Tải xuống ứng dụng
11.23% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 100: Muslihat Diraja (1)

Chương 100: Muslihat Diraja (1)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Hanya mendengarkan hal ini sahaja boleh membuatkan orang jadi gila!

Jun Wu Xie tidak membalas kata-kata Jun Wu Yao tadi dan keluar dari dakapan lelaki itu. Dia berjalan menuju relau dan menambah lebih banyak kayu api.

Dia telah meminta relau ini daripada Jun Qing selepas melawat berek tentera.

Relau ini besar tetapi dibuat dengan teliti dan sesuai digunakan untuk penghasilan ubat dalam kuantiti yang banyak.

Menghasilkan ubat menguatkan badan untuk sepasukan tentera dengan jumlah anggota seramai seratus ribu orang ialah satu tugas yang sukar.

Tetapi di tangan Jun Wu Xie, tugas ini menjadi agak mudah.

Bagi seorang pengamal perubatan biasa, mereka mengelak daripada membuat pengeluaran ubat secara besar-besaran. Ini kerana mereka tidak dapat mengawal kuantiti yang tepat bagi pelbagai jenis herba sehingga mengakibatkan kesilapan dan pembaziran.

Ini tidak menjadi masalah pada Jun Wu Xie kerana dalam kehidupannya sebelum ini, pemahaman dan kawalannya dalam bidang perubatan lebih tepat berbanding mesin. Ubat-ubatan yang dihasilkannya sendiri sentiasa sempurna.

Biar Tentera Rui Lin, mata pedang paling tajam milik Istana Lin, dapat diperkuatkan lagi.

Jun Wu Yao yang sedang menongkat dagu, memandang malas ke arah Jun Wu Xie yang sedang sibuk itu. Dia menggosok-gosok jari-jarinya yang runcing. Dia masih dapat merasakan kehangatan tubuh badan Jun Wu Xie.

Pergerakan gadis ini lincah dan berani! Jun Wu Yao tersenyum melihat Jun Wu Xie dengan teliti menghasilkan lebih banyak ubat-ubatan tanpa perlu terlalu bersusah-payah.

Sewaktu Jun Wu Xie sedang sibuk dengan ubat-ubatan itu, sesuatu sedang berlaku di Istana Diraja...

Sejak kejadian dimalukan oleh Jun Wu Xie di kediaman Putera Mahkota, angin Bai Yun Xian semakin buruk. Pelbagai cara sudah dicuba oleh Mo Xuan Fei untuk menceriakan Bai Yu Xian, tetapi semuanya tidak berjaya.

Setelah tidak dipedulikan oleh gadis itu, Mo Xuan Fei pergi menghadap Maharaja.

"Ayahanda, Jun Wu Xie itu semakin biadab. Adakah Ayahanda akan terus membiarkan saja mereka?" Mo Xuan Fei merayu sambil melutut di dalam Bilik Bacaan Diraja. Keningnya berkerut seolah-olah dia berada dalam kesakitan.

Maharaja mengalihkan pandangan dari skrol yang sedang baginda baca, "Ayahanda sudah beritahu Anakanda berkali-kali untuk menjauhkan diri dari Kediaman Putera Mahkota."

Mo Xuan Fei menggigit bibirnya dan meneruskan rayuannya, "Tetapi, perubahan Kakanda Putera Mahkota amat aneh! Kesihatannya semakin baik. Sikapnya juga sudah kembali normal. Kakanda selalu keluar dari Istana Diraja, membuat kebajikan di seluruh kota. Kakanda sedang merancang sesuatu! Anakanda rasa tidak sedap hati."

Setelah racun bunga gandum malam disingkirkan, Mo Qian Yuan sudah mendapat kembali kekuatannya. Dengan kelembutan dan bakat semula jadinya, mudah bagi Mo Qian Yuan untuk memenangi hati rakyat. Bonda Mo Qian Yuan, mendiang Maharani, mempunyai sikap terpuji yang terkenal di seluruh Kerajaan Qi. Ini membuatkan rakyat dapat menerima Mo Qian Yuan dengan baik.

Kemunculan semula Mo Qian Yuan membuatkan Mo Xuan Fei menjadi gelisah.

Maharaja mengeluh, "Anakanda katakan tempoh hari yang Pil Embun Jed itu dibuat oleh Jun Wu Xie. Benarkah?"

Mo Xuan Fei teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Ya."

"Resipi Pil Embun Jed ialah milik eksklusif Kumpulan Qing Yun, bagaimana Jun Wu Xie boleh mempelajarinya? Lagipun Anakanda sendiri lebih kenal perangainya yang bodoh sombong itu. Bagaimana dia boleh melakukannya?" Maharaja memandang Mo Xuan Fei yang sedang melutut. Mata Baginda menjadi kecil.

"Itu...Anakanda tak tahu. Tapi Anakanda ada dengar cerita yang baru-baru ini Istana Lin mengumpulkan banyak buku-buku perubatan. Mung...kin...Istana Lin ada hubungan dengan seseorang yang telah mengajar ilmu perubatan kepada Jun Wu Xie." Kening Mo Xuan Fei semakin berkerut memikirkan Jun Wu Xie mampu menghasilkan Pil Embun Jed. Tak masuk akal langsung.

"Ayahanda! Sebelum ini Jun Qing telah diracun. Tabib Diraja mengatakan umurnya tidak panjang. Sudah lama masa berlalu sejak hari itu dan keadaan di Istana Lin senyap sahaja. Jun Qing masih dapat bertahan sehingga kini. Semuanya agak mencurigakan!"

"Hmm? Kalau betul apa yang Anakanda katakan, maksudnya ada tabib berbakat di dalam Istana Lin?" soal Tuanku Maharaja, pandangannya menjadi dingin.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C100
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập