Tải xuống ứng dụng
10.9% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 84: Istana Bawah Tanah Hermes

Chương 84: Istana Bawah Tanah Hermes

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Ketua Biskop Mayne menuruni sebuah tangga berbirai menuju ke tingkat bawah tanah.

Tangga itu setinggi kira-kira empat kali ganda menara tertinggi katedral dan bergaris pusat kira-kira 20 meter. Ia dibina dalam lubang dolina yang terbentuk semula jadi dan mengarah ke sebuah istana bawah tanah yang sangat luas dan terletak di kawasan strategik. Mulut tangga itu disinari cahaya matahari yang memancar melalui kaca jendela di bumbung kubah tinggi, dan menyimbah anak-anak tangga yang berbelit itu dengan cahaya yang kelam.

Semakin dalam ketua biskop itu menuruni tangga, warna-warnanya menjadi lebih gelap dan berbaur dengan warna permukaan batu dinding. Namun dari tengah bulatan itu, ada cahaya biru memancar samar-samar. Lama-kelamaan cahaya itu menjadi semakin terang. Jika seseorang menuruni tangga itu tanpa jamung sekalipun, dia tidak akan ada masalah untuk melihat di dalam kegelapan lubang itu.

Anak tangga itu berpusing seperti seekor ular membelit keliling lubang benam itu dan membalut kemas permukaan batunya.

Anak-anak tangga itu diperbuat daripada batu granit yang dipotong dalam bentuk segi empat tepat dan setebal empat sentimeter. Ia cukup lebar untuk tiga orang berdiri sebelah-menyebelah. Bahagian kiri tangga itu dibenamkan jauh ke dalam permukaan batu sementara bahagian kanannya kosong tanpa sebarang sokongan kecuali pemegang-pemegang kayu yang dihubungkan bersama dengan tali.

Dia tidak mengira ada berapa banyak anak tangga yang ada, tetapi dia pasti setiap kepingan batu itu telah diletakkan dengan penuh rapi. Semasa pembinaannya, tukang-tukang batu gereja itu bergantungan dari tali agar mereka boleh memahat alur-alur cukup dalam dan menanam satu demi satu kepingan tangga itu dengan ketat. Setiap pergerakan perlu dibuat dengan berhati-hati. Lebih 300 orang terkorban hanya kerana mereka tergelincir atau tali mereka terputus.

Jika Katedral Hermes di atas permukaan melambangkan utuhnya kekuatan gereja, jadi istana bawah tanah yang tersembunyi dalam lubang benam itu pula bertindak sebagai teras sejati gereja itu.

Lantai batu di atas tangga itu menempatkan Batu Pembalasan Tuhan yang berkilau-kilau. Seorang pengawal Perajurit Agama berkawal di setiap seratus anak tangga. Di dalam istana itu sendiri, ada satu platun Perajurit Agama Tentera Tuhan yang sedia menyerang sesiapa sahaja yang berani menceroboh. Di tingkat tengah antara kubah istana itu serta lantai katedral, ada bertimbun-timbun beg pasir serta batu kerikil. Sekiranya ditakdirkan Kota Suci ditawan musuh dan semua orang perlu melarikan diri, Paus akan memasang perangkap dan menimbus tempat ini dengan batu kerikil dan pasir.

Ini bukan kali pertama Mayne memasuki istana bawah tanah Hermes, tetapi udaranya semakin menebal lalu membuat dia merasa pening, lebih-lebih lagi apabila dia memandang ke arah pemegang tangan di sebelah tangga itu. Dia terasa begitu gayat.

Sebaik sahaja kakinya menjejak tanah, barulah dia menarik nafas lega.

Di dasar lubang benam itu, ada sekeping batu kikir bulat gergasi berwarna putih dengan permukaan selicin kaca. Ia begitu licin sehingga dapat mencerminkan orang yang melihatnya. Kebijaksanaan tukang yang mengukir batu ini memastikan batu kikir ini boleh menumpukan lalu memantulkan cahaya dari jendela kubah di atas. Jadi walaupun dasar lubang benam ini tidak ada satu batang obor pun, ia masih terang-benderang.

Di dasar lubang benam itu, cahaya matahari bukan berwarna putih biasa. Batu kikir itu melantunkan cahaya biru pudar yang menyinari seluruh lubang benam itu dengan redup. Apabila diperhatikan lebih dekat, ada ribuan butir debu berpusar-pusar dalam cahaya terang itu, seolah-olah pari-pari kecil yang diperkatakan dalam kitab-kitab purba.

Gereja itu mempergunakan bukaan semula jadi di dasar lubang benam itu bersama permukaan batu lalu mengoreknya lebih jauh lagi bagi membina istana bawah tanah Hermes ini. Dengan bukaan yang mengarah ke pelbagai hala, udara di bawah sana sentiasa segar dan tidak kepam.

Sebaik sahaja Mayne melangkah masuk ke gerbang istana bawah tanah itu, platun pengawal memperkemaskan barisan mereka. Sekumpulan lima orang askar Perajurit Agama mengawal setiap sempadan. Mereka perwira paling setia kepada Gereja Inggeris. Sebaik menerima tugasan ini, mereka akan menghabiskan seumur hidup mereka di dalam istana bawah tanah itu tanpa berpeluang untuk ke permukaan atas lagi.

Malah selain dia sendiri, hanya Paus sahaja boleh keluar masuk istana ini dengan bebas. Ketua Biskop Heather dan Ketua Biskop Tayfun juga tidak dibenarkan masuk ke tempat ini.

Namun Mayne masih tidak tahu ada berapa cabang laluan dalam istana ini. Selain laluan utama menuju ke selatan ini, ada banyak lagi laluan sempit di tepinya. Jika kita ambil satu cabang, ia akan berpecah menjadi lebih banyak cabang lagi nanti. Ada laluan yang memang digunakan gereja tetapi ada juga yang sengaja ditutup. Mayne pernah mendengar cerita semasa istana ini dibina, ada beberapa tukang sesat dalam cabang-cabang laluan itu dan mereka tidak pernah ditemui lagi sehingga sekarang.

Laluan lurus itu menuju ke arah kedalaman kaki gunung. Ada sekatan diletakkan setiap 100 meter. Mayne tahu kawasan yang dipisahkan sekatan itu ada fungsi tersendiri. Kawasan paling luar menempatkan pengawal yang menjaga istana bawah tanah ini. Kawasan selepasnya merupakan arkib untuk dokumen, manuskrip, serta kitab-kitab purba yang masih wujud lagi. Kawasan paling dalam pula sebuah penjara yang mengurung banduan yang tidak boleh dilihat orang serta…yang tidak sepatutnya berada di sana.

Selepas Mayne melalui sekatan ketiga, Mayne berhenti berjalan. Jika dia berjalan lebih jauh lagi, dia akan sampai ke Kawasan Rahsia Penting gereja itu, tempat asal-usul semua penemuan dan ciptaan Gereja Inggeris. Dia pernah pergi tempat itu sekali sahaja semasa dia mula-mula menjadi Ketua Biskop tiga tahun lalu dan semenjak itu, dia tidak boleh masuk lagi ke pustaka itu tanpa izin Paus.

Mayne membelok kiri dari laluan utama itu dan memasuki sebuah lorong sempit.

Lorong itu sangat pendek. Tidak lama kemudian dia sampai ke penghujungnya. Pengawal di pintu itu memberi tabik hormat. "Yang Mulia."

Mayne menggangguk. "Buka pintu."

Pintu itu dibuka ke sebuah koridor. Jamung berapi bergantungan di dindingnya dan mengunjur seperti barisan cahaya tanpa penghujung sepanjang koridor itu. Jamung-jamung itu diselangi pintu-pintu kayu tebal yang mempunyai sekeping plat nombor di atas setiap satunya.

Askar Perajurit Agama itu mengangkat sebuah jamung tinggi dan berjalan di hadapan Mayne sementara Mayne membaca setiap satu nombor pada pintu-pintu itu. Setibanya dia di pintu bernombor 35, dia berhenti dan membuka pintu itu dengan kunci. Pintu itu berkeriut kuat apabila bergeser dengan lantai besi dan bunyinya bergema memecahkan kesunyian koridor kosong itu. Sekonyong-konyong kedengaran jeritan suara lelaki dan wanita meminta tolong. Tetapi jika didengari dengan lebih jelas, sebenarnya mereka semua merintih "Lepaskan saya!", "Selamatkan saya!", atau "Bunuh saya saja!"

Mayne tidak menunjukkan sebarang perasaan. Dia mengarahkan askar tadi mengawal pintu hadapan lalu masuk dan menutup pintu itu lalu menenggelamkan semua raungan tadi.

Di sebalik palang besi, ketua biskop itu memerhati seorang orang tua yang duduk di atas katil. Usianya tidak begitu tua, tetapi rambutnya sudah menipis kelabu dan dahinya berkedut seribu. Dia sudah lama tidak dapat bercukur dan janggutnya melurut panjang sehingga ke lehernya. Kulitnya pucat lesi dan kaki serta tangannya kurus keding seperti ranting kering.

Mayne mengerling ke arah kotak makanan di sebalik palang penjara itu, dan mendapati makanan di dalamnya tidak terusik. Dia mengeluh lalu berkata, "Awak tidak boleh menyeksa diri begini. Gereja kami sentiasa memberikan makanan terbaik. Semua makanan awak disediakan mengikut kebiasaan keluarga diraja, kecuali tidak ada wain. Malah ikan ini sendiri ikan kod terbaik dari Pelabuhan Air Bening. Awak sepatutnya sudah biasa makan sebegini. Bukankah begitu, Tuanku Raja Wimbledon?"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C84
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập