Tải xuống ứng dụng
11.29% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 87: Senja Musim Dingin (Bahagian I)

Chương 87: Senja Musim Dingin (Bahagian I)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Sedia—! Tujah!"

Van'er memaksa dirinya untuk menujah ke hadapan. Dia menggenggam erat batang lembingnya dengan kedua-dua belah tangan sambil menggeletar ketakutan sehingga lembing itu sendiri bergoncang. Di hadapannya sekarang ada seekor serigala iblis. Bulunya tebal dan bebola matanya yang merah tersembul dari mukanya. Mulutnya menyeringai, menampakkan dua baris gigi taring dan gigi taringnya yang terpanjang pun sebesar ibu jari Van'er. Ini kali pertama dia bersemuka sedekat ini dengan makhluk iblis. Ia cuba menyerang Van'er dengan kukunya yang tajam dan muka garang yang diselaputi emping salji.

Van'er terasa otaknya seolah-olah kosong. Dia hanya bergerak berpandukan naluri yang dipelajari semasa sesi latihannya dahulu. Dia tidak sedar betapa ketatnya dia menggenggam batang lembing itu dan terus menyerang tanpa henti. Masa seakan-akan berhenti bergerak dan lembing itu juga sudah semakin membengkok. Lembing itu ditusuk ke dalam perut serigala itu dan Van'er merasa kuku haiwan itu boleh merobek pipinya sehingga koyak pada bila-bila masa sahaja.

"Krakk!" Akhirnya lembing itu patah dua kerana tidak mampu bertahan setelah ditusuk berkali-kali ke dalam serigala itu. Bunyi itu juga menyedarkan Van'er daripada lamunan dan dia melihat makhluk itu tersungkur. Ia cuba lari dengan memanjat tembok kota tetapi kukunya menggagau-gagau, jadi ia terhumban jatuh dengan serpihan batu tembok kota berterbangan lalu terhempas hancur atas tanah dengan separuh lembing Van'er tertonjol keluar dari perutnya.

"Skuad Senapang Batu, selesai masukkan peluru!"

"Tembak!"

Serta-merta dua laras senapang muncul di sebelah Van'er. Dia terus berundur ke belakang dan menundukkan kepala untuk mengelak daripada terkena serpihan bedilan dan asap serbuk api. Tetapi dia tidak sempat menutup telinganya.

Sejurus selepas senapang ditembak, Van'er kembali semula ke barisan hadapan dan dia terus melihat bangkai pelbagai makhluk iblis bergelimpangan di kaki tembok. Dia terasa ada seseorang mencucuknya dari belakang. Dia berpusing dan melihat rakan sepasukannya tersengih bangga.

Dalam hati Van'er terfikir 'Awak baru seminggu dapat pegang senapang itu. Tak payah begitu berlagak.' Van'er memberi pandangan tajam seraya berpusing kembali untuk menghadap medan pertarungan. 'Nanti apabila angkatan meriam Putera Roland ditubuhkan, baru awak akan tengok senapang dalam tangan awak itu macam batang kayu sahaja.'

"Van'er, ambil ini." Cakar Kucing menghulur lembing baru kepada Van'er. "Makhluk-makhluk iblis ini sangat gila bukan? Sudah hampir dua atau tiga jam mereka menyerang kita tanpa henti."

"Sejak mula lagi mereka memang sudah tidak siuman," jawab Van'er. Dia menyambut lembing itu dan memegangnya dengan tegak sementara menunggu serangan seterusnya. "Pukul berapa sekarang agaknya?"

"Hampir waktu tengah hari." Cakar Kucing mengeluh. Apabila menyedari Si pemburu itu tidak memandang ke arahnya, Cakar Kucing memusingkan kepalanya ke kiri dan kanan sambil bertanya, "Mana Jop? Mana adik-beradik Rodney?"

"Jangan alihkan pandangan. Awak mahu diterkam serigala iblis?" Van'er menengking. "Mereka sudah ditugaskan ke bahagian tembok kota lain, mungkin dalam kumpulan ketiga atau keempat. Oh, ya. Kenapa awak ada dalam kumpulan pertama?"

"Sebenarnya saya dalam pasukan simpanan." Cakar Kucing tergelak lalu menyambung, "Jika saya diperlukan, baru saya akan datang membantu. Tadi ada askar cedera, jadi saya datang untuk…"

"Sedia—!" Arahan pemburu pemerhati itu memotong kata-kata Cakar Kucing. Van'er melihat puluhan ekor makhluk iblis menghampiri pantas. Kini dia sudah semakin arif mengenal pasti jenis-jenis makhluk iblis yang ada. Gerombolan yang mendekati mereka sekarang ada dua ekor serigala iblis, seekor beruang iblis, dan yang lain terdiri daripada khinzir liar dan rubah jadi ia tidak begitu mengancam tembok kota mereka.

"Tujah!" Namun Van'er masih akur kepada arahan itu dan menujah lembing serentak dengan rakan sepasukannya. Seperti dijangka, lembingnya hanya menikam ruang kosong. Selepas menarik semula lembing, ekor matanya melihat askar lain daripada pasukan satu sudah membunuh serigala iblis. Semasa makhluk iblis yang bergerak lebih perlahan berkumpul sekeliling tembok kota itu, Skuad Senapang Batu menghimpit Van'er sekali lagi lalu melepaskan tembakan ke bawah.

Mereka sudah mengulangi pergerakan mereka sejak subuh lagi. Semasa semboyan mula-mula dibunyikan, kebanyakan orang masih tidur. Van'er menguap. Kali ini serangan makhluk iblis lebih buas berbanding sebelumnya. Biasanya mereka hanya perlu menewaskan satu atau dua gerombolan makhluk iblis tetapi hari ini, bangkai makhluk iblis sudah bertimbun di sepanjang kaki tembok kota. Selepas beberapa lama, mereka digantikan angkatan tentera awam kedua jadi mereka berpeluang untuk berehat sebentar dan makan, sebelum kembali ke tembok kota itu.

Apa yang menghairankan Van'er, dirinya bersikap lebih tenang daripada yang dia sangkakan. Dia menarik lembing selepas mendengar arahan dan membiarkan Skuad Senapang Batu mengambil alih, seperti latihan mereka semasa masa aman. Semua peraturan dan pergerakan itu dahulunya dianggap begitu aneh, tetapi rupanya ia sangat berguna, malah sangat berkesan.

Askar lain juga bertindak sama seperti Van'er, menggenggam lembing erat dengan raut wajah serius. Ada segelintir askar simpanan kelihatan gementar, tetapi mereka masih berdiri teguh dan tiada seorang pun mengundurkan diri.

Van'er tahu latihan harian mereka yang berulang-ulang kali memberikan mereka keyakinan, tetapi semangat mereka berkobar-kobar khusus kerana Baginda Putera Roland. Selepas Skuad Senapang Batu melepaskan tembakan, Van'er mencuri pandang ke arah menara pemerhati di tengah tembok kota – tempat berdirinya putera mereka.

Selepas semboyan dibunyikan, Putera Roland bergegas ke tembok kota dan berdiri di sana untuk memantau pertempuran tanpa berehat sesaat pun. Walaupun selepas Van'er digantikan untuk memberi peluang rehat dan makan, dia mendapati putera raja itu masih kekal di menara pemerhati itu. Makanannya pula dihantar kepada Baginda oleh ketua kesateria.

Van'er teringat pemerintah terdahulu akan cepat-cepat melarikan diri dengan menaiki kapal sebelum Bulan Kunjungan Iblis bermula. Orang bangsawan lain akan turut berpusu-pusu atas kapal itu. Golongan terakhir yang dapat lari ialah orang awam. Jika mereka mampu membayar beberapa keping perak, mereka akan dapat menaiki kapal itu juga. Tetapi jika mereka tiada duit, mereka terpaksa berjalan kaki sendiri ke Kubu Longsong. Apabila mengenang perkara itu, Van'er tiba-tiba kembali bertenaga.

Ya, mereka kini ahli angkatan tentera awam diraja putera Graycastle, jauh berbeza daripada pasukan peronda Pekan Sempadan dahulu. Hanya kerana mereka dilengkapi senjata dan baju kebal, ahli pasukan peronda sering membuli orang awam di Daerah Baru dan Lama serta memeras ugut pedagang asing.Menurut pendapat Van'er, selain dua kaptennya, ahli pasukan peronda lain tidak jauh bezanya daripada samseng jalanan. Sebaliknya, angkatan tentera awam yang diketuai Putera Roland sudah menjadi pasukan handal dan berkebolehan menghalang makhluk iblis di luar Pekan Sempadan daripada menceroboh pekan mereka. Dahulu hanya Kubu Longsong mampu berbuat demikian.

Tengok sahaja si Fish Ball, pengecut terkenal di Daerah Lama yang sering diejek orang lain. Sejak dia menyertai angkatan tentera awam kedua, dia sudah menjadi cukup berani untuk melawan makhluk iblis dengan lembing. Fermi pula, dengan badan setinggi jerangkung tetapi lembab bergerak turut menjadi bahan lawak penduduk Daerah Lama. Tetapi kini dia mengendalikan lembing dengan penuh tangkas, malah jauh lebih berkemahiran berbanding orang lain. Van'er tahu Fermi sering menambah 100 kali tujahan lagi selepas yang lain selesai berlatih kerana Putera Roland pernah berkata kepadanya, "Anak burung cemerkap mesti belajar terbang lebih awal. Jika mahu berjaya, kita mesti berusaha dua kali ganda lebih kuat daripada orang lain agar dapat mengatasi mereka."

Pada awalnya Van'er mengigihkan diri hanya kerana dua biji telur tetapi kini dia berasa sangat bertuah kerana berpeluang menyertai angkatan tentera awam. Setiap hari tentu ada sahaja perubahan walaupun kecil, dan setiap hari juga dia tentu ada kemajuan. Van'er yakin bukan dia seorang berasa begini. Dia tidak tahu bagaimana mahu menggambarkan perasaan ini. Mungkin dia hanya boleh mengulang semula kata-kata yang sering dituturkan Putera Roland semasa sesi latihan mereka—"Awak semua memang pasukan luar biasa."

"Hoot— Hoot—" Van'er tiba-tiba terdengar dua tiupan singkat, isyarat untuk makhluk iblis kacukan. Dia melihat di kejauhan dan ternampak seekor makhluk iblis kacukan berkepala singa dan dua sayap, mirip raksasa yang pernah menceroboh pekan mereka dahulu. 'Ini sudah raksasa kedua,' fikirnya dalam hati. Tetapi kali ini berbeza. Selain Skuad Senapang Batu, mereka sudah ada jauh lebih banyak sokongan.

Van'er berpusing sedikit dan dari ekor matanya, dia melihat sekilas seorang gadis berambut perang cerah pendek terapung di sebelah putera itu.


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C87
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập