Tải xuống ứng dụng
10.89% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 97: Tentera Rui Lin (2)

Chương 97: Tentera Rui Lin (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Jun Wu Xie tidak ragu-ragu untuk keluar berjalan-jalan bersama Jun Qing.

Selepas menyalin pakaian, Jun Qing duduk semula di atas kerusi rodanya. Long Qi menolak kerusi roda itu ke luar pintu pagar Istana Lin dan masuk ke dalam kereta kuda bersama Jun Wu Xie.

Kereta kuda itu mengelilingi Bandar Diraja. Jun Wu Xie tidak berminat serta tidak mempedulikan kesibukan kota itu, suara penjual yang sedang berdagang serta suara perbualan orang ramai. Sepanjang masa pandangannya ditundukkan sambil dia mengusap-usap dan membelai kucing yang sedang duduk diam di atas ribanya.

Jun Qing tidak dapat menahan dirinya daripada mengeluh sewaktu dia memandang Jun Wu Xie.

Gadis itu memang tidak banyak cakap sejak kecil lagi. Tetapi melihatkan Jun Wu Xie yang sedang meningkat dewasa ini masih lagi mengasingkan diri dan bersikap pendiam, Jun Qing turut berasa risau.

Selepas beberapa lama, kereta kuda itu akhirnya berhenti. Long Qi membantu Jun Qing turun sambil diekori oleh Jun Wu Xie.

Selepas turun dari kereta kuda, Jun Wu Xie menjadi terkejut setelah melihat di sekelilingnya untuk mengetahui di mana mereka berada.

Ada satu garison tentera dalam jarak hanya beberapa meter daripada mereka. Jun Wu Xie berpusing dan melihat Bandar Diraja yang terletak jauh dari kawasan itu. Tanpa disedarinya, kereta kuda itu telah membawa mereka keluar dari Bandar Diraja.

"Keluarga Jun terkenal dengan Tentera Rui Lin. Sebagai anak Keluarga Jun, lambat laun kamu perlu datang ke sini juga." Jun Qing berkata dengan bangga sambil duduk di atas kerusi roda yang ditolak oleh Long Qi.

"Cik, mari ikut saya." Long Qi berkata dengan hormat sambil menolak kerusi roda itu menuju ke berek.

Tentera Rui Lin, pasukan tentera paling ganas di dalam Kerajaan Qi. Pasukan tentera ini sudah membuktikan keberanian mereka di pelbagai medan pertempuran. Reputasi mereka amat baik dan dapat menghalang musuh daripada mencerobohi sempadan selama bertahun-tahun.

Beberapa tahun kebelakangan ini, keadaan di kawasan sempadan Kerajaan Qi sudah menjadi stabil. Oleh itu Jun Xian telah membawa Tentera Rui Lin pulang. Untuk mengelakkan syak wasangka Maharaja, Jun Xian menyerahkan kembali kuasa ketenteraan dan menempatkan berek tentera itu jauh dari Bandar Diraja. Tiga orang ahli keluarga Jun masih tinggal di dalam Bandar Diraja supaya Maharaja senang hati dan memikirkan tidak akan berlakunya pemberontakan kerana nyawa ketiga-tiga orang itu berada di bawah kawalan baginda.

Umum mengetahui hanya keturunan Keluarga Jun yang boleh mengetuai Tentera Rui Lin.

Mengawal nyawa ahli Keluarga Jun bermakna mengawal Tentera Rui Lin secara tidak langsung.

Inilah kali pertama Jun Wu Xie, serta pemilik tubuh ini dahulu, menjejakkan kaki di berek Tentera Rui Lin.

Waktu sudah tengah hari dan matahari memancar dengan terik. Di dalam kawasan berek yang luas itu, hanya ada satu pasukan tentera yang sedang berkawal. Seluruh kawasan itu senyap sunyi.

Long Qi menolak kerusi roda itu masuk jauh ke kawasan berek, diekori oleh Jun Wu Xie. Dalam keadaan yang senyap itu, Jun Wu Xie mengikut tanpa berkata apa-apa. Dia memerhatikan keadaan sekeliling dengan teliti.

Tidak ada sesiapa di dalam berek. Tidak ada tanda-tanda Tentera Rui Lin di luar garison. Tentera Rui Lin yang sangat digeruni itu seolah-olah telah lenyap tanpa kesan.

Walau bagaimanapun, sebaik Jun Wu Xie tiba di kawasan latihan, matanya terbeliak.

Baris demi baris anggota tentera yang lengkap dengan baju besi dan perisai serta senjata yang digenggam erat, sedang berlatih berlawan secara serentak. Udara di kawasan itu menjadi panas akibat pergerakan senjata-senjata itu.

Merasai sendiri keadaan di situ membuatkan anggota tentera itu nampak berkuasa.

"Inilah Tentera Rui Lin milik Keluarga Jun. Mereka ini pedang keluarga kita yang paling tajam. Wu Xie, ingat, pedang ini hanya boleh digunakan oleh Keluarga Jun." Jun Qing berpusing, senyumannya telah hilang. Matanya yang tegas kelihatan menggerunkan.

Tentera Rui Lin boleh menjadi azimat paling kuat milik Keluarga Jun dan telah melindungi mereka berkurun lamanya. Namun, Tentera Rui Lin juga boleh menimbulkan perasaan syak pada Maharaja.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C97
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập