Tải xuống ứng dụng
2.66% SEMBANG GRUP PERTAPAAN / Chapter 28: Mencuba Segala-galanya dalam Situasi Terdesak!

Chương 28: Mencuba Segala-galanya dalam Situasi Terdesak!

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Tiga jam setengah kemudian…

Kedua-dua mata Song Shuhang cerah, tetapi badannya agak letih.

"Inilah bahan yang keempat puluh satu… akhirnya, hampir sampai ke bahagian akhir." Song Shuhang bergumam.

Dia tidak sangka dia boleh bertahan sehingga ke sini dalam percubaan pertamanya. Namun, keadaannya sekarang sudah hampir sampai ke batasannya. Selepas bahan ini, yang tinggal adalah Ranting Overlord Segar, hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang, Kristal Fros Jurang Lautan, dan Empulur Syaitan Salji, empat bahan ini. Dia pasti boleh bertahan sehingga ke akhir!

Dengan membuka penutup, dia menambahkan bahan keempat puluh satu ke dalam periuk.

Sebelum Song Shuhang sempat menutup periuk, sesuatu yang ganjil berlaku di dalam periuk makanan panas.

Apabila cecair ubatan kelabu yang terdiri daripada empat puluh bahan bertembung dengan yang keempat puluh satu, satu gelombang bau busuk dan hangus tiba-tiba meledak!

Periuk yang telah mengandungi lebih daripada separuh cecair ubatan mula meyejat dengan pantas, dan mengurang sebanyak satu per lima dalam masa yang pendek.

'Tsk, saya gagal ke?' Song Shuhang berfikir dengan sakit hati. Lagipun, disebabkan dia menambah air pada mulanya, dia sudah mengesyaki akan gagal sejak mula.

Namun, tiada masalah yang berlaku sehingga bahan ubatan keempat puluh satu, oleh itu dia masih ada sedikit harapan dan jangkaan di dalam hatinya. Ini sepatutnya sikap penjudi yang dipunyai semua manusia bukan?

Di mana pada masa ini, adakah dia akan gagal pada akhirnya?

'Tak, kejap, ia belum gagal sepenuhnya.' Song Shuhang nampak walaupun sedang menyejat, cecair kelabu itu masih bersungguh-sungguh melarutkan bahan yang keempat puluh satu itu.

Dia tahu dia harus berbuat sesuatu sekarang, dan kalau dia tidak berbuat apa-apa, ia betul-betul akan menjadi kegagalan.

Sebenarnya, bahan ubatan keempat puluh satu merupakan peringkat yang tersusah dalam penapisan 'cecair penyuai suhu badan versi mudah'.

Dari langkah ini seterusnya, ia sebenarnya fasa penghabisan 'cecair penyuai suhu badan versi mudah'. Empat bahan ubatan yang lain selepas ini tidak akan meningkatkan kesannya lagi.

Ranting Overlord Segar, hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang; Kristal Fros Jurang Lautan, Empulur Syaitan Salji. Dua yang pertama melambangkan Yang dan kekerasan, manakala dua yang selepasnya melambangkan Yin dan kelembutan. Empat bahan ini hanya digunakan untuk menulenkan 'Cecair Penyuai Suhu Badan'.

Langkah yang paling penting dalam penapisan cecair penyuai suhu badan ini ialah penulenan. Jika ia tidak disempurnakan, satu periuk cecair penyuai suhu badan itu paling baik pun akan menjadi satu periuk sup yang penuh berkhasiat, dan apabila diminum, hanya akan membuat seseorang itu berasa bagus, sementara, kesan cecair penyuai suhu badan akan dikurangkan dengan banyak. Tetapi, dengan penambahan langkah penulenan, sup yang penuh berkhasiat ini akan berubah menjadi cecair penyuai suhu badan, sama dengan perubahan ubat biasa menjadi cecair pertapaan.

Dan, bahan ubatan keempat puluh satu merupakan pemangkin untuk proses penulenan.

Langkah ini memang proses yang paling senang untuk gagal, dan Bulu Lembut telah ditewaskan berdozen-dozen kali.

Namun, apakah yang patut dilakukan untuk menghalang kegagalan yang akan berlaku?

Jika Mahaguru Ubat ada, dengan pengalaman dan kemahiran menapis pilnya yang hebat, dia pasti boleh mengubah arus dan menyelamatkan relau… tidak, untuk lebih jelas, sepatutnya periuk ini… yang mengandungi cecair penyuai suhu badan.

Bagaimanapun, Shuhang tidak ada pengalaman mahupun kemahiran yang dipunyai Mahaguru Ubat.

'Kadar penyejatan terlalu cepat, saya kena melambatkan proses ini. Saya akan tambah air!' Song Shuhang sedang mencuba segala-galanya dalam situasi terdesak ini dan menambah sesenduk air ke dalam periuk walaupun tidak mengetahui jika akan ada apa-apa kesan terhadapnya; sekurang-kurangnya, kadar penyejatan sudah berkurang dengan banyak.

'Masih tinggal empat bahan ubatan.'

Fikiran Song Shuhang berpusing dengan tergopoh-gapah.

Dari segi masa, tidak mencukupi untuk memulakan percubaan lain. Dia menjangka rakan sebiliknya akan kembali dalam masa sejam dua lagi. 

Sebenarnya, kalau mereka nampak dia mencuba untuk 'menapis pil' dalam dapur kecil mereka, dia tidak boleh menjamin rakan sebiliknya yang bersemangat itu tidak akan mengikatnya dan membawanya ke hospital mental yang terdekat.

Berdasarkan fakta, mereka sangat bersemangat sehingga dia telah memberi sepuluh kad kawan baik kepada setiap individu, kebarangkaliannya sangat tinggi.

'Saya akan cuba menambahkan semua bahan yang tinggal itu sekali gus. Lagipun, ia hampir menjadi kegagalan, paling banyak pun saya akan menganggap ini sebagai satu pengalaman tambahan,' Song Shuhang memutuskan.

Pertapa Bebas Sungai Utara dan Bulu Lembut di dalam grup telah gagal beberapa kali. Kalau dia berjaya pada percubaan pertama walaupun merupakan amatur, itu mungkin tidak masuk akal.

Dia membuka penutup periuk.

Empat bahan ini — Ranting Overlord Segar, hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang, Kristal Fros Jurang Lautan, dan Empulur Syaitan Salji — dibuang ke dalam periuk sekali gus oleh Shuhang.

Dia menutup penutup periuk!

Selepas itu, Song Shuhang menyaksikan satu periuk panas yang mengandungi elemen yang tidak sepadan, api dengan ais. Ranting Overlord Segar, hirisan Buluh Api Merah Sembilan-Yang… kedua-dua ini melarut menjadi sebahagian cecair itu dan menjadi merah setelah dipanaskan, seperti ia akan terbakar. Bahagian cecair ubatan ini mendidih dan menyejat dengan lebih cepat, dengan stim yang dilepaskan seperti air pancut melalui lubang udara penutup.

Manakala, bahagian luaran Kristal Fros Jurang Lautan dan Empulur Syaitan Salji mempunyai retakan setelah dipanaskan dan cecair biru berterbangan keluar daripadanya. Suhu cecair biru ini kelihatan seperti sangat rendah dan apabila ia bergabung dengan cecair bahagian yang lagi satu, ia mengurangkan kepanasan cecair ubatan yang sedang mendidih.

Suhu bahagian tenang cecair menjadi semakin rendah, manakala bahagian yang mendidih itu menyejat dengan lebih cepat. Tanpa dijangkakan, dua bahagian cecair ubatan itu menunjukkan tanda pemisahan.

'Saya tidak boleh bagi mereka pisah'. Song Shuhang berfikir dan meningkatkan suhu dapur elektrik dengan segera, sebagai cubaan untuk mendidihkan bahagian yang sudah disejukkan sekali lagi.

Apabila kepanasan meningkat, kadar penyejatan cecair ubatan juga meningkat. Dalam kurang dari satu minit, hanya tinggal kurang dari satu per tiga daripada asal separuh periuk cecair.

Ia akan menyejat habis dalam paling banyak sepuluh hembusan nafas.

"Ia sudah gagal sepenuhnya," Song Shuhang ketawa. Dia sudah bersedia secara mental, oleh itu, dia tidak kisah untuk gagal.

Dia menghulurkan tangan, bersedia untuk menutup suis dapur elektrik. Kalau ini berterusan, periuk akan menjadi hangus.

Semasa menghulurkan tangan, dia berhenti — dia boleh nampak walaupun cecair ubatan itu sedang menyejat dengan pantas, ia tidak berpisah, dan sebaliknya mula bergabung.

Disebabkan kejadian yang tidak dapat dijelaskan ini, Song Shuhang memutuskan untuk tidak menutup api dan sebaliknya memilih untuk meningkatkan suhu api sampai maksimum.

Mengambil risiko pada masa ini dan meningkatkan suhu, baik dia menyebabkan cecair itu bergabung sekali gus, dan memaksa empat puluh lima bahan ubatan ini mengalami penulenan! Dengan cara ini, mungkin dia boleh mendapatkan sedikit pes sebelum cecair ini menyejat sampai habis?

Dengan api dibuka sampai maksimum, suatu bunyi yang pelik dihasilkan.

Di dalam periuk panas, ais dan api dicampur bersama, menghasilkan bentuk yang cantik. Dua jenis cecair ubatan yang berbeza sedang mendidih semasa periuk bergetaran.

Akhirnya, malah Shuhang pun tidak dapat tengok perubahan di dalam periuk sebab penyejatan cecair ubatan membentuk lapisan hasil penyejatan yang tebal pada penutup kaca bajaan.

"Titis, titis…" Inilah bunyi bahan ubatan mendidih; selang masa di antara bunyi yang terhasil tepat satu saat.

Song Shuhang sekali lagi mengeluarkan telefon bimbitnya dan memandang masa.

Oleh sebab dia tidak nampak situasi di dalam periuk, dia hanya boleh mengira masa dan bercadang untuk menutup dapur elektrik dalam masa lima minit.

Tiga minit, dua puluh tiga saat.

"Bang…!"

Pada masa itu, suatu daya tiba-tiba terkeluar daripada periuk, menyebabkan penutup itu berterbangan jauh.

Sekejap lagi, sekelompok awan hitam memancut keluar dan menyelubungi seluruh dapur kecil itu, suatu bau yang tajam menyerang lubang hidungnya.

Bau itu terlalu hancing, seperti pelbagai bau busuk di dunia telah digabungkan menjadi satu. Dengan hanya menarik nafas, seseorang itu akan muntah.

"Ugh…" Song Shuhang memicit hidungnya sambil menutup dapur elektrik dengan tergesa-gesa.

"Busuknya!" Walaupun dia sudah memicit hidung dan menahan nafas, bau hancing yang pelik itu masih tersekat di dalam hidungnya dan susah untuk dihilangkan.

Dia berlari dengan segera ke tingkap dan membukanya. Kalau dia tidak dapat udara yang segar, mungkin dia terpaksa menunggu rakan sebiliknya untuk pulang dan mengangkat mayatnya—punca kematian ialah sesak nafas disebabkan bau hancing.

Setelah tingkap dibuka, awan hitam pun terapung keluar dan bau hancing dalam dapur tersebar dengan perlahan.

"Bau ini, tidak dapat digambarkan dengan perkataan. Tambahan lagi, ia meninggalkan rasa yang pekat dalam mulut," Shuhang mengeluh. Dia rasa dia tidak akan melupakan bau ini walaupun selepas tiga hari. Bukan itu sahaja, adakah dia boleh makan apa-apa selepas ini?

'Kesan membunuh daripada kegagalan menapis cecair ini amat menakutkan, malah ia boleh digunakan untuk menjadi senjata biologi. Jika bau ini boleh dikumpulkan, saya boleh melepaskannya ke dalam rumah sesiapa yang menyinggung perasaan saya. Ia pasti akan menjadi kenangan yang tidak boleh dilupai.' Song Shuhang memerli diri sendiri.

Di lantai, penutup periuk sedang bergolek-golek. Nasib baik tidak berlaku kecederaan sebab ini kaca bajaan. Kalau tidak, dia mungkin perlu mengeluarkan wang untuk membayar pampasan kepada kolej.

Semasa mengangkat penutup, Shuhang berasa pening seketika sementara perasaan penat tersebar keluar. Ini kepenatan yang terkumpul selama hampir empat jam.

Dia memegang meja dengan segera dan duduk dengan perlahan.

Selepas berehat seketika, dia memicit hidungnya dan memandang periuk itu. Dia hendak tahu bagaimana rupanya cecair ubatan yang sudah gagal sampai ia boleh melepaskan bau yang begitu busuk.

Di dalam periuk panas, cecair ubatan yang mulanya sebanyak separuh periuk sekarang hanya tinggal satu lapisan yang nipis.

Warna hitam, lutsinar, dan mengeluarkan bau hancing yang kuat.

'Satu pes bijian hitam yang sedikit lutsinar. Cuma ia sangat hancing.' Song Shuhang mengadu dalam hati.

"Eh? Ini… kenapa?" Dia tiba-tiba terfikir balik sesuatu dan cepat mengeluarkan buku notanya yang diguna untuk mencatatkan resipi Mahaguru Ubat.

Cecair ubatan akan menjadi satu pes, dengan hasil produk yang hitam tapi lutsinar, dan mengeluarkan bau yang busuk. Inilah cara Mahaguru Ubat menerangkan Cecair Penguat Badan Versi Mudah yang sempurna.

Ia kelihatan... seperti sama dengan 'benda' yang dia telah tapis???


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C28
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập