Tải xuống ứng dụng
2.59% Lepaskan Ahli Sihir Itu / Chapter 20: Nightingale

Chương 20: Nightingale

Biên tập viên: EndlessFantasy Translation

"Tuanku, Tuanku tak perlu takut. Patik tidak mahu mengapa-apakan Tuanku. Patik hanya mahu berbicara dengan Tuanku."

"Bicara jenis apa ini?" Roland menelan air liur dan berpusing perlahan-lahan. Selepas nyawanya hampir melayang tadi, dia terdiam dan menunggu suara itu berbunyi sekali lagi.

Mata Roland mula menyesuai mata dengan kekelaman bilik yang hanya disinari api lilin itu dan dia melihat bayang seorang manusia. Manusia itu sedang duduk di atas katil Roland, tubuhnya diselubungi jubah panjang dan mukanya ditutupi kerudung jadi Roland tidak dapat melihat mukanya dengan jelas. Api lilin itu menyebabkan bayang-bayangnya menari-nari di atas dinding.

"Siapa awak?"

"Patik tidak ada nama, tapi saudara-saudara Patik menggelar Patik, Nightingale." Wanita itu berdiri, mengangkat kain jubahnya dan membuat tunduk hormat seperti seorang wanita bangsawan. "Pertama sekali, Patik ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuanku, Yang Amat Mulia Putera Roland Wimbledon."

"Terima kasih?" Roland melihat corak-corak di atas jubah itu bergemerlapan aneh bila disinari sinar cahaya lilin. Ada tiga bentuk segi tiga yang diatur seiring dan di tengah-tengahnya ada gambar sebiji mata. Di mana dia pernah lihat corak ini?

Corak atas syiling itu! Gencana Pergunungan Suci dan Mata Hikmat. Ini lambang Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir!

Tiba-tiba Roland teringat kembali apa yang diberitahu Barov kepadanya. "Awak… awak seorang ahli sihir?"

Wanita itu tertawa dengan bunyi seperti loceng bergemerincing. "Pandai juga Tuanku ini."

Selepas wanita itu mengesahkan identiti dirinya, Roland rasa lega dalam diam. Mujurlah dia bukan pembunuh upahan yang dihantar kekanda-kekandanya yang lain. "Jadi awak datang jauh-jauh ke sini untuk ahli sihir yang tinggal di Lombong Cerun Utara itu? Beta tidak tahu macam mana awak tahu tentang ini, tetapi awak tak perlu selamatkan dia lagi. Kalau Beta mahu bunuh dia, sudah lama dia mati."

"Ya, Patik tahu. Kalau Tuanku sudah bunuh dia, Patik pun tidak sudi mahu bercakap lagi dengan Tuanku." Nightingale melabuhkan punggung sekali lagi atas katil Roland. "Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir tidak mahu masuk campur dalam hal-ehwal sekular, lebih-lebih lagi jika melibatkan keluarga diraja. Tetapi Patik tidak sependapat dengan mereka. Mungkin mereka tak akan ambil risiko dengan seorang putera yang membunuh seorang ahli sihir tetapi Patik masih ada kuasa untuk membuat sesiapa pun menyesal kerana mengapa-apakan saudara Patik."

Roland tahu dia sedang diugut tetapi dia tidak melatah. "Saudara awak masih selamat."

"Patik juga difahamkan ada seorang ahli sihir lain, Nana." Dia mengangguk. "Sudah seminggu Patik ada di sini tetapi Patik tidak pernah bertemu Tuanku. Patik hanya memerhati Tuanku dan walaupun Patik tidak faham kenapa Tuanku tidak takut dengan ahli sihir, Patik masih mahu mengucapkan terima kasih bagi pihak Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir."

Sudah seminggu dia ada di sini? Roland menyeka peluh di dahinya. Jadi dia sudah lihat semuanya? Sudah seminggu dia diperhatikan tapi Roland tidak sedar langsunge. "Baiklah. Beritahu Beta sekarang. Adakah awak datang sekadar untuk berterima kasih atau ada tujuan lain?"

"Tuanku tak penat berdiri sambil bercakap dengan Patik?" Wanita itu membuka kerudungnya. "Marilah dekat lagi dengan Patik. Muka Patik bukannya hodoh. Tuanku tak perlu takut dengan muka Patik."

Dia bukannya sekadar tidak hodoh. Sebenarnya dia kelihatan sangat jelita. Bila kerudungnya dibuka, rambutnya yang ikal keemasan jatuh dari sanggul longgarnya dan berlingkar atas bahunya. Hidungnya mancung dan matanya bersinar-sinar cantik. Tidak seperti wajah Anna dan Nana yang keanak-anakan, raut wajah wanita ini tampak dewasa. Walaupun kulitnya tidak nampak jelas dalam kesuraman bilik itu, bentuk mukanya yang bujur sirih dengan pipi yang gebu sudah cukup untuk menunjukkan wajahnya bukan biasa-biasa.

Roland perlahan-lahan berjalan menuju wanita itu dan duduk di sebelahnya di atas katil. Dia bukannya sudah lupa diri kerana kecantikan Nightingale tetapi dia hanya mahu menunjukkan dia tidak takut dengannya.

"Cakaplah sekarang."

"Nampaknya Tuanku betul-betul tak takut dengan Patik." Suara wanita itu kedengaran gembira. "Baru sekarang Patik yakin Tuanku memang berbeza dengan orang lain. Mereka bencikan kami kerana mereka takut dengan kami dan Patik boleh lihat kengerian terpancar dalam mata mereka. Tapi Tuanku…" Tanpa diduga, tangannya mengunjur dan mengusap lembut pipi Roland. "Tuanku hanya ingin mengenali kami."

Roland terbatuk kekok dan mengalihkan mukanya. Dia tidak faham perubahan perwatakan wanita ini. Baru sekejap tadi dia berani mengancam nyawa seorang putera tapi sekarang lidahnya cukup lembut berbicara.

Wanita itu cepat-cepat menarik tangannya. "Patik datang untuk memberitahu Tuanku yang Patik ingin membawa Anna dan Nana bersama Patik."

"Tak boleh!" Roland tertengking tanpa berfikir, jantungnya berdegup kencang. Dia takut Nightingale tersinggung dengan suara kerasnya tadi jadi dia menyambung dengan lebih tenang. "Mereka dijaga dengan elok di sini, tiada siapa boleh apa-apakan mereka. Lagipun ke mana awak mahu bawa mereka? Inilah tempat yang paling selamat." 

"Patik akan bawa mereka ke Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir. Di situlah mereka sepatutnya berada." Nightingale tidak tergugat langsung dengan bantahan Putera Roland tadi dan dia meneruskan kata-kata. "Ahli-ahli persekutuan itu ialah saudara-saudara mereka jadi mereka berdua tak akan dikecam atau dicerca. Mereka tidak perlu menyembunyikan diri mereka yang sebenar."

"Tapi di mana pangkalan Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir itu? Atau awak tak ada pangkalan tetap? Sebulan lalu, pengawal Beta terjumpa bekas tapak perkhemahan awak di Hutan Kabus dan jejaknya menunjukkan rombongan awak bergerak ke arah utara. Apa yang ada di utara selain pergunungan liar?"

"Betul cakap Tuanku. Sekarang kami ada tempat persembunyian di pergunungan itu dan di sana, ahli sihir hidup dengan selamat."

"Tapi macam mana awak mahu hidup selamat dalam hutan atas gunung tinggi semasa musim sejuk ini? Adakah awak ada sumber air yang bersih? Makanan yang cukup? Tempat tidur yang terlindung daripada kesejukan? Bulan Kunjungan Iblis hampir tiba, keseluruhan kawasan barat laut negara ini sangat berbahaya. Beta tak faham, kenapa awak…" Kata-kata Roland terputus di tengah jalan. Dia tiba-tiba teringat kata-kata Barov. "Ahli sihir mahu mencari Pergunungan Suci itu sebab mahu mendapatkan ketenangan sebenar. Persekutuan Kerjasama Ahli Sihir ditubuhkan agar ahli sihir boleh bersama-sama membuat perjalanan ke Pergunungan Suci." Mustahil. Tak akanlah…"Tak akan awak mahu mendaki Banjaran Puncak Langit untuk cuba mencari Pergunungan Suci?"

"Patik tak mengiyakan mahupun menafikan kata-kata Tuanku itu." Nightingale memberi senyuman penuh misteri, tetapi raut wajahnya menunjukkan perasaannya yang sebenar terhadap sangkaan Roland itu.

"Kalau begitu, Beta tak akan sesekali benarkan mereka mengikut awak," kata Roland tegas. "Dalam masa dua bulan lagi, makhluk iblis akan datang mengganas di pekan ini dan sekiranya awak boleh mengelak daripada manusia di pergunungan itu sekalipun, awak tak akan boleh melarikan diri daripada makhluk iblis. Tak akan lari Gunung Suci dikejar. Awak patut tinggal di Pekan Sempadan sepanjang musim sejuk ini sehingga tiada bahaya lagi."

Sekarang giliran Nightingale pula yang terkejut. "Tinggal di sini? Tuanku memang sangat luar biasa." Dia berfikir seketika dan kemudian menggelengkan kepalanya. "Tuanku memang tidak takut dengan ahli sihir tapi tak semua orang sependapat dengan Tuanku. Kalau orang pekan tahu kami ada di sini, mereka tentu akan marah."

"Tapi kalau ahli sihir boleh membantu kami sepanjang Bulan Kunjungan Iblis, mereka akan sedar awak semua sebenarnya bukan orang jahat." Belum sempat Roland menarik nafas untuk menyambung cakapnya, Nightingale mencelah, "Tapi kita perlu pertimbangkan satu lagi perkara. Anna akan baligh tidak lama lagi."

"Baligh?"

"Ya." Nightingale dapat melihat kekeliruan pada wajah Roland jadi dia menyambung dengan tenang. "Fasa baligh adalah halangan pertama yang perlu dihadapi semua ahli sihir. Biasanya lebih awal seseorang itu bertukar menjadi ahli sihir, lebih sukar untuk dia menghadapi fasa baligh ini. Tuanku, adakah Tuanku tahu kenapa ahli sihir sering diperkatakan sebagai jelmaan syaitan?"


Load failed, please RETRY

Quà tặng

Quà tặng -- Nhận quà

    Tình trạng nguồn điện hàng tuần

    Rank -- Xếp hạng Quyền lực
    Stone -- Đá Quyền lực

    Đặt mua hàng loạt

    Mục lục

    Cài đặt hiển thị

    Nền

    Phông

    Kích thước

    Việc quản lý bình luận chương

    Viết đánh giá Trạng thái đọc: C20
    Không đăng được. Vui lòng thử lại
    • Chất lượng dịch thuật
    • Tính ổn định của các bản cập nhật
    • Phát triển câu chuyện
    • Thiết kế nhân vật
    • Bối cảnh thế giới

    Tổng điểm 0.0

    Đánh giá được đăng thành công! Đọc thêm đánh giá
    Bình chọn với Đá sức mạnh
    Rank NO.-- Bảng xếp hạng PS
    Stone -- Power Stone
    Báo cáo nội dung không phù hợp
    lỗi Mẹo

    Báo cáo hành động bất lương

    Chú thích đoạn văn

    Đăng nhập