Tải xuống ứng dụng
9.22% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 71: Si Pengintip (Bahagian II)

Chương 71: Si Pengintip (Bahagian II)

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

Selain api di pendiang, ada satu lagi pemegang lilin kayu mahogani di atas meja Barov. Bahagian atas pemegang lilin itu bercabang empat, cabang tengah yang tertinggi dan tiga lagi cabang lain berbentuk segi tiga. Setiap cabang mempunyai sebatang lilin yang sedang menyala, apinya menari-nari dengan senyap, sama senyap seperti puncak gunung yang berais dan berkilau.

Bilik itu semerbak dengan bau minyak kayu pain. Haruman daripada kayu reput yang manis dan lembab itu membuatkan mata Barov berat. Tetapi dia sudah cukup bersyukur dapat menikmati keadaan sebegini di Pekan Sempadan. Tanah tandus ini tidak mengenal erti gaya hidup anggun dan mewah, setakat mendapat bumbung untuk berteduh pun sudah cukup baik, apatah lagi di sini Barov memiliki beberapa buah rumah.

Pejabat kerjanya terletak di kompaun tidak jauh dari istana, tempat yang dibina pemerintah terdahulu untuk dijadikan Dewan Perbandaran. Tetapi apabila pemerintah itu pergi, dia membawa bersama orang-orangnya dan kini tempat itu sudah diambil alih oleh pembantu menteri itu.

Bunyi kuisan pena di atas kertas kekulit dan desiran angin kencang di luar tingkap seolah-olah berlaku di dua dunia berbeza. Barov terkial-kial cuba menulis di atas meja kayu yang penuh dengan buku dan kertas kekulit lama. Ada dua meja panjang lebih rendah di tepi tetapi sudah ditimbuni manuskrip. Apabila perlu, Barov akan memanggil pembantunya untuk menggunakan meja rendah itu bagi menyusun maklumat atau menulis rangka kasar surat.

Lilin dalam pemegang kayu mahogani itu sudah tiga kali digantikan. Barov tidak bangkit dari kerusinya kecuali untuk menukar lilin. Masa begitu berharga untuknya. Ada satu timbunan dokumen yang menanti untuk ditangani, dan perbelanjaan kewangan Yang Amat Mulai juga perlu dinilai dengan teliti.

Sekarang secara puratanya, Barov sudah bekerja selama 10 jam setiap hari, tetapi dia tidak rasa penat langsung. Sebaliknya, dia mendapat kebebasan untuk bekerja sendiri dan ini mendorong kerajinannya. 'Beginilah rasanya mempunyai kuasa,' fikirnya dalam hati. Dia sudah tidak perlu lagi meniru setiap gerak-geri gurunya. Semua pembantu mesti mematuhinya. Tiada siapa berani menghalang dia atau mencari pasal dengan dia. Asalkan dia melaksanan arahan Yang Amat Mulia Putera Roland, dia berkuasa menentukan kaedah pentadbiran yang khusus.

Tetapi kalaulah semua arahan putera itu tidak aneh sebegini. Bibir Barov mencebik sedikit. Contohnya, dokumen di hadapannya sekarang mempunyai cop mohor Putera Roland dan mengandungi arahan untuk menghantar orang ke Bandar Raya Willow bagi merekrut kakitangan pengurusan dan juga untuk membeli kapal bertiang layar dua. Perkara kedua turut menyatakan: "Berkenaan harganya pula, jawatan kapten, jurumudi, dan kelasi tidak perlu diambil kira."

Barov tidak tahu sama ada mahu ketawa atau menangis selepas membacanya. 'Tanpa anak kapal, bagaimana mereka mahu bawa balik kapal itu? Adakah mereka perlu berjalan balik selepas membawanya ke sini? Kenapa pula kita perlu beli kapal? Inilah perkara yang paling membingungkan. Perdagangan di antara Pekan Sempadan dan Bandar Raya Willow sudah cukup mantap. Jika Baginda mahu meningkatkan perdagangan bijih selepas musim sejuk, suruh sahaja mereka tambahkan bilangan kapal. Pembelian kapal bukanlah keputusan yang bijak. Sudahlah jeti pekan itu hanya boleh digunakan untuk berlabuh sahaja. Tanpa keselamatan sebuah limbungan serta khidmat kelasi untuk menjaganya, kapal itu akan terbengkalai sahaja kelak. Ini hanyalah salah satu idea gila Baginda, bukan?'

Namun bagi permintaan pertama, Barov memahami kewajarannya.

Buat masa ini semua orang di Dewan Perbandaran sangat sibuk. 12 orang yang dibawa oleh Barov sudah dipertanggungjawabkan dengan pengawalseliaan perdagangan, laporan statistik, serta penyelesaian pendapatan dan perbelanjaan. Dia sendiri menangani khidmat pentadbiran dan perundangan, namun ini sebenarnya tidak patut. Jika Baginda mahu mengasingkan jabatan-jabatan ini, Baginda mesti menambah bilangan pekerja Dewan Perbandaran. Ini sebab yang wajar, namun Barov rasa sayang mahu melepaskan kuasanya terlalu awal. Dia terlalu menikmati semua kuasa yang dipegang dalam tangannya buat masa ini. Dia terfikirkan gurunya sendiri, Bendahari Diraja, yang hanya bertanggungjawab untuk aspek kewangan Graycastle. Tetapi dia, Barov, ialah Wazir Diraja.

'Ya, tetapi setakat di Pekan Sempadan sahaja,' dia menambah dalam hatinya. Walaupun Yang Amat Mulia Putera Roland sudah menjanjikan hal ini, tetapi lama lagi mahu menunggu sehingga Baginda menaiki takhta. Barov mendapati dalam tidak sedar, dia sudah menaruh harapan untuk Putera Roland memenangi takhta itu. Kalau dahulu, dia tidak akan bermimpi untuk mempertimbangkan anak manja keluarga diraja yang berperangai buruk, berfikiran dangkal, dan malas berusaha ini sebagai bakal pewaris takhta.

Sejak ketibaannya di Pekan Sempadan, satu demi satu kejutan dialami Barov. Sehingga sekarang, Pekan Sempadan berada bawah perlindungan angkatan tentera awam. Pekan ini berdiri kukuh di Rantau Barat dan nampaknya kedudukannya akan kekal untuk masa yang lama. Ini sudah cukup bagus. Ditambah pula dengan ciptaan-ciptaan baru Putera Roland, dan kemesraan Baginda dengan rakyat, Baginda jauh berbeza daripada Putera Roland yang selama ini hidup mewah di Istana Graycastle. Sekarang Baginda lebih menyerupai iblis yang memegang ilmu berbahaya tentang segalanya.

Satu bunyi ketukan kedengaran di pintu. Barov meletakkan pena dengan sedikit rasa tidak sabar lalu berkata, "Masuk."

Orang yang masuk ke dalam biliknya ialah salah seorang pembantu kesayangan Barov, Jaaro "Si Penulis".

"Guru, satu lagi "tikus" berjaya ditangkap."

"Ya? Awak dapat tahu apa-apa?"

"Katanya dia dihantar oleh Putera Kedua. Kami jumpa bungkusan serbuk simen, beberapa keping wang syiling dan sepucuk surat dalam bajunya." Jaaro mendekati meja Barov dan menyerahkan sepucuk sampul surat dibalut kulit. "Kami masih menyoal dia untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Guru, apa kami patut buat dengan dia selepas ini?"

"Sama seperti orang sebelum ini. Selepas soal siasat, kumpulkan semua maklumat dalam buku. Kemudian umumkan dia bersalah dan jatuhkan hukuman gantung sampai mati," kata Barov tanpa sebarang perasaan.

"Baiklah," kata Jaaro sambil menunduk. "Kalau begitu, saya minta diri."

Pintu ditutup sekali lagi, tetapi Barov tidak menyambung kerjanya serta-merta. Sebaliknya dia kembali ke meja dan menggunakan pisau pemotong sampul untuk mengeluarkan surat itu.

'Ini yang keempat…' katanya dalam hati.

Lama sebelum Bulan Kunjungan Iblis tiba, Roland Wimbledon telah memanggil dia untuk membincangkan masalah ini.

Baginda meramalkan apabila simen, serbuk api baru, dan ahli-ahli sihir itu mula diketahui orang ramai, pengintip yang dihantar kakanda-kakandanya tentu tidak dapat menahan sabar dan akan keluar dari persembunyian. Ini masa paling sesuai untuk menyingkirkan "tikus-tikus" ini. Barov bersetuju dengan bahagian pertama pernyataan Baginda, tetapi bukan bahagian selepas itu. Pekan Sempadan ada lebih daripada 2,000 orang jadi memang mustahil untuk memantau semua orang. Mereka tidak ada cukup tenaga kerja mahupun masa untuk mencegah kesalahan sekecil ini.

Baginda tidak bersetuju. "Kenapa awak ingat kita tidak ada cukup orang? Setiap penduduk Pekan Sempadan boleh menjadi mata-mata kita."

Pada masa itu, Barov menyangka putera itu hanya bercakap kosong sahaja. Baginda mahu rakyat jelata tidak berpendidikan dan berfikiran kampung itu memantau orang lain yang disyaki sebagai pengintip? Mustahil!

Barov salah sama sekali.

Semasa bancian pertama dikendalikan musim sejuk itu, setiap kali mereka mengunjungi rumah penduduk tempatan yang sudah tinggal di sini lebih daripada lima tahun, Roland sengaja menceritakan tentang komplot jahat Kubu Longsong yang mahu membakar bekalan gandum mereka tetapi gagal, namun orang-orang di Kubu Longsong masih tidak berputus asa. Kubu Longsong sudah menghantar musuh dalam selimut ke Pekan Sempadan. Kebanyakan daripada mereka menyamar sebagai sanak-saudara orang kampung atau pedagang yang tidak sempat berhijrah. Pengintip ini akan sentiasa mencuri peluang untuk menganiaya semua orang. Roland mahu sesiapa yang melihat orang-orang yang mencurigakan, datang ke Dewan Perbandaran untuk membuat laporan. Jika maklumat itu disahkan benar, mereka akan menerima ganjaran sebanyak 25 keping perak.

Kaedah ini berjaya tanpa disangka.

Walaupun ada beberapa laporan palsu, tidak lama kemudian "tikus" pertama berjaya ditangkap dengan cara ini.

Pada masa itu, Barov juga teringat Roland dengan bangganya mengatakan sesuatu yang agak luar biasa.

Apa katanya hari itu? Barov cuba berfikir…. Oh, ya. "Sekarang biar gajah mati di tengah-tengah pelanduk yang berkerumun."

Ayat aneh, perkataan yang digunakan juga pelik. Barov menggelengkan kepalanya lalu membuka gulungan surat itu.

Jadi pesalah terbaru ini dikenali sebagai "Tikus Mondok" dan berkali-kali dia menekankan dalam surat itu yang dia yakin Putera Roland Wimbledon sudah disampuk syaitan. Barov dapat merasakan ketakutannya dalam setiap baris ayat itu. Barov mengaitkan ini dengan kebolehan Putera Roland memanipulasi sentimen manusia dan dia terpaksa bersetuju dengan kebimbangan "Tikus Mondok". Namun dia tetap menarik nafas dalam, mendekatkan surat itu ke api, dan melihatnya terbakar dan bergulung hingga hangus menjadi abu.

'Jika ia benar sekalipun, maknanya Baginda sudah menjadi syaitan yang tidak takut dengan Batu Pembalasan Tuhan, jadi itu menjadikan Baginda lebih berkuasa, bukan?'


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C71
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập