Tải xuống ứng dụng
4.94% DOKTOR GENIUS: CIK BERHATI HITAM / Chapter 44: Buku-buku Usang (2)

Chương 44: Buku-buku Usang (2)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Selamat datang!" Apabila pemuda kusut-masai itu terlihat ada orang membelek-belek barangannya, dia terus menyimpan bukunya dan tersenyum lebar. Walaupun mukanya comot, dia memberikan senyuman terbaik sebagai seorang penjual.

"Silalah tengok. Kalau ada apa-apa yang menarik minat kamu, beritahu saya!" katanya dengan penuh teruja.

Jun Wu Xie memaksa dirinya untuk senyum sambil bibirnya menipis. Dia masih berasa serba salah mengenai buku-buku ini sambil jari-jemarinya bermain-main dengan cincinnya yang semakin hangat.

"Apa yang kamu mahu untuk ditukarkan dengan buku-buku ini?" tanya Jun Wu Xie dengan nada dingin. Dia datang ke pasar ini dengan penuh harapan. Dia langsung tidak menyangka yang dia akan bertukar barang demi mendapatkan buku-buku berkebun yang sudah usang.

"Semua ini? Kamu mahu semua buku ini?" Pemuda kusut masai itu tersenyum lebar dan matanya bersinar dengan perasaan teruja, seolah-olah bakal mendapat keuntungan besar.

"Ya." jawab Jun Wu Xie, ringkas dan kasar. Apa yang dia mahukan hanyalah menyelesaikan hal ini secepat mungkin dan teruskan mencari buku teknik pertapaannya!

Pemuda kusut-masai itu tersengih sambil menghulurkan tangannya yang kotor dan menayangkan lima jari.

"Lima butir Mutiara Timur!"

"...." Jun Wu Xie merenung kosong ke arah pemuda itu, memandang buku-buku itu kemudian dengan pantas dia berpusing untuk berlalu pergi.

Sebutir Mutiara Timur itu sama nilainya dengan satu tan emas! Nilainya berjuta-juta keping duit syiling emas! Harga permulaan pemuda ini sangat melampau!

"Hei! Hei! Jangan pergi! Tunggu!" Pemuda itu terus menggelabah melihat Jun Wu Xie beredar.

Jun Wu Xie langsung tidak pedulikan pemuda itu dan terus berjalan. Cincinnya mula bersinar dan tiba-tiba terdapat satu ledakan cahaya yang terang.

"Jangan pergi! Jangan pergi! Jangan pergi!" Kedengaran satu suara yang resah tetapi lunak dari sisinya. Jun Wu Xie terperanjat sewaktu dia memandang lengan kanan bajunya.

TERATAI KECIL INI BERANI MELAWAN DIA?

Demi buku-buku usang ini dia berani melawan Jun Wu Xie dan bertukar rupa di khalayak ramai?

Sudahlah penampilan Teratai Kecil itu sangat menarik perhatian, kemunculannya yang diiringi ledakan cahaya yang terang di kawasan gelap seperti ini cukup untuk mengakibatkan kekecohan. Haruman teratai juga berlegar di udara, seiring dengan kemunculannya secara tiba-tiba itu. Ini telah menarik perhatian ramai orang yang berada di situ. Mereka semua berhenti berjalan dan mula meninjau-ninjau kawasan sekeliling.

Kalaulah dia tahu Teratai Kecil akan berperangai begini, Jun Wu Xie pasti sudah menghantarnya ke Dunia Roh yang diceritakan oleh Teratai Kecil dulu.

"Diam dan jangan bergerak." Jun Wu Xie berkata dengan geram. Tiada siapa tahu dia ada roh berkontrak dan jika rahsia itu terbongkar di sini, keadaan akan menjadi sukar.

Sewaktu dia dan Teratai Kecil sedang bercakap, pemuda kusut-masai itu berjaya mengejarnya. Pemuda itu membawa buku-buku yang Jun Wu Xie mahukan tadi.

"Tolong jangan pergi! Kalau kamu rasa harga itu terlalu tinggi, saya boleh beri diskaun. Macam mana kalau harganya empat butir mutiara?" Pemuda itu berlari di hadapan Jun Wu Xie untuk menghalangnya, sambil berusaha untuk menjual buku-buku di tangannya.

Jun Wu Xie tahu jika dia tidak membeli buku-buku itu, Teratai Kecil tidak akan membenarkannya pulang tanpa membuat kecoh . Dia mengeluh sambil memandang pemuda itu dan berkata, "Saya tak ada Mutiara Timur, cuma ada ubat-ubatan."

"Apa? Ubat?" Pemuda kusut-masai itu langsung tidak menyembunyikan kekecewaannya. Dia menggaru-garu kepalanya dan senyumannya perlahan-lahan hilang sambil dia merungut, "Saya nak buat apa dengan ubat dari tempat begini…"

"Lupakan sajalah kalau kamu tak ada Mutiara Timur." Dia berpusing dan melangkah pergi dengan lesu.

Sebaik dia berbuat begitu, Teratai Kecil mula buat perangai dengan meronta-ronta dan membuat kecoh.

Wajah Jun Wu Xie mula menjadi gelap.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C44
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập