Hu!
Tanpa menghiraukan perasaan terkejut semua orang, Zhang Xuan sekadar telah terbang ke dinding makam tersebut dan menyentuh mekanisme tersebut.
Selepas itu, jarinya mula bergerak dengan cepat, menyentuh beberapa benjolan pada dinding tersebut.
Dengan Perpustakaan Jalan Syurga, Zhang Xuan dapat dengan senang sahaja mendapat tahu kelemahan pada perangkap mekanikal tersebut. Ia sama seperti Keranda Besi Merah sebelum ini. Walaupun ia dikenali sebagai kebal, secara jujurnya, jika seseorang mendapat tahu kelemahannya dan mengeskploitasinya, ia tidak akan menjadi masalah langsung.
Mekanisme ini sama juga.
Kacha!
Selepas beberapa ketukan, bunyi nyaring keluar dan sebuah batu besar berdekatan membelah menjadi dua, mendedahkan sebuah jalan ke hadapan. Zhang Xuan dengan segera terbang ke dalam.
Lorong tersebut gelap. Terdapat satu lagi mekanisme terpasang di atas dinding tersebut untuk menghalang air tasik daripada masuk ke dalam.