Tải xuống ứng dụng
1.44% TAK MUDAH MENJADI LELAKI MENGEMBARA KE MASA DEPAN / Chapter 10: Serap Semuanya!

Chương 10: Serap Semuanya!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Doktor tentera itu tidak boleh dipersalahkan kerana menjadi gementar. Bayi berpangkat [SS] yang sangat jarang ditemui sekalipun hanya boleh menyerap sehingga tujuh tiub agen premium. Kali ini, pihak tentera telah membawa sepuluh tiub sebagai tanda penghormatan kepada pewaris Mejar Jeneral Ling Xiao. Pihak tentera percaya tidak kira betapa cemerlangnya pewaris Mejar Jeneral Ling Xiao, enam tiub sudah memadai. Tetapi Ling Lan terbukti bayi yang pelik kerana tidak menunjukkan tanda-tanda penyerapan penuh walaupun pada tiub kelapan.

Tiub kelapan disuntik ke dalam badan Ling Lan, dan prosesnya berjalan lancar seperti biasa. Apabila badan mula menjadi menyerap penuh, kesannya dapat dirasakan melalui proses suntikan. Sekiranya proses itu tidak terhalang, itu bermakna badan itu masih dapat menyerap lebih banyak agen. Tetapi jika proses itu seperti terhalang, ini menunjukkan penyerapan badan hampir penuh. Sekiranya agen tidak lagi boleh disuntik masuk, maka itu bermakna badan sudah menyerap penuh agen itu dan tidak dapat menyerap agen tambahan lagi.

Melihat Ling Lan berjaya menyerap masuk tiub kelapan, ekspresi tenang doktor tentera itu akhirnya berubah. Sambil membelakangkan Lan Luofeng dan Ling Qin, dia melontarkan pandangan penuh bermakna kepada pembantu di sampingnya, memberi isyarat untuk pembantunya menghubungi pegawai atasan mereka.

Doktor tentera merasakan dia telah melakukannya isyarat itu secara halus, tetapi malangnya tindakannya itu disedari oleh Ling Lan. Sudah tentu doktor tentera itu tidak terfikir untuk bimbang tentang Ling Lan. Apa yang difahami bayi berusia enam bulan? Dia tidak tahu Ling Lan ini seorang yang pelik, dengan kemampuan berfikir seperti orang dewasa sejak lahir.

Melihat tindakan doktor tentera itu, Ling Lan tahu ada sesuatu yang tidak kena. Bimbang kadar penyerapannya mungkin terlalu berlebihan, Ling Lan cepat-cepat bertanya pada Empat Kecil, 'Empat Kecil, ada sesuatu yang tak kena. Nampaknya kita menyerap terlalu banyak agen...mengapa kita tidak berhenti setakat ini saja?'

Setelah dapat merasa agen itu, Empat Kecil tidak mahu berhenti. Dia memberitahu Ling Lan, 'Jangan risau! Mereka bawa sepuluh tiub, bukan? Mereka bawa banyak tiub sebab mereka rasa kamu boleh serap agen sebanyak itu…' Empat Kecil merasakan pemikiran logiknya sangat hebat.

Ling Lan masih ragu-ragu. 'Kamu pasti? Bagaimana jika mereka hanya mahu bersedia? Mungkin hanya bayi iblis boleh menyerap agen sebanyak itu. Ini hanya permulaan, kita patut berhati-hati.' Tekaan Ling Lan itu benar, tetapi malangnya walaupun mereka berhenti sekarang, mereka sudah terlambat.

Empat Kecil masih tidak mahu berhenti. Agen ini barang berharga! Agen ini akan membantu menghilangkan bahaya tersembunyi yang mengancam Ling Lan. Jadi selepas berfikir, dia memutuskan untuk memberi tumpuan kepada masa kini dan memikirkan perkara lain kemudian, dan berkata, 'Saya akan aturkan beberapa helah semasa tiub kesepuluh dan badan kamu akan kelihatan seperti sudah menyerap penuh, jadi walaupun kadar penyerapan kamu luar biasa, mereka tidak akan curiga. Paling tidak, kamu hanya akan mendapat perhatian yang lebih sedikit semasa kamu membesar, dan kita boleh menarik kembali kadar penyerapan secara beransur-ansur pada masa akan datang supaya kesan pertama kali ini berkurangan.'

Sebelum Ling Lan mampu membalas, Empat Kecil meneruskan, 'Kamu patut tahu, menyerap sepuluh tiub agen ini bukan sahaja akan melipatgandakan kecekapan latihan kamu, tetapi juga akan menghapuskan masalah tersembunyi kamu sepenuhnya. Jadi kamu tidak perlu bimbangkan kuasa spiritual kamu melampaui badan fizikal kamu lagi.'

'Huh? Bukankah kamu cakap latihan Qi saya akan selesaikan masalah ini dalam masa dua tahun lagi? Apa yang kamu sembunyikan dari saya?' Ling Lan akhirnya merasakan Empat Kecil tidak menceritakan perkara sebenar.

Empat Kecil terdiam kerana menyedari dia telah terlepas cakap, dan akhirnya mengaku, 'Apa yang saya maksudkan, jika kuasa spiritual kamu tidak meningkat, masalah kamu akan diselesaikan dalam masa dua tahun. Tetapi kamu mesti faham, walaupun kamu tidak berlatih, kuasa spiritual kamu akan terus meningkat apabila kamu semakin dewasa.'

Ling Lan terperanjat. 'Bagaimana kamu boleh sembunyikan perkara ini dari saya? kamu tahu tak ini bahaya?'

Empat Kecil memandang ke arah langit dengan wajah yang tidak bersalah, 'Saya tak beritahu kamu? Saya terlupa agaknya…'

Ling Lan sangat berharap dia boleh menangkap dan menampar budak kecil itu. Malangnya, dia sudah berjanji untuk tidak menggunakan kekerasan, jadi dia hanya dapat menahan tangannya. Ling Lan tertanya-tanya dengan perasaan curiga. Adakah budak kecil tak guna ini tahu hari ini akan tiba jadi dia membuatkan Ling Lan berjanji untuk tidak menggunakan keganasan?

Dia menarik beberapa nafas dalam untuk menenangkan dirinya sebelum bertanya, 'Beritahu saya dengan jujur, dalam tempoh enam bulan ini, berapa banyak peningkatan kuasa spiritual saya?' Jika dia ditakdirkan mati, Ling Lan ingin tahu bagaimana dia mati, jadi dia tidak akan jadi hantu yang kebingungan.

'Sebenarnya, kuasa kamu hanya meningkat sebanyak ni…' Empat Kecil menunjukkan dengan jari-jarinya yang pendek dan gemuk betapa sedikitnya peningkatan kekuatan rohani Ling Lan.

'Hanya meningkat sebanyak itu, maksudnya tidak merbahaya?' Ling Lan bertanya dengan nada mengejek, tidak percayakan si nakal yang kuat menipu itu.

Empat Kecil menjadi lesu dan berkata dengan resah, 'Kalau bukan kerana agen itu kali ini, kamu akan sakit teruk dalam masa dua tahun. Walau bagaimanapun, selagi kamu teruskan latihan Qi kamu, saya anggarkan kamu akan pulih sepenuhnya selepas tiga tahun berlatih. Tapi sekarang kita ada agen ini, semua masalah tersembunyi sudah selesai, jadi tak akan ada masalah lagi.' Setelah berkata demikian, dia tersenyum manis, kepuasan jelas terlihat di wajahnya. Dia seolah-olah tidak menghiraukan perkara buruk yang mungkin berlaku jika mereka tidak menerima agen itu.

Melihat telatah Empat Kecil, Ling Lan berputus asa. Jika dia cuba berhujah secara serius dengan budak kecil itu, dia hanya akan membuatkan dirinya marah. Namun, dia tetap memberi amaran keras kepada Empat Kecil, tidak kira apa yang terjadi sekarang, dia mesti memberitahu Ling Lan segala-galanya. Dia tidak mahu tahu ada lagi ada kebenaran disembunyikan.

Empat Kecil cepat-cepat bersetuju, tetapi Ling Lan tidak tahu sama ada dia benar-benar akan memegang janji.

Secara jujurnya, Ling Lan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan Empat Kecil. Empat Kecil mendakwa dia pendamping jangka panjang berkontrak Ling Lan. Tetapi Ling Lan tidak mempunyai kuasa untuk mengakses program pembelajaran ruang belajar dengan sendiri. Maksudnya jika tiada kebenaran daripada Empat Kecil, dia tidak akan dapat membuka pintu mental yang mewakili kursus-kursus di dalam mindanya.

Kalau Ling Lan sama seperti orang lain, dia mungkin risaukan perkara ini, atau mengesyaki alat pembelajaran itu mempunyai motif tersembunyi. Walau bagaimanapun, Ling Lan ini orang yang sangat bertolak ansur. Jika dia tidak dapat membukanya, maka tidak bolehlah membukanya. Tidak perlu memaksa. Sudah cukup baik dia mempunyai seseorang untuk bersembang sewaktu dia bosan.

Dalam hatinya, Ling Lan tidak mempunyai cita-cita untuk menguasai orang lain. Yang dia mahu lakukan, hidup dengan selamat, bebas dan tanpa rasa sakit.

********

Tidak lama selepas itu, pembantu doktor itu kembali dari memberikan laporan. Dia mengangguk perlahan-lahan ke arah doktor tentera itu, mengisyaratkan yang dia harus meneruskan suntikan.

Setelah menerima persetujuan daripada pihak atasan, doktor tentera itu terus menyuntik tanpa perasaan bimbang. Dia benar-benar terkejut dengan kadar serapan luar biasa Ling Lan, tetapi dia juga risau bagaimana ingin menjelaskan keoada pihak atasannya tentang suntikan berlebihan yang digunakan.

Akhirnya, pada tiub kesepuluh, doktor tentera merasakan halangan semasa dia menekan picu itu. Akhirnya, dia tidak boleh lagi menyuntik lebih banyak agen walaupun hanya terdapat beberapa titis lagi di dalam tiub itu.

Hanya selepas itu doktor tentera itu mengeluarkan jarum, perlahan-lahan dia mengelap peluh di dahinya. Nasib baik bayi ini selesai menyerap agen setelah suntikan kesepuluh dan membiarkan mereka menyelesaikan misi mereka dengan jayanya. Bukannya tidak pernah ada bayi yang dapat menyerap sepuluh tiub agen, tetapi amat jarang perkara ini berlaku.

Pihak tentera tidak berada di situ lama dan mereka meninggalkan rumah itu. Mereka meninggalkan Lan Luofeng yang kebingungan dan Ling Qin yang mungkin tahu sesuatu.

********

Ling Lan tidak melepaskan pandangannya terhadap anggota tentera itu ketika mereka beredar, dan akhirnya dia lega. Tiba-tiba dia merasakan sesuatu yang berat di bahagian pundi kencingnya... dia kecewa. Dia tidak minum banyak susu pun kerana ibunya tahu dia akan diberi agen untuk diserap, jadi mengapa ada rasa mahu terkencing sangat?

Seolah-olah menyedari keperitan Ling Lan, Empat Kecil berkata dengan malu-malu, 'Saya takut pihak tentera akan menyedarinya, jadi saya tidak berani untuk buang kekotoran itu melalui kelenjar peluh, sebaliknya menyalurkan semuanya ke pundi kencing kamu…'

Dalam kata lain, dengan adanya segala kekotoran terkumpul di situ, tidak mungkin dia tidak terkencing.

Ling Lan tidak berpeluang untuk menjerit memanggil ibunya sebelum dia terkencing di atas tilam sekali lagi...

'Empat Kecil, siaplah kamu!' jerit Ling Lan.

Celaka! Bukan senang untuk dia kembali bermaruah dan kelihatan seperti bayi yang menawan hati dan comel. Tetapi hari-hari yang bahagia itu baru saja bermula dan sudahpun dihancurkan oleh Empat Kecil yang tidak berhati perut ini.

Ling Lan kembali bersedih. Terutama apabila dia mendengar ibunya menampar punggungnya dengan perlahan untuk mengusiknya kerana kencing di atas tilam lagi. Dia merasakan dunia di sekelilingnya semakin gelap tanpa harapan.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C10
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập