Tải xuống ứng dụng
7.52% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 67: Putera Mahkota (3)

Chương 67: Putera Mahkota (3)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Dalam sekelip mata seekor kucing hitam kecil telah bertukar menjadi harimau kumbang yang besar.

Badan harimau kumbang yang besar itu menghimpit badan Mo Qian Yuan sambil Jun Wu Xie berjalan ke sisinya.

"Saya tak biasa cakap merepek, jadi jika kamu tak bodoh, sebentar lagi kamu akan tahu apa yang sedang berlaku." Jun Wu Xie membongkok memegang dagu Mo Qian Yuan dengan jarinya yang runcing. Jarinya nampak lembut tetapi sebenarnya sangat kuat. Dengan pantas dia membuka mulut Mo Qian Yuan, menolak masuk sebiji pil dan memukul dada lelaki itu. Pergerakannya cepat dan tepat.

Sebelum Mo Qian Yuan sempat bertindak, dia sudahpun menelan apa yang Jun Wu Xie masukkan ke dalam mulutnya tadi.

"A…Apa kamu buat ni….?" Dia memandang gadis itu dengan matanya yang merah sambil jantungnya berdegup kencang. Dia tidak tahu apa rancangan Jun Wu Xie dan itu membuatkan dia berasa takut sedikit.

"Hitam Kecil, perhatikan dia." Jun Wu Xie tidak mempedulikan soalan itu. Dia berjalan ke kerusi batu di pavilion itu dan duduk dengan bersahaja.

Mo Qian Yuan masih cuba melepaskan diri dengan meronta-ronta. Harimau kumbang yang besar itu membuka mulutnya dan menderam memberi amaran. Kemudian harimau kumbang itu meletakkan giginya yang tajam di leher Mo Qian Yuan.

"Kalau dia cakap apa-apa lagi, gigit dia." Jun Wu Xie memberikan arahan kepada harimau kumbang itu tanpa sebarang emosi.

Harimau kumbang itu berdiri tidak bergerak-gerak sambil merenung lelaki di bawahnya.

Minda Mo Qian Yuan menjadi tidak keruan sambil dia berfikir. Ini hari lahirnya yang paling teruk sekali. Malam ini pastinya antara malam yang paling menyedihkan baginya, membiarkan seorang gadis kecil mengenakannya sebegini.

Di bawah ancaman harimau kumbang itu, dia perlahan-lahan menutup matanya serta menerima takdirnya.

Memang betul dia ini lelaki tidak berguna. Begitu cepat dia mengalah. Dia tidak berani bergerak walau sedikit..

Masa berlalu dengan perlahan. Mo Qian Yuan merasakan segala ketidakselesaan yang dihadapinya selama bertahun-tahun, rasa jijik seolah-olah ada semut menghurung badannya, segalanya semakin berkurangan.

Dia membuka matanya dan memandang Jun Wu Xie dengan ekspresi wajah yang terkejut.

"Kamu…."

"AUM!" Harimau kumbang itu memberikan amaran lagi sambil menekan leher Mo Qian Yuan.

Jun Wu Xie memberi pandangan sekilas dan berkata, "Hitam Kecil, lepaskan dia."

Sebaik Jun Wu Xie mengucapkan kata-kata itu, Mo Qian Yuan merasakan tekanan ke atasnya dilepaskan. Satu kelibat yang besar menuju ke arah Jun Wu Xie dan seekor kucing hitam kecil yang comel muncul semula di tangannya.

"Meow."

[Ugh, badannya berbau! Bau arak! Bau busuk buat saya rasa mahu mati!]

Jun Wu Xie membelai lembut bulu kucing itu.

"Itu...tidak...Kamu beri Beta makan apa? Kenapa Beta…?" Mo Qian Yuan sudah tidak merasakan ketenangan seperti ini sejak sekian lama. Keadaan ini berlaku terlalu tiba-tiba sehinggakan dia tidak tahu soalan apa mahu ditanyakan.

"Sesuatu yang boleh selamatkan nyawa kamu." Jun Wu Xie merasakan cara ini lebih mudah kerana kesannya dapat dilihat dengan cepat.

Mo Qian Yuan merenung Jun Wu Xie, jari-jarinya bergerak sedikit sambil dia bertanya, "Kenapa kamu mahu tolong Beta?"

Jun Wu Xie membalas dengan bersahaja, "Saya mahu kamu menentang Ayahanda kamu dan Mo Xuan Fei. Saya mahu kamu menaiki takhta supaya kamu boleh memastikan Keluarga Jun kekal selamat."

Kedudukan Maharaja sepatutnya ditukar sejak lama dahulu kerana Maharaja yang ada sekarang akan mangkat, Mo Xuan Fei juga akan mati. Memandangkan kerajaan ini memerlukan pemerintah, dia akan memilih pemerintah yang akan melindungi keluarganya.

"Kamu mahu Beta merampas takhta?" Mo Qian Yuan benar-benar terkejut. Dia tidak pernah menyangka hal sebesar ini akan dibincangkan secara bersahaja, malah dimulakan oleh Jun Wu Xie pula. Kata-kata bersifat pembelotan yang datang dari mulut gadis itu amat memeranjatkannya.

Jun Wu Xie mengangkat keningnya, "Kamu tak mahu?"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C67
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập