Zhang Xuan memahami apa yang Luo Qiqi dan Yu Fei-er fikirkan, tetapi disebabkan ada seseorang yang dia cintai, dia tidak mahu terlibat dengan orang lain. Sudah tentu mereka akan kecewa untuk satu jangka masa yang panjang, tetapi ini sekurang-kurangnya lebih baik daripada memanjangkan kesengsaraan mereka.
Kebiasaannya, keraguan dan ketidakpastianlah yang paling melukakan hati orang dalam mana-mana hubungan.
Selepas memerhatikan Yu Fei-er berlalu pergi, Zhang Xuan berdiri seketika dalam diam untuk menenangkan fikirannya yang celaru sebelum pergi mencari Ketua Dewan Xing.
Apa yang lebih penting sekarang adalah untuk menyelesaikan isu dengan Si Kejam. Jika mereka membiarkannya sebegitu sahaja, Empayar Qingyuan pasti akan ditimpa malapetaka nantinya. Ramai guru sarjana yang akan terkorban sehinggakan Zhang Xuan sendiri akan berada dalam bahaya.