiannya terjelepuk kerana kelesuan.

"Bunuh." Jun Wu Xie memberi arahan dengan suara yang perlahan.

"Ampun! Saya tidak ….." Pegawai bernama Liu Pu yang melutut di bahagian tengah barisan mula merayu sebelum anggota Tentera Rui Lin yang berdiri di belakangnya menghentikan rayuan itu dengan satu hayunan pedang.

Kepala yang berlumuran darah itu jatuh bergolek.

Pegawai-pegawai lain ketakutan melihat apa yang baru sahaja berlaku. Kegerunan yang dirasakan dari skrol di hadapan mereka, semakin meningkat setelah mengetahui yang skrol itu mengandungi maklumat penuh tentang kesalahan mereka. Mereka bimbang skrol seterusnya yang akan dibaca, ialah milik mereka.

Maut semakin dekat dengan setiap seorang daripada pegawai istana yang sedang melutut di Pintu Pagar Istana. Jun Wu Xie tidak akan melepaskan salah seorang daripada mereka sekalipun!

Apabila skrol yang mencatatkan senarai kesalahan mereka dibaca dengan kuat, itulah kata-kata terakhir yang akan mereka dengar sebelum mati.

"Tuanku! Selamatkan kami!"

"Tuanku!"

Sambil menangis dan merayu di atas tanah yang keras dan dingin itu, para pegawai berkenaan memohon Maharaja campur tangan dan mengurniakan belas kasihan ke atas mereka.

"Jun Wu Xie! Bagi kesalahan ini, siasatan akan dibuat dan hukuman akan diberikan oleh pihak berkuasa. Siapa kamu untuk mengambil tindakan sendiri?" Mo Xuan Fei menjerit. Dia tidak dapat menahan dirinya lagi, melompat dengan marah dan menunjukkan jarinya ke arah Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie mengangkat pandangannya dan membalas dengan bersahaja, "Saya hanya mengikut arahan."

"Merepek! Arahan siapa?"

"Tuanku Maharaja."

"Bohong!" Mo Xuan Fei teringin mahu menghancurkan Jun Wu Xie.

Jun Wu Xie membalas dengan tenang, "Mereka ini memainkan peranan dalam serangan ke atas kamu, Putera Kedua, dan Maharaja memberikan kuasa penuh kepada Istana Lin untuk menyelesaikan hal ini."

Jadi dia hanya membunuh disebabkan arahan itu.

Bukankah begitu?


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C121
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập