Tải xuống ứng dụng
8.31% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 74: Nektar Jed (3)

Chương 74: Nektar Jed (3)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Bagi orang biasa, mendapatkan walau setitik Nektar Jed itu hanya sekadar mimpi. Di kalangan Keluarga Diraja sekalipun, hanya Mo Qian Yuan dan Maharaja yang mendapat keistimewaan ini. Mo Xuan Fei juga hanya boleh duduk dan lihat saja mereka minum wain.

Namun begitu, wain ini membawa maksud yang mendalam bagi Mo Qian Yuan. Wain ini ialah memori berharga bondanya.

Mo Qian Yuan terkejut mendengar Jun Wu Xie mahu menggunakan wain ini untuk menghasilkan ubat.

"Wain ini boleh dijadikan ubat?" Satu-satunya sebab mengapa dia minum sedikit sahaja wain ini setiap hari ialah kerana dia rindukan bondanya, bukan kerana dia sangat menyukai wain.

Kini kalau dalang racun ini tahu dia telah menjumpai puncanya, mereka akan cari cara lain. Jadi untuk tidak membuatkan mereka sedar, dia perlu memikirkan sesuatu.

"Baiklah, kamu boleh ambil sedikit." Mo Qian Yuan sudah membuat keputusan.

"Beta akan beri wain ini kepada kamu hanya kerana Beta tak mahu bersusah-payah mencari punca baru bagi racun itu." Memikirkan kesan yang tragik tadi membuatkan dia rasa lemas. Bagaimana kehormatannya dihancurkan sekelip mata sewaktu dia muntah di meja. Mengingatkan kejadian itu kembali membuatkan dia berasa loya sambil mukanya menjadi pucat.

Jun Wu Xie tahu ini peluang keemasan. Barang berharga yang dapat membantunya memulakan pertapaan berada di depan matanya. Siapa sangka dia boleh mendapatkannya dalam kehidupan ini?

"Tolong sediakan satu jag kecil untuk saya bawa balik bila-bila saja saya datang melawat kamu." Jun Wu Xie membuat keputusan untuk tidak menonjolkan diri dan melakukannya dalam diam. Wain ini berada di sini dan dia boleh dapatkannya setiap kali datang melawat Mo Qian Yuan. Sumber bekalannya terjamin.

"Uh...Tapi kalau mereka meracuni wain..nanti…" Dia memandang Jun Wu Xie dengan sinis. Kalau wain ini sudah diracun, bagaimana Jun Wu Xie mahu menggunakannya untuk membuat ubat?

"Tak perlu risau.." Jun Wu Xie menjawab dengan yakin.

Mo Qian Yuan fikir dalang racun ini tidak akan mahu melibatkan Jun Wu Xie kerana ini akan mengheret Istana Lin ke dalam hal ini juga. Jika mereka tahu wain ini ialah untuk Jun Wu Xie, mereka tidak akan meracuninya.

"Baik, Beta akan sediakan untuk kamu." Mo Qian Yuan membuat keputusan untuk menyelesaikan perkara ini selangkah demi selangkah. Dia akan memberitahu mereka wain ini ialah hadiah untuk Jun Wu Xie. Dia menggigil memikirkan yang dia langsung tidak tahu dia telah diracun di kediamannya sendiri. Ini bermaksud dia hanya duduk di dalam kurungan di mana kebanyakan perkara berlaku di luar kawalannya. Hamba-hamba yang menjaganya turut bersubahat.

Apabila tiba harinya, dia akan membalas semua hutang darah ini.

Dia berasa lega setelah dapat menentukan sumber racun itu. Sekarang dia boleh mula melawan. Dia berterima kasih kepada Jun Wu Xie kerana meninggalkan beberapa biji pil untuk membantu dia pulih.

Untuk menyembuhkan Mo Qian Yuan sepenuhnya dan mengembalikan kesihatannya, masa itu sangat penting. Jun Wu Xie sudah mengasingkan sebiji biji benih teratai untuk Mo Qian Yuan. Tapi sebelum itu, badannya perlu berada dalam keadaan lebih baik. Selepas itu barulah Jun Wu Xie akan membenarkan dia meningkatkan keadaan badannya. Jun Wu Xie sangat bermurah hati dengan orang yang berguna kepadanya.

Mo Qian Yuan menerima botol-botol yang Jun Wu Xie berikan. Jauh di sudut hatinya dia sedar, gadis itu akan melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan dia. Tetapi gadis itu juga boleh melakukan apa sahaja untuk menyingkirkan dia.

Selepas Jun Wu Xie memberikan arahan berkenaan ubat-ubat itu, Mo Qian Yuan sendiri menyediakan satu jag kecil Nektar Jed untuk Jun Wu Xie dan berjalan dengan gadis itu sehingga ke kereta kuda. Dia terpegun di situ walaupun kereta kuda itu sudah hilang dari pandangannya. Mo Qian Yuan mengeluh dan berdiri di situ buat beberapa ketika.

Dia memandang langit yang biru dan berasa sangat gembira.

Bonda, Anakanda sudah menemui sekutu yang hebat.

Sekumpulan hamba berasa aneh melihat Mo Qian Yuan yang sedang senyum sambil memandang langit.

Melihatkan ekspresi wajahnya, adakah ini bermaksud Putera Mahkota benar-benar sudah jatuh cinta pada gadis kejam itu?


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C74
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập